29 January 2017

Tok Cik

Assalamualaikum..

Masa memula kawen, memang kejutan budaya. Satu: sebab tak kenal keluarga mentua. Dua: sebab mak meninggal awal, tak sempat ajar cara nak layan orang tua (haha). Tiga: kakak2 manjakan sangat, sampai satu benda take tahu nak buat. Semua pembantu rumah tolong sedia. Sekali dah kawin, amek kaw. Memang nak nangis.



Tok Cik ni plak suri rumah yang suka masak. Semua benda dia masak sendiri. Pernah masa mula2 kawin, I goreng telur, Tok Cik tolong hidang kat meja makan. 2hari 2malam Hasif cerita telur makcik goreng sedap. Helloooooooooooooo!!!!! Huh. Nampak tak dia punya taksub kat Tok Cik dia nie. Hish.

Bila dah ada anak plak, cahaya keinsafan datang bagi salam. Pelan2 belajar masak dan belasah je la apa ada. Bila Imani dah pandai cakap, dia yang jadi tukang report. Contohnya hari ni Tok Cik call tanya, makan apa hari ni? Imani jawab : Mama buat Kek Coklat. Sedap Tok Cik.

Tak yah tunggu lama2...esok mesti Tok Cik call, suh datang rumah. Bila sampai, nampaklah Kek Coklat baru buat. Sambil bagi makan, mesti tanya, sedap tak tok cik masak? Mana lagi sedap, Mama buat ke Tok Cik? 

Esok jadi lagi, I masak kari plak. Lusa ada kari gak kat rumah Tok Cik. Hahahahah. Benda sama still jadi, sampai la ni anak dah 3. 

Am i hurting? No.

Itulah. Nak kongsi. Kalau peristiwa di atas dilihat dari persepsi yang lain, mungkin antara penyebab sakit hati menantu / mertua. Menantu akan rasa semua benda dia buat salah. Mertua akan rasa, menantu tak nak rasa apa dia buat. Tak hargai.

Sebenarnya, mudah je. Mertua buat macam tu sebab dia tak nak rasa kehilangan anak dia dah ada keluarga baru. Dia nak menantu tahu dia masih part of the family yang patut dihormati. Dan bila dia tanya dengan cucu sapa masak lagi sedap, jangan lah kecil hati. Itu cucu dia. Dia tahu cucu tu hak anak dia, jadi dia seboleh mungkin nak cari satu perkara yang boleh mengikatkan cucu tu pada dia. 

Dan sebagai isteri, satu yang pernah disampaikan pada I, suami tetap anak mak dia sampai bila2. Sedap mana kita masak (walaupun memang tak sedap), tangan mak sendiri (atau in this case, mak yang besarkan) akan lebih sedap. Janganlah sentap dan nak buat suami hak kita semata. Sampai bila2, dia tetap anak mak dia.

Cuma, nak mudahkan kehidupan, belajar tengok dari persepsi berbeza. Agak2 nak terasa hati, take a step back, cuba rasional kan kenapa dia buat macam tu. Kitorang pernah je kena marah sebab marah cucu dia @ anak kitorang. Pernah je Tok Cik tiba2 datang rumah sebab anak cakap dia lapar. Tok Cik pun bawakkan makanan pelbagai, padahal mak dia kat rumah dah habis kuak lentang masak nasi berlauk. 

Itu je. I confirm bukan menantu pilihan. Satu lemari kat umah Tok Cik isi tupperware..conningware..semua jenis ware pun dia dah wasiat bagi pada Imani cucu dia .. bukan mama Imani.

Tapi I tahu, sampai la ni, kalau nak makan apa2..baru bunyi sket, confirm tak malam yang sama paling lambat pun keesokan hari akan ada hidangan tu. 

Rahsia dia? Jangan ambil anak dia. 

27 January 2017

Cover Letter

Assalamualaikum..

My BIL (Brother in Law) received an email asking for an employment at his company. And the email goes like:

Salam Tuan, saya nak mencari kerja kosong di tempat tuan. No telefon saya xxxx. Terima kasih.

Really dude????!!! Seriously they did thought you this at school? Sick.

For my dearest adik-adik (anak2) di luar sana, let me share the basic principle of writing a letter / email / cover note.

1. Always start with a proper salutation.

Dear Sir / Madam,
hope this email reach you well.

2. Indicate source of information.

I am referring to job vacancy 
I was being informed there is a vacancy
Noted on a vacant position

3. Share your intention.

I would like to apply for a position
With your kind consideration, pleased to apply for a ....

4. Describe your background - SIMPLIFIED.

My degree was in.....
I had an experience in...
My skills and expertise are...

