18 August 2017

Bibik - Part 1 -13

Assalamualaikum...

Satu hari yang sangat penat. Dari pagi mesyuarat, siap boss belanja pizza untuk lunch ....berhenti untuk solat sahaja dan sambung semula. Itupun waktu sepatutnya bentang kat boss, cengkelat. minta diri sebab ada kelas. La ni lagi sejam nak pukul 12 baru boleh duduk tenang di rumah. 

Ok. Put that aside. Mari kita cerita pengakhiran kisah seorang pembantu rumah ni. Dah ramai yang tanya di FB dan juga time jumpa, nak panjang cerita ambil masa, meh kitorg share di sini perihal2 berkaitan. Supaya jelas apa jadi sebenarnya.

Dari mula.

Bibik pertama Mujiati, memang kami cari sendiri dan kerja dengan kami 5 tahun. Minta balik sebab dah penat kerja. Itupun time dah balik, ada beberapa cerita yang baru timbul, antaranya jam jenama yang kitorg terjumpa dalam beg yang sepatutnya bawa balik tapi tertinggal, cerita2 yang direka disampaikan kepada ahli keluarga etc etc etc. Lepas bibik ni balik, leceh amik maid, saya amik cuti tanpa gaji hampir setahun. 

Lepas Hanif setahun, baru ambil bibik lagi. Bibik ke 2 ni nama Umi Sadiya, asal Surabaya, pesantren , hafal Quran. 2 minggu sampai KL, suami meninggal dunia, tinggal anak sorang je umur 16 tahun. Sebab baru sampai dan permit kerja tak siap lagi, dia tak boleh balik, jadi kami adakan kenduri arwah untuk suami di KL. Dalam masa sama hantar duit di Indonesia untuk kenduri 3 hari 3 malam, hari 40, hari 100 dan baru-baru ni hari 1000 😐. Masa ni bibik 1st yang minta balik tu call semula nak kerja balik. Haha. Tidak lah kan.

Umi Sadiya ni ok (untuk kami. jangan tanya kakak2 saya atau ibu saya, depa memang hangin dari mula). Sebab kami banyak belajar dari bibik 1st, tak mengharap bibik buat kerja. Jadi tugas dia 5 hari seminggu sahaja (Isnin - Jumaat). Lagi 2 hari cuti. Tak termasuk cuti umum yang memang dia pun akan cuti. 

Minggu lepas anak Sadiya ni eksiden. Dia pun menangis histeria minta balik. Kami pula memikirkan dia baru je balik kampung, plus dah banyak guna duit untuk kenduri dia yang berkambing lembu kerbau bagai tu, kami ralat. Tapi memikirkan anak, tawakal, bagi je la balik. Walaupun instinct dah tau fishy. Dengan janji 10 hari sahaja sebab permit dah nak mati, harus balik 18hb jika mahu terus bekerja. 

Hari ke dua di Indonesia, hantar gambar - anak pecah mulut sahaja. Tiada patah retak jauh sekali harus bedah otak antara hidup dan mati seperti yang digambarkan.

Hari ke 3 , ayah Sadiya telefon, minta dibenarkan balik lambat sedikit. 

Hari ke 8 telefon, anak tak keluar hospital lagi. Minta izin balik lambat. Saya pun minta tolong anak kawan yang kebetulan bekerja sebagai doktor di Hospital sama, untuk cek kan sahih atau tidak. Anak tu memang betul eksiden, tapi ditahan di hospital 2 hari sahaja. Dah lama keluar.

Hari ke 9 telefon, bertanya jam berapa tiket kapal. Dan harus diganti ke tidak harga tiket. Sambil beritahu kena cirit birit 12 kali ke tandas 😃.

