2 May 2017

I Will Survive

Assalamualaikum....


Masa farewell aritu, lepas makan2 satu hari, the team ajak karaoke di Pavillion. Memula tu semua orang malas2 nak nyanyi, kecuali sorang dua yang hardcore mat minah melalak...memang setiap lagu dia belasah .. paling tidak pun jadi back up singer.

Cuma bila sampai satu lagu ni, memang semua orang nyanyi nak terkeluar anak tekak, as if macam nak bagi keluar semua sakit hati dan stress yang dah lama duduk dalam badan.

Lagu apa?

Jap.










Well, lirik memang macam putus cinta, tapi kalau dikaitkan pada pekerjaan pun sama sahaja, atau pun kehidupan semasa. 

Jangan sesekali mengalah, percaya pada Allah, dan sentiasa berdoa. Allah knows best. Dan peracangan Allah adalah sebaik-baik perancangan untuk hidup kita. InsyaAllah.

Have fun!!!

30 April 2017

INFO: Digital Al quran

Assalamualaikum..

Selalu duduk di ofis tak ada mende nak buat, tapi you tube tak boleh bukak untuk dengar radio direct, dan daripada layan lagu jiwang, apakata selang seli dengan Al Quran.

Dengar Je. Pasang pelan2.



Moga manfaat.

26 April 2017

Tengok Dinasour (Lagi)

Assalamualaikum..

Perancang majlis sekarang ni memang lagi hebat, siap ke sekolah bagi flyers bagai, dah plak dapat ke budak2 , memanglah tak tidur siang malam dikerah mak bapak bawak pergi.

Aritu, Imani dapat satu flyers untuk Dinasour kebende di AU2. Yang buat Grolier (sebahagian cara nak tarik orang beli buku la rasanya). Ingatkan free, tengok2 sekali kena bayar. Pastu bayaran tu boleh tahan gak la hampir seratus untuk 3 orang. Harapnya, tempat nak tengok tu besar, alih2 masuk ke dalam, ada miniature 5, lain2 tampal di dinding buatan. Kecewa gak la. 

Yang Harith dan Hanif memang semulajadi penakut sket, tempat gelap, alih2 pusing kanan bertembung face-to-face dengan muka dinasour..memang tak cukup tanah la lari keluar semula dari tempat pameran.

Ini sebelum masuk. Muka kondifen benda kat dalam menarik.

Dah masuk...belum jumpa lagi miniature dinasour dengan gigi penuh darah. Hahah. Jadi memasing muka berani..gaya tak hengat la adik ni.

Her favorite dino. Sebab..suka makan burger. Boleh?
Masa ni tengah kira berapa batang gigi dino ada. Punyerla lama kira, bila tengok, tak ada gigi pun sebenarnya. Yang harith kira sisik kot.
Satu-satunya gambar sorang yang berjaya di ambil DALAM ruang pameran.

Masuk RM100, tak sampai 10 minit, berterabur keluar semula. Sila jangan tanya mana Hanif. Melalak tak hengat.


Baru nampak happy semua ada kebende ni.


Lepak je budak kecik ni ambil stok barang pameran dan buat harta sendiri.


Adeh. Tak berbaloi rasa harga masuk dengan apa yang dapat. Tapi dah budak2 nak dan alhamdulillah ada kemampuan , boleh lah layan. Esok2 memang kena asingkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh nak pergi.

Jumpa lagi!!



About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.