5. Provide your contact details.

I can be contacted at ....
My email address....

6. ALWAYS shows your willingnes for further discussion / Sharing of information.

Looking forward for an opportunity of a one-to-one session ...
Should you wish to request for additional information ....

7. End with proper signing off

Thank you in advance for your kindness...
Hope to hear favorable reply from you soon

That's all. Its simple. You don't need to share your grandparents stories but do limit yourself for any hipster lingo. Hello, they dont need your LOL, GTG etc.

Good Luck.
 
 
 
 

25 January 2017

Alhamdulillah..Saya Bukan Cikgu..tsk tsk

Assalamualaikum...

Hangat group WA sekolah anak saya minggu lepas, gara-gara sekolah adakan sambutan Maulidur Rasul di sekolah, anak - anak harus duduk di dewan mendengar ceramah, tak masuk ke kelas dan belajar.

Ada yang menyokong, atas dasar pembelajaran itu bukan terhad di dalam kelas sahaja. Ada yang memarahi, kasihan anak bawa buku berat2 tapi tak belajar, kemudian kena pula duduk di dewan lama. Cramp kaki katanya.

Adeh. *sigh*. Apa sudah jadi dengan kita sekarang ini?

Wahai Mak Mak & Bapak Bapak Sekalian:

Tahniah kerana mengambil berat perihal anak-anak di sekolah. Tahniah kerana ambil tahu aktiviti anak-anak kita di kelas. Ini memang effort yang perlu dihargai. Dan ini juga perlu berterusan sehingga anak2 kita tamat belajar. 

Cuma, perlulah ada sedikit batasan.

Pertama: Apabila kita hantar anak2 ke sekolah, kita serahkan kepada cikgu untuk mendidik mereka. Hormatilah mereka, serahkanlah anak2 dengan ikhlas. Pihak sekolah sudah pasti tahu apa yang terbaik untuk anak2 kita. Saya tidak tahu bagaimana zaman tuan puan, masa saya dahulu, abah hantar depan pagar sekolah, pandai2lah hidup. Tetiba cikgu suruh cabut rumput dekat padang waktu rehat, ikut sahaja. Panas tak hengat, hitam legam berpeluh. Tapi seronok, sebab masa itu berlumba siapa dapat cabut lebih banyak. Tidak ada isu tangan atau kaki cramp. Bukankah ini kita panggil pelajaran luar kelas? Mendidik anak2 berhubungan sesama peers? 

Kedua: Zaman sekarang kita beruntung, sebab banyak kemudahkan teknologi. Telegram, FB, Website, Whatsapp (WA). Kebanyakkan sekolah, akan adakan grup WA untuk kemudahan ibubapa. Bila sudah ada kemudahan ini, hargailah. Tapi jangan di abuse. Bincang dan kongsi perkara2 penting sahaja. Jangan guna grup WA untuk iklankan perniagaan, suruh cikgu check peralatan anak2 di sekolah, suruh cikgu ambil gambar anak di setiap aktiviti di sekolah, hantar WA selepas habis waktu persekolahan, hantar WA jam 5.00PM, mengharap cikgu jawab 5.01PM. Pandai2 lah buat batasan. Cikgu2 ni pun ada kehidupan lain selain mengajar. Hormati cikgu, bukankah ini contoh terbaik nak tunjuk pada anak2 supaya ilmu itu lebih berkat?

Ketiga: Masuk campur bila ada isu berat sahaja. Contoh isu berat: cikgu sakit skizo, asyik baling pemadam papan hitam ke kepala pelajar tanpa sebab sehingga cedera parah atau gangguan seksual. Kalau setakat anak kena pukul pakai pembaris sebab tidak buat kerja rumah, come on.. STOP INTERRUPTING. Dulu, kalau saya cerita dekat abah kena berdiri atas meja sebab bising, abah tambah dengan libasan hanger di rumah. Kalau mengadu kena pukul di tapak tangan sebab terlupa nak siapkan homework, abah tambah pukul tapak tangan dan kaki. Bukankah ini mengajar anak2 lebih berdisiplin, dan patuh pada arahan? Bukankah secara tidak lansung kita mengajar mereka erti Risk and Reward? 