Hari ke 10 i.e hari ni :

11 AM - WA bibik beritahu untuk check in di kaunter. 
11.30 AM - Bibik telefon kata masih sakit perut. Bingung. Tak tahu boleh balik ke tidak. Kemudian talian terputus. Bila telefon semula, ini ayat dia lebih kurang:

'Puan, hari itu saya sudah bekerja 10 hari kan, Puan tak bayar gaji lagi. Itu tolak tiket la. Lebih kurang jumpa di akhirat. Saya tak boleh balik. Assalamualaikum. Bye' .

Saya pun sebab keluar mesyuarat semata2 untuk jawab panggilan dia sahaja, tak sempat fikir, masuk balik mesyuarat.

Tak lama lepas tu, dia hantar ini pula:
                                              😂😂😂😂😂😂

Ini yang terakhir. Lepas itu block WA saya. Dan tidak pun jawab panggilan Hasif.

Jadi..itulah pengakhirannya kisah seorang Umi Sadiya ni dalam kehidupan kami.

Hmmmmm.....

1. Hasif marah sangat. Saya faham. Satu sebab pengakhiran begini, agak biadab. Hasif ni orang nya pandang tinggi bab2 hormat ni. Kedua sebab anak bibik ni Hasif yang top up untuk sekolah. Sampailah habis belajar sekarang dah kerja.

2. Kawan2 tegur kenapa bagi pegang duit gaji semua, jadi sebab tu dia senang lari. Jawapan saya : dia bekerja, itu hak dia. Kan ada hadis cakap bayar upah sebelum peluh kering? Peganglah itu. Kalau itu hak dia, beri. Bab gaji 10 hari dia tu, memanglah tak bayar lagi, hari gaji akhir bulan. Plus : duit kapal dia, duit poket dia, kami yang beri walaupun dalam kontrak tak perlu. Kalau tolak 10 hari itupun, tak boleh ganti duit tiket dan duit2 hutang dia. Tapi ayat seolah2 terbalik pula yang berhutang.

3 - Sebab pertama kali kena begini. Harus uruskan report polis dan sebagainya, jadi marah sebab kena buat urusan2 tu lebih banyak dari marah sebab dia tak balik. Dari hari bapak dia minta balik lambat, dah tahu akan ada masalah (ini bukan kali pertama), jadi memang dah cari alternatif. Dan alhamdulillah, demi Allah tak rasa sakit jiwa sangat sebab mungkin anak2 dah besar. Dan Hanif pun nak masuk tadika dah. Terasa pastilah, sebab rasa kita dah layan baik, dan dia pun beragama (uhuk). Dan dia dah duduk dekat 4 tahun kot serumah. 

Kesimpulan?

Entahlah. Nak sangka baik susah. Nak sangka buruk pun masih ada yang baik. Walaupun bak kata Hasif mungkin 1 dalam 1000. 

Saya lihat ini salah satu cara Allah nak tunjuk jalan.Ramadhan hari itu, saya benar2 minta Allah permudahkan kehidupan, jadikan saya sebagai ibu, isteri dan anak yang lebih baik. Bukan ada pembantu rumah jadi looser tak elok, tapi ada perkara yang saya takes for granted. Nanti kita bincang lagi pros and cons bila ada maid ni ok. 

Jadi...itulah. Doakanlah. Alhamdulillah ada keluarga dan paling penting suami yang faham dan support. Dengan 2 anak sekolah,1 belum sekolah, sambung belajar, bekerja : memang agak mencabar. Untuk 2 minggu pertama ni sila tutup mata jangan tegur kalau nampak kitorg pakai baju kedut - its called familiarization weeks.<bluek>

Till then, doakan kami. InsyaAllah.





2 comments:

  1. Even dok follow kat fb, akak still baca gak kat blog. (Fb lg real ganasnya.haha) Moga Allah permudahkan urusan Dut sekeluarga. U have a wonderful husband and beautiful children.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin2.Alhamdulillah untuk kita kak. Terima kasih atas doa.. hadiah paling best seorang saudara / sahabat boleh bagi.

      Delete

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.