Assalamualaikum..
Awal tahun ni Allah beri rezeki lebih pada kitorang. P Long sekeluarga bebas dari sakit Tibi, M Ngah alhamdulillah rezeki sentiasa tak putus (ini memang sebab m ngah ni suka sedekah...setiap masa..kagum betul), P Lang plak promotion lagi, dan kitorang pun business Hasif semakin baik dan saya sendiri dapat promotion hari tu.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Maha suci Allah pemberi dan pemudah segala rezeki.
Jadi, saja nak berkongsi rezeki, kitorang bawak lah ibu dan sepupu anak beranak makan di Aroma Ikan Bakar, di Meru. Kalau nak datang sini, boleh call dulu untuk book tempat. Dan kalau nak makanan siap terhidang masa sampai, boleh terus order lauk .. kalau tak nanti lambat datang sebab ramai giler manusia tak tahu depa ni datang dari kurun ke berapa.
No. 017 316 3117 atau 019 208 4452.
 |
| M Lang, Ibu, M Long dan Sepupu Bib |
 |
| P Lang, Emon Jepun dan Hasif Sexy (missing P Long yang masih kena kuarantin, dan abg Chik - alfatihah ðŸ˜) |
 |
| Gosip tak habis-habis |
 |
| 2 budak MRSM yang terlepas kandang. Tengok makanan macam sebulan tak jumpa..hahahah..sian korang...bertabahlah. Kitorang pun 5 tahun mengadap nasi kawah. |
 |
| The kids. Completed. Total 10. 4 perempuan, 6 lelaki. |
 |
| Ini muka lapar, makanan tak sampai lagi. Silap teknik, tak order dulu sebab plan nak pilih sendiri ikan. Tapi tak lama pun sebenarnya, dapat makanan dalam 45 minit selepas order. |
 |
| Alhamdulillah. My big family - minus Emon Jepun dan Shamil. |
 |
| Ini baru betul2 lengkap. |
 |
| Sampai sekarang tak tahu apa motif dorang amik gambar macam ni. |
Kitorang buat makanan untuk 4 set semuanya : nasi putih, tomyam, sayur, 4 jenis ikan, udang, telur goreng, sotong, pastu apa ntah seafood macam dalam buluh tu. Air pun sama 4 set, air tembikai, air kosong dan milo untuk semua orang.
Jumlah makan 28 orang adalah RM700. Ini kira murah untuk harga Semenanjung. Sungguh. Sila jangan banding dengan makan di Top Hat, Kuching atau Luyang, Kota Kinabalu. Atau di Tawau. Situ memanglah lagi murah.
Jadi..sesiapa teringin nak makan bakar2 , seafood dan sebagainya, boleh consider tempat ni. Tepi laut, best. Lepas makan kenyang2, bawak anak tengok laut.
No comments:
Post a Comment