Keempat: Bila ada PIBG, sertailah. Bila ada aktiviti di sekolah, hadirlah. Ini tidak. Mahu yang terbaik untuk anak2, tapi bila diajak sama2 bersihkan kelas supaya lebih ceria, diam. Sudahlah duit pun mengharap sekolah, RM10 dikata mahal, tapi boleh pula beli smartphone berharga RM1500. Faham sekarang ekonomi gawat, jika tidak mampu memberi sumbangan duit, sumbanglah tenaga. Pandai pula mengungkit, anak2 cikgu atau PIBG diberi layanan istimewa. Kalau anak2 itu memang layak, biarlah. Kalau anak2 itu tidak layak tapi menerima kelebihan, doakanlah sahaja kesejahteraan. 

Kelima: Tanya diri sendiri. Anak bagaimana yang mahu kita bentuk sekarang. Kalau segalanya yang terbaik, sehingga menyusahkan hidup orang lain, fikirlah, mampu tak anak2 ini nanti hidup sendiri tanpa bantuan kita? Kalau sentiasa menangkan anak sendiri, fikirlah, bersediakah kita untuk dibuang begitu sahaja apabila besar nanti sebab mereka memang sudah diajar harus menang setiap masa? Paling sadis, mengejar keputusan cemerlang, tetapi kendiri ke laut, bersediakah kita untuk menempah tempat di rumah orang tua bermula sekarang?

Saya yakin tidak semua. Saya menulis untuk peringatan diri sendiri supaya tidak lupa diri. Kengkadang kita tahu, tapi tekanan sekeliling, menjadikan kita pun kiasu. Fikir anak sendiri sahaja, tidak fikir anak2 orang lain, atau kehidupan orang lain. Jika mahu layanan istimewa sepanjang masa, pilihlah sekolah swasta untuk anak2. Bukan sekolah awam yang free ini.

Melihat keadaan sekarang .. saya memang bersyukur saya tidak menjadi cikgu. Inilah antara pekerjaan yang saya anggap sangat mencabar mental, emosi dan fizikal. Hanya yang benar2 layak sahaja, mampu. Jika tuan puan rasa sebaliknya, cubalah. Moga berjaya.









24 January 2017

Bila Mak Turun ke Kelas

Assalamualaikum...


Rutin awal tahun kitorg sejak Imani masuk sekolah rendah adalah sangat banyak (sama je kan kita mak pak ni kalau ada anak sekolah); dari pendaftaran, sediakan peralatan sehinggalah menyibuk pastikan kelas cantik dan selesa.

Apa maksud pastikan kelas cantik dan selesa? Bukan cikgu kelas ke yang kena buat?

Itulah bezanya. Bagus sekolah Imani ni, dia ajak parents dan cikgu dok sekali. Dari 3 tahun lepas, memang banyak parents join aktiviti, sampai satu tahap, parents yang run dan organize semua. Cikgu bagi cadangan dan tunjuk2 je. Dan sekolah sekarang ni bukan banyak peruntukan sangat pun. Inisiatif parents kumpul duit sumbangan sesama sendiri, beli barang apa2 patut dan buat. Mana2 yang tak mampu bagi duit, datang pada hari kejadian, sumbanglah tenaga.

Jadi hari ni, dah masuk bulan kedua baru berkesempatan nak tengok kelas Imani. Dahlah paling tinggi, patutla si keding ni asal balik rumah je kena semput, mak pak dia rasa nak pengsan kot panjat tangga tu.

Kelas Imani kali ni kongsi dengan Darjah 5. Tak la teruk sangat, sebab cikgu dah mula buat untuk Alat Batuan Mengajar di dinding. Tinggal dinding macam tapak sulaiman (sampai sekarang kagum ada tapak kasut di dinding dan siling..tsk tsk) , tak ada tempat solat dan buku2 susun atas meja je.

So malam semalam, angkut Imani pergi Aeon kita beli la benda2 yang sepatutnya. Dapatlah rak yang alhamdulillah tengah promotion.

Nampak tak somi sexy I? Hahahahahah. Sepanjang naik tangga 4 tingkat dia membebel sebab kena angkut 3 rak. Imani, Harith, Hanif sume kitorang bawak skali. Sket lagi nak bawak bibik boleh tolong cuci tingkap. Nasib bibik cakap dia sakit perut (eleh bibik.......padahal malas kan..huh).

Cuma betullah, komitment ni bila anak makin besar dah kurang. Masa Imani darjah 1, almost 90% parents datang. Bila darjah 3 nie, 9% je tinggal. Itulah yang membeli barang, mengangkut dan memberi idea. Dan kagum, dorang ni bukan calang2 orang, ada 1 tu radiologist, ada yang engineer, ada yang baru turun kapal terus datang sekolah .. pilot rasa (sebab hensem..hahah). Insaf. Komited sungguh dorang ni.

