18 December 2020

Selamat Datang ke Dunia Baru - Remaja

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

I am very surprise,for my update here was 1 year ago on a similar subject matter that I wish to share now.

And today, it's purely to inscribe a blessing that Allah has granted us since 12 years ago. Being a teenager herself, she did not looking forward for any FB posting with her or about her anymore 😁. But today, I have her permission to post this special entry to mark the date. 

I have said the same thing to her, with tears in my eyes, and smile on my face.

I would like to keep in here as well, so in 6 months to come, when Imani have her own FB, this will be a sweet reminder (I hope) from me of her. And also to many years to come. InsyaAllah.

👇

My dearest & only princess : Ilham Imani Hasif.

Terima kasih kakak. Terima kasih kerana memberi mama peluang untuk bersama-sama dalam perjalanan pembelajaran kakak di sekolah rendah ini. 6 tahun yang cukup warna-warni, 6 tahun yang sangat mama hargai.

Terima kasih kerana berkorban masa dan tenaga. Mama nampak bila kakak penat, mama nampak bila kakak rasa nak mengalah, mama nampak bila kakak kecewa. Dan tidak pernah sekali pun kakak berundur.

Tahniah kerana dalam kakak berusaha, kakak bawa sekali kawan-kawan kakak untuk sama-sama berjaya. Dalam diam kakak tidak mahu campur urusan orang, mama nampak kakak ada kawan-kawan yang sangat positif. Dan mama juga mendapat hasil, dapat berkawan dengan mama-mama kawan kakak yang sama-sama membantu kita.

Tahniah kerana untuk setiap sijil dan penghargaan yang kakak kumpul selama ini, setiap satu adalah hasil usaha kakak sendiri. Tidak ada satu pun yang kakak tipu ambil hasil kerja orang lain. Tidak ada satu pun yang kakak dapat sewenangnya tanpa kakak usaha. Kakak pergi audition. Kakak pergi latihan. Kakak terpaksa sambung belajar tengah malam untuk ganti kelas yang tertinggal.Mama ingat kakak tidur di kereta kepenatan, mama ingat kakak tukar baju di tandas awam, 1 hari kita ke 3 tempat berlainan untuk bertanding. Mama nampak. Mama tahu. Allah tahu. Ada masa, mama hampir putus asa sebab mama rasa kakak terlalu penat. Dan mama masih ingat, kakak cakap : kakak buat sebab kakak suka. Bukan sebab sijil. Kita jangan exaggerate mama. Kita jangan tipu. Kita kena jujur.

Mama minta maaf, sebab mungkin dalam pengalaman ini, mama tidak cukup menjadi yang terbaik. Ada masa, mama terpengaruh dengan keadaan sekeliling untuk berlawan. Kakak yang selalu ingatkan mama, jangan buat sebab orang lain. Jangan bandingkan dengan orang lain.

Mama minta maaf, jika ada kesusahan yang kakak terpaksa hadapi sebab menjadi anak Hasif atau anak Irina. Mama tahu tidak mudah. Kakak terpaksa buat 110% untuk buktikan memang usaha kakak.Tapi kakak berjaya buat apa yang kakak fikir baik dengan cemerlang.

Mama minta maaf, sebab kakaklah yang paling banyak terpaksa berkorban di sebabkan kerja mama. Dulu, kita akan berjumpa 2 minggu sahaja sebulan. Sekarang, mama ada depan mata, tapi fokus mama bukan dengan kakak dan adik-adik sahaja. Sentiasa ada tuntutan kerja yang mama terpaksa utamakan berbanding kakak. Kakak tidak pernah mengadu. Kakak diam, dan kakak cuba bantu. 

Mama minta maaf. Mama benar-benar minta maaf terpaksa lepaskan kakak untuk berdikari.

Dan hari ini kakak, Tahniah kerana kakak buktikan pada mama bahawa kakak mampu untuk buat yang terbaik, akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Kakak sudah jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik. Kakak sudah jadi contoh yang terbaik untuk mama dan babah. 

Mama sangat bangga dengan kakak, dan dalam masa sama, mama kena sentiasa ingatkan hati dan juga kakak supaya kita sentiasa beristighfar dan bersyukur. Seorang sahabat mama berkongsi dengan mama mengenai هذالي. Bermaksud : Ini aku punya. Kita selalu fikir, sebab kita berusaha, kita susah payah, kita berhak untuk dapat penghargaan. Hakikatnya, semua yang kita dapat adalah semata-sama kerana rahmat Allah. Dan itu penghargaan paling utama yang kita kena cari sebenarnya. Rahmat dan redha dari Allah s.w.t.

Mama sebut, kerana mama nak kakak ingat, apa yang kakak dapat harini, adalah permulaan sahaja. Segala kesusahan, kepayahan atau apa saja kesedihan yang mungkin pernah kakak hadapi sebelum ini hanyalah secebis sahaja. Dan kesusahan semua itu, bila kita sabar, kejayaan yang datang selepas itu sangat manis dan bermakna. Raikan lah sebaiknya.

Kehidupan yang sebenar masih jauh di hadapan kakak. Cabaran yang sebenar masih banyak untuk diterokai. Kejayaan sebenar, bila kakak mampu berdiri sendiri, mampu memberi yang terbaik untuk diri sendiri, dan dengan hasil kakak dapat, kakak mampu membantu orang lain pula.

InsyaAllah. Mama yakin, jika kakak teruskan dengan sikap kakak sekarang,dan sentiasa merendahkan hati memperbaiki diri dan berusaha mencari redha Allah, kakak akan berjaya. Pegang, Allah itu sentiasa ada menjaga kakak. Doa mama sentiasa ada untuk kakak. Redha mama sentiasa untuk kebahagiaan kakak.

Just in case, I am no longer around, remember. I am proud of you. Very very very proud of you. Thank you kakak.

Love,

Mama | 18 Dec 2020 |

Antara beberapa yang dapat hari ini, yang 1 ini macam nak pengsan terkejut. Alhamdulillah, ada juga genetik mama yang kakak warisi 😝


Let's wrap for 2020. And we aim for 2021!!



https://fb.watch/2rOfj7Vf2B/










No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.