30 December 2016

Letter from Imani

Assalamualaikum...

Imani : when you read this, this is your 1st letter to your brothers. Don't hate them , help them and love them. I left you with money but knowledge, I instill in you with heart of gold and common senses a human being shall have. You can do this, with or without us.

Remember. I Love You. Always. 
And only 1 Princess occupying our heart. 

You.




28 December 2016

Terima Kasih

Assalamualaikum...


Selak2 album lama, jumpa macam2 gambar. Dan setiap darinya ada kisah2 yang tersendiri. Ironinya, sekarang sudah boleh melihat dengan mata dan pandangan berbeza untuk kisah yang dulu mungkin dirasa sangat mendukacitakan.

Benar kata seorang sahabat :

Jangan takut buat salah, sebab dari kesalahan akan datang pelajaran. Tapi jangan pula diulang kesalahan yang sama, kerana itu maksudnya kita gagal untuk belajar.

Dan satu yang saya cukup pegang, bila arwah mak selalu mengingatkan :

Hargai orang. Tolong orang. Walau tinggal RM2, sedekahkan sekurang2nya RM1. 

Jadi untuk semua, kenalan , kawan & sahabat : kita berjumpa bersebab. Tulisan saya ini tuan puan baca bertujuan. Apa pun niatnya, terima kasih. Saya hargai kehadiran anda.





26 December 2016

Petrosains - KLCC

Assalamualaikum...

It's School Holiday still, and if you have time, do visit Petrosains at Level 4, KLCC.

Expose your kids to knoweldge of Oil & Gas, and enjoy various activities scheduled for the day. Its fun. Seriously. And worth every pennies spent.






24 December 2016

Imani : with pencil & paper

Assalamualaikum...

Remembering the good old days when we started to introduced Imani to art. Its always with pencil colors and colored papers - and her room would always scattered with i-dont-know-what-she-was-trying-to-do, but somehow those 'junkies' would always ended up on her wall-of-fame.

So, we let her decide for the family's raya outfit, and her own clothing. Given 10 days, she managed to produce this little sketches.


3 outfits with 2 different theme
And with a super talented tailor K Ina - anything is made possible. And the results :---------->>>> tada !!!





22 December 2016

Performance Appraisal (PA)

Assalamualaikum..


Tajuk ni paling semua orang tak suka, sebab setiap kali hujung tahun itulah perkara yang akan dibuat.

For a management : its a good method to identify the performance of your staff.

For a staff : its the medium on how to present your contributions for a year, on a piece of paper.

The structure is good, the implementation is difficult to weight. As long its has a human intervention, the integrity is always questionable. Kalau orang Melayu kita akan panggil bodek atau kipas. Kalau orang putih, depa panggil ' networking '. Both language, the meaning is mutual, how good you are with your boss, so he or she can represents you well.

In my case, in a big corporate entity, multinaltional plak tu, mustahil tahap dewa if your President knows you. Jadi tinggal la immediate superior yang akan menjadi suara dan wakil.

8 tahun dengan syarikat ni, macam2 gaya bos ada. Ada yang bagus, jadi kawan sampai sekarang. Ada yang so-so, kita say hello when passing bye. Ada plak yang, Ya Allah, kenapalah ko izinkan manusia macam ni hidup dalam dunia. Dugaannya, 3 tahun je dapat boss yang kategori pertama, lagi selebihnya kategori yang terakhir.

Macam2 kena dengan yang satu ni, dari falsely presents performance, ke purposely create ignorance environment, senang cakap...buat kerja sorang2..dia satu hapa tak tolong..tapi nak keputusan from her...to the extend, dia panggil semua orang meeting except you. Oh..ada 1 masa je dia confirm akan ada, masa nak claim keja yang staff buat for her own recognition.

Suami cakap..cukup2 la tu. Bukan tak ada tempat lain offer. Tapi hati masih kuat dengan tempat ni. Complacent mungkin. Takkanlah nak tinggalkan benda yang kita suka dan enjoy, hanya kerana 1 manusia.

Dan hikmahnya, bila ramai menjadi mangsa harga minyak turun naik, kerja saya dihargai bos lagi besar. Dapat promotion, dapat increment, waktu orang lain mungkin hilang kerja. Dan nikmat paling utama, sebelum pergi kerja dapat jumpa anak depan mata, hantar pergi sekolah. Waktu hujung minggu, boleh lah belanja lebih sket bawak keluarga jalan2. Jadi, nikmat Allah yang mana lagi mau kita dustakan?