Saya perasan gak, parents yang datang ni anak2 dorang mostly scorer (sila jangan tanya pasal Imani). Periksa top 30 last year (darjah 2 ada 450 orang i.e. 12 kelas), samada pengawas sekolah atau pengawas apa2, dan masuk juga koko dan alhamdulillah score plak dalam aktiviti koko i.e. johan itu ini. Maksudnya? entahlah. Mungkin kalau kita ikhlas dalam apa juga perkara, memudahkan urusan cikgu terutamanya, ilmu itu lebih berkat. Mungkin. Saya harap ye. 

So..dari jam 9AM ke 5PM...dengan tenaga limited..inilah hasilnya..


Belum 100% sebab kerja mengecat ni lama, kena buat 2 layer. Dan ruang bacaan tu, skirting tailor tak siap jahit lagi, so nampaklah kaki meja seketul2. Sekurang2nya tempat solat dah ada, almari buku dah sempurna, dan hiasan dinding simple. Cat selesai separuh kelas, minggu depan kita sambung lagi separuh.

Kelas ni tak boleh balut meja atau hiasan yang melampau sebab digunakan untuk peperiksaan UPSR. Kalau tahun lepas memang habis poyo jadi....siap lapik tikar seluruh kelas, built in cabinet untuk buku2, cat, langsir dan meja balut. Apapun...puas hati.

So Imani, if you were reading this NOW, we have spent our precious family time to improve the appearance of your class. Jadi sila belajar jadi orang. Tak apa tak periksa no.1, pastikan peratus tak kurang 99%. Tak apa tak duduk kelas 1 jadi kuranglah peluang wakil sekolah, pastikan wakil negeri atau negara terus untuk karate yang kakak masuk sekarang. Tak apa penat turun naik tangga asik kena buat kerja sebagai pengawas, mama dah sediakan mesin nebulizer kat rumah bila2 masa kakak rasa semput. Yang penting, kakak belajar jadi berani, belajar hormat orang, belajar buat keputusan sebaiknya. Am I expecting too much from you? Yes kakak, I do. Because I Love You, and I want you to discover your potential to the maximum. And by having that, you will better appreciating what life could offer you.

20 January 2017

What Hold The Family Together

Assalamualaikum...


Duduk2 dengan Tok Cik, kebetulan ada sepupu Tok Cik mai dari Kupang. Maka terkeluarlah (@ ter gossip) mengenai satu ustaz di kampung yang sangat bagus orangnya, tapi Allah memberi dugaan sikap anak2.

Soalan Tok Su : Awat Timah ya.. mak pak baguih.. anak2 cakar tak dan abih?
(hahahaha...hancur longat utara..ampun)

Tok Cik pun dengan mata tengok kiri kanan, nak pastikan Tok Ayah tiada di lokasi perbualan, jawab:

Yang utama adalah bersama. Sama2 makan. Sama2 solat. Sama2 membuat aktiviti keluarga. Kalau dah mak pak sibuk, baik mana pun, tak ada dok sama dengan anak2, mana nak dapat sejahtera. Wajib, 1 hari mesti ada waktu duduk makan sama2 sekali.


Dan mulut yang gatal pun jawab : mana dan Tok Cik. Bangun jam 6AM, bersilat siapkan anak2, makan, minum, hantar sekolah, g keje, balik jam 9PM. Anak2 dah siap nak tidur.

Mata bulat macam parabola, ada sket2 tukar warna merah Tok Cik cakap :

Tu la Irina, Allah bagi 24 jam tu cukup. Kalau tak cukup, tengok balik Irina solat awal waktu dak? Wat solat Dhuha dak? Bangun pagi ajak sekali solat Subuh sama2. Dua rakaat ja. Ajar Imani mandi sendiri. Ada bibik, apa lagi susah, suruh la bibik sedia bahan2, turun tinggal sheng sheng je... Balik malam, sebelum tidur bacalah muqaddam sama2. Dapat 1 muka jadi. Sabtu Ahad, makan sarapan sama2. Jangan makan selagi tak semua duduk. Lagi satu Tok Cik nak tanya ni, dari dulu Tok Cik tengok balik kerja malam, memang wajib ka semua orang. Balik la awal sikit. Anak2 kecik tak lama. Dan dan sok, depa dah besar, mak pak kebil2 nyesal.... tuttttt tutttttt tutttt

Padan muka, jawab lagi. Dari tanya apa rahsia keluarga nak sama2 makmur, Tok Cik bersyarah pasal keje.

Jadi itulah, resolusi 2017, nak balik sebelum makan malam. Mesti makan sekali sama2. Itu rahsia dia. Family who eat together, stay together.


