26 March 2018

INFO : Solat Jenazah

Assalamualaikum...

Baru selesai ziarah bapa mertua office mate yang meninggal dunia di HUKM. Dalam perjalanan ke hospital tadi, terkeluarlah cerita cara Solat Jenazah, dan pelbagai kisah2 lucu yang pernah jadi sebelum ni disebabkan kurang ilmu dalam amalan solat ini.


Jarang buat kan, jadi tak semudah yang kita fikirkan. Antara yang pernah jadi, dan pengalaman sendiri, selamba je waktu solat jenazah pergi rukuk dan sujud. Ada pulak sebab dia masbu', masuk ke takbir ke dua, imam selesai dia pun ganti balik sampai 7 kali takbir. 

Sedikit mengenai solat jenazah:

  • Hukum : Fardhu Kifayah
  • Wanita dibenarkan menunaikan solat jenazah bersama-sama jemaah lelaki
  • Selalunya ditunaikan selepas Solat Fardhu.


Rukun solat jenazah:

  • Niat mendirikan solat jenazah
  • Berdiri bagi yang berkuasa
  • Empat kali takbir
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca Selawat ke atas Nabi (selepas Takbir 2)
  • Doa ke atas jenazah (selepas Takbir 3)
  • Salam 


Ringkasan cara mengerjakan seperti di bawah:


Moga manfaat.

12 March 2018

She surprised me.. again 😵😵😵😵

Assalamualaikum..

There are times, I do questioned myself whether I am making the right decision to continue my study, albeit all the time and money that perhaps should be better reallocated to my growing kids (and husband).

My exam - tomorrow !!!!. And for the past 3 days, I was practically sleeping and dozing with the notes. I was also pretty much consumed with my works (no surprise ha?), with multiple deadlines and only less than a minimal team to work on it.

And today was not an exception.

And today, the exception came with a big price. 

The telling.

I was supposed to be on my study leave, yet for these 2 big meetings, my boss requested (politely) for me to also be in attendance. And heck, I said yes.

5 minutes before the chairlady started her opening remarks, I received a phone call from one of the parents from Imani class. Asking where am sitting in. And when Am asking why - she said Imani joined a competition in the school. And today was the competition day. So, being me, known as the pompom girl for my kids (read: will always make myself be part of the process to the teacher's annoyance..haha), 

Shut. A really really capital letter. SHUT!!!!! Because I was not being informed at all and for what it takes, I believe Imani purposely keep this thing to herself - looking at her mama busy schedule.


<sigh>


7 March 2018

PRU PIBG????

Assalamualaikum...




Dalam memikirkan banyak lagi silibus belum di tengok, padahal exam lagi 2 hari sahaja, tapi hati tak boleh fokus memikirkan pasal 10hb ni. Lebih berdebar dari hari nak nikah dulu. 😨😨😨😨😨😨😨. Seriously. Sebab masa nikah dah pasti siapa bakal suami, yang ini masih samar2. Bukan bakal suami. Bakal pemimpin kami.

Apa ada dengan 10hb ni? Annual General Meeting PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) je sebenarnya. Yang untuk ibubapa lain mungkin benda kecil, tapi untuk kitorang benda yang significant impact dia untuk anak-anak nanti. Kenapa? 

Izinkan saya bercerita. Agak panjang. Harapan saya moga ia jelas.

4 tahun dulu, semasa Imani mula-mula masuk sekolah ni, kami memang tak ambil tahu lansung pasal PIBG ke, KSIB (Kumpulan Sokongan IbuBapa) ke. Yang penting, kami tolong cikgu kelas. Datang ceriakan kelas, pastikan barang2 untuk mengajar cukup, dan tolong cikgu masa hari Kantin, hari2 Pertandingan dan Hari Jamuan. 

