Assalamualaikum...
Seminggu sebelum cuti, Imani dapat tawaran untuk Dual Language Program (DLP). Untuk sekolah dia, tawaran diberi masa Darjah 1 dan Darjah 4. Ada 2 kelas sahaja, 1 untuk aliran Mandarin dan 1 lagi aliran Bahasa Arab.
Masa Darjah 1, Imani dapat juga tapi kami tolak sebab Hasif memang tak percaya pasal DLP. Ada beberapa kemaslahatan masa tu, lebih2 lagi masa tu betul2 DLP ni baru diperkenalkan.
Bila nak masuk Darjah 4 ni, daripada kitorang yang buat keputusan, kitorang biar Imani yang decide. Dapat surat Khamis, kena jawab Jumaat. Tanya Imani, apa yang dia nak tahu pasal DLP. Kemudian bagi pinjam handphone 1 jam untuk dia google sendiri informasi dari internet.
Rasanya semalam dia fikir, dan esoknya Jumaat sesudah Subuh Imani buat keputusan untuk tolak. Mama dia memang susah hati. Betul ke keputusan ni. Babah dia, seperti biasa, dah anak buat keputusan macam tu , ikut sahajalah.
Bila tanya Imani, kenapa dia tolak, dia jawab:
1 - UPSR nanti pun guna A je kan mama. Bukan A tu dalam english ke bm.
2 - Kalau kakak nak tere english, kakak bacalah buku Dork banyak2. Kat sekolah pun kakak tengok cikgu yang ajar DLP, cakap BM juga dalam kelas 😑.
3 - Kalau kakak ambil DLP, darjah 4 sampai 6 kakak kelas sama je. Tak tukar2 kawan. Tak best la.
4 - Kakak malas.
Hahahah. Alasan no. 4 tu yang paling win sebenarnya. Memang terserlah anak Hasif.
Dan untuk kitorang, saya lah paling utama, kenapa berbelah bahagi :
Kalau Tolak :
1 - Premium kelas di sekolah Imani ni dikira dari kelas DLP sahaja. Bila kata premium, selalunya, peluang lebih banyak untuk kelas ni. Dari peluang wakil sekolah, masuk acara itu ini dan lain2.
2 - Sama juga, pemilihan guru-guru, kebanyakan guru yang strong akan diberi ke kelas premium.
3 - Laluan ke SBP - ada yang kata lebih mudah jika dari aliran DLP.
Kalau Terima :
1 - Kelas akan sama untuk 3 tahun seterusnya. Tak jumpa orang baru
2 - Buku tak banyak pilihan di pasaran
Akhirnya - kitorang maintain sahaja Imani buat keputusan. Dan tawakal. InsyaAllah.
2 - Buku tak banyak pilihan di pasaran
Akhirnya - kitorang maintain sahaja Imani buat keputusan. Dan tawakal. InsyaAllah.