Tak tahulah apa yang dorang ni cuba sampaikan..tetiba tergedik2 nak share sama2 minum sesama. Padahal dengan isteri tak nak la plak wat lagu ni. Huh.

Nampak tak muka si gendut baju putih tu? Gelak sebab dia baru berjaya ambil fries kakak dia, masa dia suruh kakak dia ambilkan kasut yang terjatuh bawah meja. Perangai...hish.

Inila Tok Chik kami. Muka tu lagu tu, sebab baru tegur Hasif tak bagi anak gendut ayam lagi (ketul ke 4 kot). Pastu nanti bila cucu gemok marah mak pak tak control. adeh.





19 January 2017

Ke Penang Kita



Assalamualaikum...

Bulan ni, kitorang jalan lagi. Menyantuni kenduri kahwin pakcik di Penang, alang-alang, kita buat food trip. It's Penang. Makan sampai pengsan . Kenduri sabtu, tapi sebab tak nak kelam kabut, kena gerak awal i.e. Jumaat. Itupun tak awal sangat sebab memasing kerja.

Lepas zuhur gerak. Muka memasing dah jadik belacan sebab tunggu lama.

Masuk kereta tak sampai 5 minit..dah tidur. Gaya tak leh kalah, macam naik flight.
My handsome Hasif. wahahahahha.
Gerak 2 kereta, dan bawak sekali ibu terchenta dan bestfriend ibu i.e. kakak dia @ mak we kitorang. Kalau dah bawak ibu dan makcik ni, maksudnya kena lah singgah rumah anak mak we di Sungai Petani. Singgah? adeh...Bayan Lepas ke SP bukan singgah dah sebenarnya. Tapi layankan je.

1st stop : Pak Mat Bihun Sup. Memang sedap. Dan owner kitorang puji, call terus angkat, siap bagi direction. Saya bagi 5 bintang pakcik.

Nampak tak muka dorang ni. Buat malu je. Kedai ni tepi bendang, malam pulak tu, jadi standard la ada unggas dan pelbagai serangga terbang. Dari mula masuk kedai dah terlompat2. Nampak tak muka budak comel baju kotak2 sebelah kiri tu? Siap jerit jangan pegang meja, ada binatang beracun, nanti meninggal dunia. Ko rasa?

Lepas makan malam...kitorang stay SP, umah sepupu. Gambar tak sempat snap. Hujan. Ngantuk.

Pagi2 esoknya sesudah Subuh, gerak ke Bayan Lepas. Dua jam perjalanan, perut lapar rasa nak tumbuk orang. Tunggu pengantin plak tak sampai2, stuck kat jammed ada lori terbalik. Jadi, kitorang keluar dulu cari sarapan. Ke Makbul Restoran kita.
2nd stop : Makbul Restoran. Anak2 dara. Mana ntah pergi tudung memasing. Dah tu, tak nak duduk meja sama2, sebab nak buat travelog, dorang kena ada video dan space memasing *poyo*
Makan di Penang, selepas jam 10 roti tak ada. Janganlah mengada nak order please. Makan la briyani yang berlambak tu.


Perut dah selambak kenyang, baru ke Masjid untuk nikah dan bertandang kemudiannya. 
Congrates Pakcik Jeffri Ramli & Makcik Aslina. Nasib lah korang dapat anak2 sedara yang baik macam kitorang. Actually gambar ni nak focus kat ibu kitorang yang cun tengah2 tu. InsyaAllah next ibu, kawen dengan Sultan Kelantan. Hahahahah.
I love the wedding. Its simple.

Habis Majlis Bertandang, check in plak apartment. Kitorang guna AirBnB sahaja. Mudah dan jimat banyak sebab boleh masak. Ibu plak memang tak suka duduk asing2, jadi hotel adalah direject. Kewajipan kalau gie mana2 adalah pool untuk budak2 ni. Tapi punyerla penat, serious lupa amik gambar pool yang sangat besar. Puas hati.

Bagi budak2 mandi, Hasif yang baik jaga. Kami keluar cari makanan tengahari (walaupun dah makan kat kenduri tadi). haha.



Series tak tahu kenapa senget. Hahahaha..mana ntah butang rotate. Ini 3rd stop : Nasi 7 Benua. Ada 7 jenis nasi. Kari sedap. Harga murah hokei. Kami makan ramai2, jumlah bil RM66.40 sahaja. Wajib pergi.

4th stop : Seafood Adnan di Teluk Tempoyak. Maaflah tak sempat ambil gambar *as usual*. My favorite adalah ikan bakar dia. Series sedap bakar style utara, ada kerisik sambal dia.
Dah kenyang tak hengat, balik apartment, yang besar2 tidur dulu. Budak2 main running man ntah kebende. Jam 2AM baru dorang tidur.