Moral : sabar. Rezeki kita bukan pada tangan 1 manusia. Allah kan ada.

Cuma sekarang ni, memang tengah google law, boleh tak kalau bunuh bos sebab dia menjadi punca stress dan sakit hati tahap dewa. Boleh tak, appointment dah lama book, dia dah accept, untuk one-to-one session pasal performance, tetiba dia cancel sebab kata bz. Bz dia sekarang adalah , tgh minum2 dengan kawan2 dia.

Ya Allah, bukalah pintu hati manusia seorang ini.

20 December 2016

Hanif The Menace

Assalamualaikum..

Hanif when he was only 1 month old.

Missed this moment. Alhamdulillah.



19 December 2016

Teamwork

Assalamualaikum..

By definition :

In theory :


By practice :


Am sound so negative and sarcastic right? 

Well, do think it adversely. If norm highlighted that perception, there is no stopping for us to act differently. 

I've had an experience working with a marvelous team, and it takes effort and trust from each of the member, with the superior playing the biggest role. 

The tip is : TRUST. Nurture the trust, empower skill, you will received respect in return.

17 December 2016

Bam2 & Iqra'

Assalamualaikum..

The beauty of having 3 moms - you know your kids are well loved and taken care of.

The not so beauty of having 3 moms - how to rotate the kids during School Holiday?

Nenek Ibu booked 6 months earlier for the kids to be sent to her home, with a stern warning, they should brush up their hafazan and iqra'. With our current tight schedule, sending the kids over to Baling with Tok Chik, is near to impossible. Left was Nenek Ros, as much she wants the kids to be around, we wish not to further burden her with noises and potential-disaster the boys are more than capable to make - noting with her current health condition.

So Nenek Ibu won this round. And 3 kids - with bibik - to Nenek Ibu.

1st day with Nenek Ibu, she sent me this video :



2nd day with Nenek Ibu, she sent me this picture :


Aren't they beautiful? Alhamdulillah.

15 December 2016

MAHA 2016

Assalamualaikum..

Tunggu mama memang tak sempat nak bawa. Alhamdulillah ada M Ngah & M Lang yang sanggup tolong bawakan. Itu pun, yang kecik 2 orang terpaksa ditinggal. Kang tak pasal2, dari nak tengok lembu sado, jadi tengok Harith & Hanif sado naik atas lembu tu.






13 December 2016

Boss

Assalamualaikum..

Hari tu, ada seorang team member saya bertanya:

'Macam mana akak boleh remain cool & senyum? Kalau saya kat tempat akak, saya dah nangis bawah cubicle'

Saya tak jawab, sengeh saja sambil minum Green Tea Pokka kesukaan. Yang dia tak tahu, kalau saya dah minum air tu, atau Coffee Latte San Fran, maksudnya level stress saya tahap hujung2 ubun. 

Ok Dik, ini jawapan sebenar.

Satu: akak dah tua. More than 13 years working experiences in this corporate (jungle). I had enough of people & drama. Dan kadang2, dah boleh teka jalan cerita & kesudahan. Siap boleh beli popcorn untuk menonton drama itu.

Dua: di mana2 organisasi pun sama. Masa yang kita habiskan dengan teman sekerja lebih lama dari masa dengan keluarga. Jadi, ada masa kita akan mengharapkan suasana kekeluargaan itu. Trust me : its beyond your imaginary wishes dude. You could have a harmony-working-relationship, YES. In heaven. Sebab itu, ramai yang memilih polisi DTA - Dont trust anybody. 

Tiga: pernah dengar kerja teruk? atau boss teruk? dan antara dua ni mana lagi yang paling disaster sebenarnya? pernah dengar People leave a manager, not an organisation? OR Bad Work with a Good Boss is better than Good Work with a Bad Boss? 

Dalam kes saya, bos saya baik. Sangat mempercayai & membantu. Tapi bos ini jauh dipisah Laut China Selatan. Yang ada di KL adalah bos tumpang, yang sejak 4 tahun dahulu, ada sedikit sifat 'unik'. Ironinya untuk sebuah organisasi besar seperti company saya bekerja ini, adalah mustahil untuk Top Management kenal & tahu setiap kerja orang bawahan. Jadi tanggungjawab itu terletak pada bos untuk menjadi suara mewakilkan pekerja ini. 

Rezeki saya, suara itu tidak memihak kepada saya. Dan rezeki saya juga, challenges saya sewaktu kerja adalah sangat banyak. Banyak. 

Untuk sesetengah orang, akan lama mengangkat kaki. Bukan tiada tawaran lain. Ada. Bukan tiada perasaan, ada. Tapi saya memilih untuk stay & bersabar. Kenapa?

