18 June 2017

Silaturahim

Assalamualaikum..





Mama bagi telekung ni masa bertunang.

Mama cakap : Selamat datang dalam keluarga mama. Terima baik & buruk. Jaga adik beradik, air dicincang tak akan putus.

Cuma, kalau air yang keluar tu dari air paip, tak sempat keluar, dah ada orang tutup pili paip, macam mana? Atau air tu duk dalam kolah, terkepung, dan sebab dah terlebih muatan, kolah pecah dan meleleh keluar. Ada air mengalir terus masuk longkang , ada yang mengalir masuk terus ke dalam parit (ada ke?). Memang tak sempat dah nak kena cincang.Memang terus memasing membawa diri.

Sedih. Susah hati. Confuse. Macam mana nak tanya mama ni... mama dah tak ada 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭.

Saya selalu cakap pada Hasif : selepas berkahwin, kehidupan saya adalah suami dan anak2. Sahabat boleh dikira, sebab cara saya, biarlah saya tidak popular, atau tidak ramai kawan, tapi kawan2 yang saya ada, bila mana saya perlukan mereka, mereka sentiasa ada bersama saya. Jumpa mungkin 10 tahun sekali, tidak pernah berselfie atau berfoto seragam, tapi kami tahu tautan hati melangkaui masa itu. Biarlah saya dan hasif tidak kaya, giat membeli belah sini sana atau bercuti dalam dan luar negara, janji makan pakai wajib kami sempurna, dan duit yang diguna memang insyaAllah hak kami sendiri. Bukan mengambil hak orang lain.


Buatlah apa sahaja. Hatta mungkin mengambil hak saya. Saya tidak akan bersuara. Cuma, pantang saya, apabila menyentuh hal suami dan anak2 saya. Mungkin pantang, sebab arwah mak masa hidup, itu juga yang betul2 ditekan. Keluarga. Nukleus kita.

Kenapa saya emosi? Sebab pantang itu telah dicabar. Saya ditegur apa boleh dan tidak boleh dalam hubungan saya dan Hasif. Yang  menegur ini, saya hormati atas dasar saudara itu, tapi mereka ini tidak pernah menyumbang hatta memberi kesan dalam kehidupan kami. Bahasa kasar : ada atau tiada, tiada impak.

Saya menulis sebab saya tahu dia membaca. Dan ya, saya sudah putuskan sebarang komunikasi, kerana pada saya ia lebih membawa mudarat. Doa saya pada Allah awal Ramadhan ini, satukan hati2 saya dan keluarga demi Allah, pada tautan yang membawa mawaddah dan rahmah. Jauhkan dan putuskan tautan itu jika ia membawa lebih banyak mudarat dalam kehidupan berkeluarga kecil kami. 

Dan apabila ini terjadi, saya masih tidak tahu, adakah Allah menjawab doa saya, atau Allah berikan ini sebagai ujian pada saya.

Masa akan menjawab. Masa juga akan menentukan. Andai hati sudah menerima, parut itu masih ada. Ibarat paku dipahat di dinding kayu, walaupun paku sudah dicabut, kesannya di kayu kekal sehingga akhir.

Maafkan saya. Doa saya moga kalian bahagia. Dalam rahmat Allah.

No comments:

Post a Comment