Sehinggalah apabila Imani masuk Karate, ada masalah apabila penganjur karate ini tidak dibenarkan meneruskan latihan di sekolah. Selidik punya selidik, berpunca dari salah seorang wakil  KSIB yang agak tidak berkenan dan marah dengan penganjur disebabkan yuran mahal (RM40 sebulan??? Untuk 3x latihan seminggu?? 😷😷😷😷😷). Jadi saya berbincang dengan suami, kita kena berada di dalam sistem untuk pastikan nasib anak-anak karate kita terbela. Jadi, masa AGM 2017, Hasif bangun, bersuara, dan jadi AJK ciput pendidikan. Setahun Karate tiada masalah. Alhamdulillah.

Dan seminggu ini, menjelang AGM 2018, pelbagai cerita di dengar. Pelbagai komplen, undangan meminang untuk undi, dan kempen pelbagai. Pelik tapi benar. Korang tahu kan kerja PIBG ni tak ada bayaran? Bukan macam PIBG sekolah lain yang mungkin hanya letak nama, sekolah ni, PIBG kena turun padang, singsing lengan. Sampai berlawak dengan Hasif, YDP tu bukan Yang DiPertua tapi sebenarnya Yang Dijadikan Pekerja. 

Dan sebab ini saya rasa tanggungjawab saya untuk bercerita.

1. Kenapa IbuBapa Wajib Hadir AGM

Waktu inilah IbuBapa perlu menentukan melalui undi siapa yang akan jadi suara kita. Siapa yang akan pastikan nasib anak-anak kita terbela. Masa ini PIBG akan bentangkan apa aktiviti tahun sebelum, apa kedudukan kewangan, apa penambahbaikan. 

Kita nak anak berjaya, kita nak anak kita mendapat tempat wakil sekolah. Kita nak , ayat mudah dia, anak kita sahajalah yang ke depan. Tapi kena ingat, perkara ni semua mustahil akan terjadi kalau IbuBapa tak turun tolong sekali. Cikgu dah penat kot kerja mengajar, tak kan nak suruh depa pastikan lagi anak kita pandai hebat setiap masa.

Masa kitorang usahakan keceriaan kelas tahun ni, minta sumbangan RM10-RM20 satu anak. Senyap. Tak berbunyi. Turun ke kelas pun tidak. Bagi idea pun tidak.  Komplen mahal lagi (Topup sebulan berapa bang?). Faham ibubapa ada kekangan kewangan, ada kekangan waktu, mungkin boleh kongsi idea sahaja. Tapi tak semua juga. Yang ikhlas ada. Yang krik krik ramai.

Tetiba apabila ada isu berkaitan anak dia, terus bersuara. Komplen, salahkan guru kelas dan buat komen general menuduh. La..... ada rupanya. Ingatkan nombor telefon pembantu rumah yang duduk dalam grup kelas tu selama ni. 

Ingatan mesra : apa yang kita nak tunjuk pada anak-anak kita? Ambil berat jika perkara itu penting pada kita sahaja? Boleh berjaya tanpa berkat doa cikgu-cikgu? Kalau ada isu, terus komplen tanpa usul periksa? Jika ya - bersedialah 10 tahun lagi,bila anak-anak anggap kita tidak penting  untuk mereka. Bersedialah juga generasi baru yang hanya pentingkan diri sendiri dan kuat komplen tapi tidak ada usaha perbaiki diri.

2 - Kenapa penting memilih wakil PIBG yang layak

PIBG bukan tempat politik. Kalau ada hati nak bertanding PIBG sekolah untuk nampak cantik CV. Contoh : Jawatan Semasa - YDP PIBG SK xxx. Lupakan. Serius kelakar. Nak main politik, sila masuk PRU. Dah dekat pun. Boleh tabur wang di sana. Jika rasa nak jadi PIBG sebab mudah dapat kontrak, dalam perlembagaan dah tulis akan ada bendahari, pemeriksa kira-kira, keperluan pengurusan tender dan pembelian.