Last day, breakfast masak sendiri. Sebab trip kali ni tak bawak bibik, memang kena singsing (betul ke ejaan ni?) lengan masak di dapur. Alhamdulillah habis. Bukan sebab sedap...sebab lapar tak ada pilihan makanan lain.

Lepas check out, cari nasi kandar. Nak pergi Deen Maju - tutup ahad. Nak pergi Kampung Melayu - dah rasa. Kari biasa. Line Clear - oh no!!!! cukuplah pengalaman budak2 ni terlompat2 makan bihun kelmarin. So, kita pergi tempat yang agak selesa,
5th stop : Original Nasi Kandar di Pokok Ketapang. Kedai ni memula femes rasanya sebelum yang lain2 menyerlah.

Nampak tak muha Harith? Tak puas hati sebab Nenek Ibu tak bagi tambah nasi. Nasib lah bang, bukan mama tak sayang. Dah 3 pinggan kot.


Itu je la kot update Penang trip kali ni. Tak banyak tempat makan leh pergi sebab hujan dan masa memang dah book untuk kenduri kahwin. Tapi puas hati sebab kumpul dengan family. 

Sebelum balik, budak2 request ke pantai, tapi hagak2 la, Isnin sekolah kot. Jadi, kita belanja naik feri je. Hahaha.


Imani dan Hasif. Untunglah hai masih ada babah. *tsk tsk*


Until next time, jumpa lagi.






17 January 2017

Ayam Lemak Cili Padi lagi Murah dari Daun Hijau

Assalamualaikum..

Jangan tanya kenapa kitorang bertambah gebu dari hari ke hari. Mahal kot kos makanan sihat ni.

Contoh:

Ini untuk lunch harini. My favorite combination actually. Ada teh hijau, buah nenas (teringinnnnnnnnnnnnnnnnn nak makan nenas bangkok!!!) dan brokoli + tuna.

Hagak2 berapa?

Teh RM2.65 (kalau dalam KLCC, Isetan je paling murah, lain RM3), Nenas RM2.50 (sama gak, Isetan paling murah, jgn beli di Cold Storage atau Food Court) dan Main Dish RM11. Jumlah RM16.15.

Banding lunch semalam kat Food Court Level 4, KLCC. Nasi putih separuh + sayur taugeh + ayam masak lemak cili padi + air lemon  = RM9.10. kalau tambah buah pun still lagi murah.

Beza RM7.05 tu. Boleh dapat pisang goreng yang luar rangup dan dalam manis + lembik 2 bungkus.

Huh. Baik makan nasi kan? 


15 January 2017

Family Day Haji Harun 2016

Assalamualaikum..


Saya memang jarang share gambar2 peribadi, satu sebab tak selesa, satu lagi sebab menjaga nama keluarga mertua. My Parents In Law (PIL) orang baik2. Walaupun masa memula kawan dulu, tengok somi, dengan baju koyak rabak, selipar kanan biru, kiri merah, tup2, bila nak kawen, kecoh orang kampung bila dengar nama PIL. Tidak lah famous macam Siti Nurhaliza, tapi orang beragama yang dihormati. Dapat plak menantu nasib baik tak join iluminati. Kali ini kena kongsi, sebab rupanya mama baca tulisan mengarut menantu dia (for more reasons to be good ok). So, mama .. this one is for you.

Balik pada tajuk. Masa balik umah PIL awal Dec aritu, mama sebut nak buat family gathering. Family mama ni rajin buat, at least setahun sekali cuma kami yang jarang join. Asik bertembung dengan kerja. 8 tahun kawen, 2 kali je kami sempat ikut. 

Ikut hati, memang payah. Dah la akhir tahun, mana nak dapat tempat elok untuk orang2 tua dan boleh muat 80 orang dan kos lagi yang perlu fikir. Kena plak untuk accountant, akhir tahun tutup buku tuu...memang semua cuti freeze.
Tapi,mengenangkan mama yang tengah sakit, pejam mata, time2 tu gak bukak laptop google tempat. Tarik adik ipar sorang, biras sorang, bahagi2 untuk telefon sepupu sepapat.

Dan betul, kalau niat baik, Allah memang akan permudahkan. 8 hari plan, akhirnya.... berjaya buat. Puas hati sangat, memang bagi credit pada http://www.hudas-haven.com/ terutama Encik Amir (the owner) dan Encik Nazir (Pengurus Resort).