Rezeki saya Allah bagi sudah banyak. Banyak sangat. Daripada keluarga yang baik, keluarga mentua yang sangat supportive, hinggalah ke anak2 yang sihat dan pandai & suami yang sentiasa ada. Jika Allah menduga saya hanya sedikit begini, kenapa saya harus mengalah? Jika Allah benarkan suara itu bercakap dusta, percayalah, Allah dengar. Dan dari pengalaman, apabila bersabar, lebih banyak rezeki yang Allah bagi.

Jadi Dik, itu jawapan akak. Biarlah bos buat apa sahaja. Percaya pada Allah. DIA ada. Sentiasa.

10 December 2016

Pra Sekolah - Mana Nak Masuk?

Assalamualaikum..

Hari tu kami ke sebuah pra - sekolah, berkira-kira hendak masukkan Harith untuk 2017. Berbeza dengan Imani, masa Harith kami memilih untuk tidak masukkan pra-sekolah seawal 4 tahun, sebab nampak kesan yang tidak elok pada si kakak sebelum ini.

Jadi, semasa Harith 5 tahun, kami masukkan ke pra-sekolah selang lorong dari rumah kami, itu pun, dalam seminggu 3 atau 4 hari sahaja pergi sekolah. Yang lain memang boleh tahan ke laut disiplin dia.

Mencari pra-sekolah ini memang payah. Bergantung harap pada jenama sahaja TIDAK BOLEH. Wajib ziarah dan bawa sekali anak. Sebab harus ingat, pra-sekolah ini kebanyakkan nya dioperasi oleh franchise, ada ketika, idealogi pemilik franchise tak sama dengan pengendali tersebut.

Jadi, macam yang kami buat masa Imani, kita jengah 1 pra-sekolah terkenal ini. Baru dibuka dan nampak potensi - medium English dan dijanjikan pelajaran agama & konvesional.

Sayang nya, masa tekan loceng untuk masuk, dibuka kasar oleh seorang cikgu. Kebetulan datang waktu pagi semasa ibubapa menghantar anak, ternampaklah juga adegan yang sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik jika latihan yang betul diberi kepada cikgu. Lagi parah, semasa sesi temubual, cikgu yang sepatutnya bercakap English, boleh tahan juga tahap simpang siur penggunaan bahasa. Kami puji effort untuk cuba berinteraksi, tapi sebab bayaran tinggi, rasa tidak berbaloi & sudah tidak ada kepercayaan untuk meneruskan niat.

Sekarang adalah dilema sebenar : kenapa sangat susah mencari 1 pra-sekolah yang benar2 menggunakan medium English, ada silibus agama & konvensional dan paling utama guru-guru mampu menguasai keperluan tersebut?

Dari niat asal cari pra-sekolah untuk Harith, kami berakhir di kedai makan. 

Gagal lagi objektif hari itu.


30 June 2016

Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Counting the final days of Ramadhan 1437H, wishing we will be the chosen one for the night of 1000's benefits.

Short sharing, time and dua', hope its help.





10 June 2016

Ramadhan 1437H

Assalamualaikum..

More than a year from the last posting. I do respect those who can blog easily and able to keeps track on stuff. Main reason why I put the blog under the blanket, was that I noticed how scary it is when people started to notice you on net. And by the posting, they will know your activities, or to the least, who you are. Quite scary : for me at least.

A year and half. To get the courage checked and restored. And to focus to the main intention why the write up on net started years ago.

So .. here I am.. again.

And things do change a lot. And alongside, too many rezeki and gifts Allahs has bestowed upon me and family. Alhamdulillah.

1st-  the 3 kiddos are growing fast, really fast in fact, and Allah knows how much I wish I could stop the clock from continuous ticking, against my innerself wishing to see how they will turn to when they grown up later.  

2nd- am still holding on my job. When the rest are losing (am really hope they will recover soon), I got my bit of promotion and acknowlegement. And I got to do stuff that I have been requesting for the past 4 years.

3rd- trying on new stuff, more to my own liking. Pretty much a start up, and nothing to boost yet. Hope i can reap the fruit soon.

And final (the foremost actually) : family and health are in checked. What more a person could wish for in her life, than a very supprotive husband, a smart and healthy kids, and a close knit i-can-always-count-on you family and friends?

And yes. my posting on my 5th of Ramadhan. Always in the month dear to my heart.

Happy Ramadhan buddies. Hope we could maximize it to the fullest.

Love,
Irina




About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.