Di sekolah, PIBG bukan setakat kena tabur duit sendiri, kena minta sedekah cari sumbangan, paling horror, kena sedia untuk cuci tahi dalam tandas sekolah yang tersumbat. Saya dah lebih 20x kot, terserempak dengan team PIBG sekarang, tak kira waktu buat kerja di sekolah. Ada 1 masa, jam 8PM, ingatkan hantu sebab beliau gelap sket, rupanya YDP tengah jalan pegang batang mop, baru selesai betulkan tandas Block D yang tersumbat. Hampir juga nak terlanggar team keselamatan, yang tengah jaga trafik jam 6.15AM, sebab RELA cuti haritu. 

Wakil PIBG bukan mulut manis sahaja. Beliau harus bijak nak balance kan di antara SOP sekolah dengan keperluan dan keinginan IbuBapa. IbuBapa ni minta pelbagai, tapi ada masa kurang faham aturan Jabatan. 

Jadi, beliau harus bersikap tidak memihak. Wakil ini mungkin tidak di sukai GB, atau Guru atau IbuBapa, sebab setiap masa beliau harus bersikap adil, beliau tidak boleh menangkan hati semua orang. Tidak boleh cepat sentap. Kena tegur, terasa tidak dihormati sebagai PIBG atau KSIB (ada ke??) terus keluar group WA. Habis, kalau dah sentap, kalau dah keluar group, macam mana nak jadi wakil ibubapa?

Dan wakil PIBG juga kena orang yang adil. Yang fikir bukan untuk anak dia. Tapi fikir untuk peluang sama rata semua anak-anak.Jangan masuk campur urusan sekolah, cikgu2 lebih tahu anak-anak kita bagaimana. Ini paling penting, ada kisah saya ingin kongsikan. Yang cukup dekat dengan hati saya.

Baru-baru ini sekolah buka peluang untuk Rombongan Sejarah. 30 orang 1 aliran. Padahal 1 aliran ada 360 orang. Jadi memang sengit peluang. Kena faham juga, tak kan cikgu nak bawa semua, faktor wang, faktor keselamatan.

Jadi, being me the kiasu mom , senyap-senyap saya datang sekolah pada hari borang diedar. Ada alasan (alhamdulillah) sebab kebetulan memang nak kena jumpa cikgu beri barang2 kelas. Plan saya, lepas Imani dapat borang, saya akan beri duit dan sign, jadi dia boleh hantar pada hari itu juga. Pastikan dia dapat sebab dah 2 hari 2 malam sebut teringin nak pergi. Sedih juga dalam hati walaupun di mulut sentiasa pujuk, tidak apa, kalau tak dapat ada hikmah.

Sampai di sekolah, saya ke Library. Nampak ada budak2 tengah beratur. Ambil borang rasanya. Hati dah berdebar sebab tak nampak Imani. Tetiba mata tertangkap ada 1 budak perempuan, muka sedih gila, mata berair, berdiri di tepi koridor je tengok kawan2 berebut. Saya pergi pada budak tu. Saya tanya (lebih kurang perbualan kitorang) :

^ Adik, kenapa tak ikut ambil borang? 
* Ayah tak bagi.
^ Alahai, kenapa. Dah tanya ke?
* Dah. Dah telefon pun tadi tanya lagi. Tak boleh. Ayah tak bagi. Ayah kata tak apa nanti ayah je bawa.
^ Adik sapa nama? Ayah sapa?
* Nama saya Jasmin. Ayah saya Shahpandi.

Pang!!!!!!!! Terasa ditampar sepuluh kali.Saya sungguh2 faham kenapa ayah dia tak bagi. Mata saya dah mula berair, saya tinggalkan sahaja barang2 di Pondok Jaga, dan saya terus balik. Dalam kereta, dari sekolah ke KLCC, saya menangis. 

Anak ini tak layak dilayan begini. Jika dia berhak untuk dapat, tidak kisah jika dia anak PIBG, anak GB, anak PM sekalipun, jika aturan adalah siapa cepat dia dapat, dan memang jika dia cepat dan sudah beratur seperti yang lain, maka dia layak untuk dapat. Yang salah, jika guna laluan khas, atau paksa cikgu masukkan nama, itu adalah haram.