Tempat ni series best ok. Ada pool, ada sungai yang air sangat jernih, air terjun, and paling penting, tempat tu esklusif untuk family kita je.Tak ada orang lain. Siap boleh memancing dan naik basikal sana sini.

Tengok la gambar2 ni. Uneddited. Hope its represent the true beauty of the place.





























12 January 2017

R.I.P

Assalamualaikum...


RIP my shoes. Gonna find your new replacement soon.


...


10 January 2017

Skim Pinjaman Buku Teks

Assalamualaikum...


Malam tadi baru sempat balut semua buku teks SK Imani. Punca, buku teks dapat hancur, memang tak boleh ditolong.Bukan setakat conteng - kalau conteng padam je lah, ini muka surat koyak, hilang, isi tercabut dari kulit. Bila Imani tukar, dapat yang lebih teruk. Cover cantik tapi dalam muka surat banyak dah hilang. Lagi horror...luar tajuk BI...dalam isi Sains dan BA *nangis*.

Antara yang boleh diterima. Ini masih boleh selotep. Yang lain lebih teruk dari ni.



Malas nak pening kepala, Hasif ajak beli baru je.Rancangannya, lepas habis tahun ni boleh bagi je kat sekolah. So semalam lepas balik dari hospital tengok mama, kitorang lari sat ke Pustaka, beli semua yang wajib.





Rupanya tidak mahal sangat Buku Teks ni. Tapi kenapa ada kes macam ni. Kesian penerima buku. So, kitorang belek2 la & try digest kenapa jadi. Ini memang rasa nak membebel :

1 - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - Terima kasih sebab bagi Buku Teks percuma pada pelajar. Bagus sangat usaha ni. Banyak membantu. Kalau boleh, perhatikan juga mutu buku teks tu. Yang koyak ni, sebab jilid tengah2 tu tak kemas. Jenis yang sekali tarik memang koyak. Cermat macam mana pun, ini jenis buku yang sensitif. Bila kena dekat anak2 yang tengah lasak, insyaAllah barai. Kalau nak bagi free, pastikan lah ikhlas betul. Jangan tangkap muat kualiti. Sila lah tengok balik syarikat pengeluar, mohon jilid sempurna buku2 ni.

2 - Cikgu SPBT - terima kasih buat coding bagai, no.perolehan, rekod. Banyak tu kerja. Dahlah kena ngajar lagi, kena buat kerja admin plak *face palm*. Akhir tahun nanti, kalau sempat check la satu2 buku yang dipulangkan. Tapi memang macam mustahil nak buat sendiri sebab banyak kot. Mungkin boleh ajak anak murid yang dah berakal sket. Supaya buku yang diterima elok. Dan kalau tak elok, suruh mak pak tu ganti masa tu. Sebab kalau dibiarkan je, kesian anak murid tahun depan. Nampak kecik tugas cikgu jaga buku teks ni, tapi amanah tu besar. 

3 - Akhir skali mak bapak - ini letak last sekali sebab banyak tanggungjawab sebenarnya. Bila anak dapat buku teks, balut lah elok2. Dijaga. Janganlah sebab buku tu percuma, main belasah je. Akhir tahun tu hagak2 buku tu dah hancur, ganti la yang baru. Jangan ambil mudah fotostat tampal pakai gam celah2 buku. Selotep muka surat depan ke belakang kunun2 nak kasi kekal, macam mana nak bukak buku tu nanti? Tahu ada muka surat memang dah hilang, ada plak buat tak tahu, hantar je. Sambil dalam hati doa cikgu tak perasan. 

Look : apa yang kita buat sekarang ni, every single thing has its consequences. Tak sekarang akhirat nanti. Korang bayanglah, daripada kena ganti buku yang tak seberapa harga, korang biar je buku tu yang rosak2 dipulangkan. Yang dapat nanti, kalau mak pak jenis ada duit bolehlah beli baru, kalau jenis yang memang tak mampu, sampai betul hati korang biar budak2 tu guna? Sebab apa.. sebab yang kena nanti bukan anak2 korang so ok lah? Please don't do this. Stop the attitude. Allah tahu kot. Niat baik insyaAllah dibalas baik. Kalau korang pilih nak buat tak tahu padahal anak2 korang memang rajin baca buku tu sampai koyak, percayalah Allah akan balas. Tak sekarang pada korang, nanti2 pada anak2 korang.

Jangan esok tetiba confuse, kenapa rezeki susah nak dapat. Jangan fefeling mengeluh kesah hidup susah padahal dah solat tonggang terbalik lengkap. Benda asas tak jaga.

Itu je. Peringatan untuk diri sendiri. Moga tak lupa.

