17 February 2015

Antara Kerja & Keluarga

Assalamualaikum..

Nota pertama saya mengenai kerjaya & rumahtangga (tarikh 12 May 2011)

................................................................................................................
  • Rasanya, konflik antara kerja dan keluarga dihadapi oleh semua orang, terutama ibu yang bekerja. Di tempat saya audit sekarang, ada seorang kawan yang terpaksa meninggalkan anak berusia 3 tahun di Malaysia dijaga suami dan keluarga. Peluang untuk balik 30 hari setahun digunakan secukupnya untuk menggantikan 360 hari itu. Bila saya tanya, berbaloikah wang yang dikumpul untuk menggantikan saat2 penting yang hilang untuk melihat anak membesar, kawan ini terdiam.

  • Saya percaya di mana2 organisasi sekalipun, keperluan untuk menjadi yang terbaik itu sangat perlu. Penilaian akhir tahun yang sepatutnya menjadi ukuran prestasi supaya tahu di mana ruang diri untuk dibaiki, sudah menjadi medan pertempuran dek ketakutan akan hilang pekerjaan. Ada di sekeliling saya yang sangat bertunjangkan penilaian ini, hingga takut untuk mengandung lagi, kerana takut akan dilabel tidak berprestasi tinggi. Ada juga yang bekerja betul2 mengikut keperluan ditetapkan penilaian, hingga hilang rasa harmoni bekerja sebagai satu kumpulan.
  • Jadi, apa pilihan yang ada untuk seorang ibu yang bekerja? Jika pekerjaan menuntut masa yang banyak, keluarga sedikit sebanyak akan terabai. Jika membuat keputusan untuk bekerja sekadarnya, sama ada akan dilabel sebagai tidak berprestasi tinggi, lebih teruk lagi tempat kerja diganti orang lain.
  • Adakah kita benar2 tidak ada pilihan, atau kita masih ada pilihan tetapi kita perlu hidup semaksima mungkin dengan pilihan yang ada?
  • Saya percaya setiap apa yang kita lalui adalah berdasarkan pilihan yang kita lakukan. Jika kita memilih untuk bekerja dan memberikan yang terbaik seperti dituntut organisasi (yang selalunya akan mengambil masa bersama keluarga), kita perlu ada sistem sokongan yang sangat kuat di sekeliling kita. Jika kita memilih untuk bersama keluarga berbanding pekerjaan yang lebih menuntut masa, kita perlu bersedia mencari pekerjaan yang kurang demanding dan hilang sedikit kemudahan yang pernah dinikmati sebelum ini.
  • Walau apa pun pilihan yang kita buat, ingatlah,setiap kerja yang kita lakukan, satu masa nanti apabila dirasakan perlu, akan diganti begitu sahaja dengan orang lain. Tetapi keluarga tidak akan sekali2 menggantikan dan meninggalkan kita.Buatlah pilihan yang betul dan tawakal kepada Allah semoga pilihan itu dipermudahkan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.