Saya faham kenapa ayah dia buat begitu. Sebab mahu mengelakkan semua mulut makcik2 bawang dan pakcik2 kunyit dari menuduh yang bukan2. Hanya orang yang ikhlas sahaja mampu buat begini. Jika di tempat beliau, saya yakin, 1 panggilan telefon sahaja dah melayakkan anak beliau untuk dapat. Tapi beliau tak buat. Allah. Dan patuhnya anak ini, tidak melanggar lansung arahan ayah. Demi Allah, sampai hari ini, saya masih terbayang mata merah Jasmin 😭😭😭😭😭😭😭.

Ingatan mesra: Pilihlah wakil yang benar-benar layak. Bukan mahu dapatkan kedudukan untuk kepentingan anak sendiri. Tapi yang adil dan mampu jadi suara kita. Lebih-lebih lagi sekarang, kegiatan kokurikulum penting. Harus ada wakil yang benar-benar adil untuk pastikan semua anak diberi peluang hampir sama rata mengikut kemampuan. Bukan terus disekat tanpa tunjuk ajar dan peluang.


3 - Adab memberi usul / cadangan

Jujurnya,saya dah sediakan 11 usul untuk dihantar kepada Setiausaha. Hari terakhir untuk menghantar, Hasif bersuara:

Yang, setiap usul yang you buat, adalah penambahbaikan. Jika penambaikan maksudnya akan ada seseorang perlu buat. Sama ada PIBG atau Guru-Guru. Dan ia akan jadi tambahan tugas untuk diorang. Betul, memang sentiasa perlu ada benda diperbaiki untuk menjadi lebih baik, fikirkan juga siapa perlu buat. I cadangkan, usulkan perkara secara berperingkat, yang you sendiri boleh tolong sekolah untuk jalankan.

Dan saya terus tak jadi hantar Usul. Hahahahaha.

Ingatan mesra: Dalam keghairahan kita nak bersuara, kadang-kadang kita lupa impak pada orang lain. Berilah cadangan yang membina, yang hasilnya untuk semua anak-anak. Lebih baik, jika setiap cadangan itu, kita sendiri mampu memberi bantuan dan pertolongan. Jangan baling batu sorok tangan. Jangan bangun pegang mikrofon nanti, jadi sawan mikrofon, komplen sana sini, marah sana sini, tapi kita sendiri datang sekolah setahun sekali. Masa AGM. Adeh.

Dah cukup panjang saya tulis. Cukuplah kot. Saya benar-benar mohon maaf andai tulisan saya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Ini hanya nukilan jujur saya,yang dilahirkan dalam keluarga guru, diajar dan dididik untuk sentiasa memuliakan guru dan benar-benar faham tugas PIBG untuk memudahkan tugasan-tugasan itu. Saya juga masih belajar jadi lebih baik. Tegur saya.

Untuk barisan PIBG SKS 2017, jika tuan puan membaca, saya ucapkan ribuan terima kasih. Moga Allah permudahkan urusan tuan puan dan memberi balasan yang sebaiknya di akhirat. Jika masih terpilih di 2018, tahniah. Teruskan segala perancangan yang belum selesai. 

Kepada bakal barisan PIBG SKS 2018, di doakan moga di bawah pimpinan tuan puan , ikhlas, adil dan mampu menjaga kepentingan anak-anak dan guru ini sebaiknya. Di bahu tuan puan terletak amanah kami. Moga Allah balas setimpalnya. 

Mohon Berundur.



INFO: Dual Language Program (DLP)

Assalamualaikum...


Seminggu sebelum cuti, Imani dapat tawaran untuk Dual Language Program (DLP). Untuk sekolah dia, tawaran diberi masa Darjah 1 dan Darjah 4. Ada 2 kelas sahaja, 1 untuk aliran Mandarin dan 1 lagi aliran Bahasa Arab.

Masa Darjah 1, Imani dapat juga tapi kami tolak sebab Hasif memang tak percaya pasal DLP. Ada beberapa kemaslahatan masa tu, lebih2 lagi masa tu betul2 DLP ni baru diperkenalkan.