9 January 2017

Fall and stand better

Assalamualaikum...




We had a chat over dinner with friends lastnight. What really disturbing is, people around us are really struggling to meet the ends. Some have moved back to hometown. There are one or two couples are either separating or already divorced. And our closest friend is also on the verge of considering the spliting.


And all are due to money constraint. Businesses are closing down. Currency is already down the drain. Banks now acting more like 'Along' than financial institutions. RM50 in 2016 can buy peanuts, compared to a trolley of dried food as it was in 2007. 

Its frightening. And the forecast is, this will be continuing until 2021. Ergh.

We thought that we are already in a bad shape. Hasif had to close down his apparel shop. Stop the wholesale business with other SEA as the company could not cope with the currency hit anymore. A normal twice a year vacations and weekends gateway now last to one only in totality. Entertainment allowance scratch to nil. Normal choices of premium brand foods, are already settled to in house hypermarket brands only. 

Still, we feels that we are ok. And surviving. Not over the moon spending anymore, or impulse buying, but we are able to make do with the neccessities.

More important is, we are standing up for each other. He listen. And he provides logical explanation for me to decide from. When we argue, or is disputing on stuff, we will talk. A real talk. Not a talk-over-a-messages-or-a-whatsapp. If he can tolerate of me being late from work, or not even returning home due to pressure of closing the account for the company, he gave his consent for me to took classes, from degree to MBA to ACCA : an understanding of his current difficulties to provide the normal luxury for the family is too small of favor to return.

Guys, we are not perfect. We also have flaws. And am not potraying the image-of-perfect-marriage here. What am trying to highlight, marriage is always a work in progress. And its beyond love. Its understanding and trust and able to accept your other half as who he or she is. What cant kill you will makes you stronger. Falls 7 times, stand up again 8 times. And normally, in each falls, you will stands better.

Just pray. Please. And wish for betterment. 







7 January 2017

A Very Hard Decision Indeed

Assalamualaikum..


We were both very much adamant to change Harith's school for 2017 initially. Our preferred was Qdees Setiawangsa, Imani's pre school back in 2015. So the changes would be, from an Islamic Medium School to English Medium School.

Why?



This funny fella will attend Standard 1 in 2018, and comparing with his sister, who started reading at the age of 4, this playful dude are yet to achieve those. And before you started your prediction that Hasif and I are both fallen under this exam-oriented-stigma-kind-of-parents, you are not absolutely write.

Learning from Imani's time, we decided to have it differently with Harith. Rather than enrolled him for a preschool at the age of 4, we only registered Harith when he reached 5 years old. Even that, if he choose not to attend the school, we gave him the leeway. Mind you, he is a December baby, for more reason we decided to starts him late.

He is very good in reciting. Already memorizing quarter of Surah Lazim, the things that lacking during Imani's time. And his Math is superb. Addition & Minus are already on his fingertips.

Just that, he LOVES reading. There are times, we noticed Harith will actfully created a story from the book he pretending to read during family reading time.
The book is about Superman, and his storytelling was on Captain America. Plus, his assessment for Standard 1 will comes very soon. Very very soon.

It is indeed need a thorough analysis.

1. We love his current pre-school (Tadika Amal). The teachers are young, but very attentive and good in handling kids. He learnt Muqaddam, Sirah etc and able to perform prayers. Dhuha mostly as he is in AM session. Plus: the school is within walking distance from our house. Minus : readings are not the top priority plus english is below than average.

2. The targetted new preschool (Qdees) is English based with swimming and public speaking module. The teacher taught Imani's previously, and she is very good with elementary syllibus. Plus: they have mandarin and all-suppose-to-be-modern-skill-module. Minus: Islamic module is only 1 hour in a week duration.

Should we follow the required-mainstream-expectation : english and reading etc. Or should we realligned the priority?

On the day itself i.e. 3 January 2017, whether coincidence or indirect signal given, we went our early around 7am for Imani's 1st day at SRA. The plan was by 8.30am, we will brought Harith to both schools and let him gave the final decision. However, around 8am, the maid called.

'Puan, saya sudah hantar Harith ke Tadika Amal'.

Tadaaaaaa........ how to pull him out when all the registration are done? The preschool is also very considerate, they even allowed Harith to join the class though fees are yet to be paid.

As it goes, Hasif just laugh and shake his head. I know we can always cancel the class, and let the waiting list to fill up the vacant, but the manner was against it. So we have decided to let Harith continues with the current playschool, and to top it up, we engaged a part time tutor, for Harith additional class of English (and reading perhaps).

Hope all end well this year. Cross finger.





About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.