Bila nak masuk Darjah 4 ni, daripada kitorang yang buat keputusan, kitorang biar Imani yang decide. Dapat surat Khamis, kena jawab Jumaat. Tanya Imani, apa yang dia nak tahu pasal DLP. Kemudian bagi pinjam handphone 1 jam untuk dia google sendiri informasi dari internet.



Rasanya semalam dia fikir, dan esoknya Jumaat sesudah Subuh Imani buat keputusan untuk tolak. Mama dia memang susah hati. Betul ke keputusan ni. Babah dia, seperti biasa, dah anak buat keputusan macam tu , ikut sahajalah.

Bila tanya Imani, kenapa dia tolak, dia jawab:
1 - UPSR nanti pun guna A je kan mama. Bukan A tu dalam english ke bm. 
2 - Kalau kakak nak tere english, kakak bacalah buku Dork banyak2. Kat sekolah pun kakak tengok cikgu yang ajar DLP, cakap BM juga dalam kelas 😑.
3 - Kalau kakak ambil DLP, darjah 4 sampai 6 kakak kelas sama je. Tak tukar2 kawan. Tak best la. 
4 - Kakak malas. 

Hahahah. Alasan no. 4 tu yang paling win sebenarnya. Memang terserlah anak Hasif.

Dan untuk kitorang, saya lah paling utama, kenapa berbelah bahagi :

Kalau Tolak :

1 - Premium kelas di sekolah Imani ni dikira dari kelas DLP sahaja. Bila kata premium, selalunya, peluang lebih banyak untuk kelas ni. Dari peluang wakil sekolah, masuk acara itu ini dan lain2.

2 - Sama juga, pemilihan guru-guru, kebanyakan guru yang strong akan diberi ke kelas premium. 

3 - Laluan ke SBP - ada yang kata lebih mudah jika dari aliran DLP.

Kalau Terima :

1 -  Kelas akan sama untuk 3 tahun seterusnya. Tak jumpa orang baru

2 - Buku tak banyak pilihan di pasaran


Akhirnya - kitorang maintain sahaja Imani buat keputusan. Dan tawakal. InsyaAllah.








2 February 2018

A Stalker - He Is

Assalamualaikum...


Its been a while since I blog my stories here. Wish I could give some excuses, padahal sebenar2nya - was extremely busy with current affairs. Harith and Hanif have started their actual schooling - and really I wanted to share those whirlwind stories. And Alhamdulillah, Imani going strongly positive in her education.

Will try to share the New Year event, the ritual birthday bash and few others on DLP and School stuff. Bear with me please ok.

And, if you guys realize I was extremely secretive about my work. Where I actually work and my team and well , my actual job scope. I did bitch twice about my previous 'zaman kegelapan' - but still keeping the identity of the actual person or his / her position. And only few from my work-circle-of friends knew about this blogging thingy.

Until few weeks ago, my current team came across this blog - not difficult for them to stalk frankly - as simple as typing from google search. Since then, I've been - the subject - and target. Just to piling up on top of other things they used against me. And for that, I've changed the privacy setting - blocking all access to get things cool down. Temporarily.

Is it difficult to be in this team? Yes. And its a real capital letter of YES. Is my team terribly bad? Nope. They are just a bunch of people who have excel in their position - the high flyers - who know the tricks of middle management stuff. Where knowledge is their pillar and connections are their weapon. And I am struggling with both still. 

And one of them , asked - from my blogging where he managed to speed reading- I did sound nice before, and it changed drastically since 2014.

The answer ? :> (Though I hope I am not that bitch) 😛😛😛



I know you wouldnt care if I do the explaining, perhaps just to let you guys know - there were times I hope I really feels like punching you guys in the face. There are times I do appreciate the learning. But most of the time, I know I am grateful for Allah to give me this opportunity - so I could learn and decide which quality I should copy and what should be axes. Thank you. Really.


This is the latest picture. For Suz's birthday. We were in Shuff's new car. Oh, sorry. Suz @ Suzana - is our team wannabe. I adore her , seriously. Meet her, and you will know why.
So, I hope this is my only blog about work. 




About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.