27 March 2019

At the end, its always about the kids .. our kids


Assalamualaikum....


Ingat tak sebelum ini pernah kecoh pasal asyik anak cikgu je dapat wakil sekolah? atau anak PIBG atau orang berkepentingan. Atau anak orang yang sama je?

Dan benda ni i.e. wakil sekolah dah jadi macam komoditi. Semuanya sebab keperluan sijil2 dan markah untuk dibawa ke penentuan asrama nanti. Dah jadi macam pelbagai drama. Berwarna warni.

Ada yang fitnah menfitnah individu untuk rebutkan jawatan dalam PIBG - dengan harapan peluang anak akan jadi lebih cerah nanti - Innalillah. 

Ada yang bergaduh berpuak-puak dalam aktiviti sukan dan kelab - kalau dulu benci sampai sumpah seranah akibat tidak puas hati pada cikgu dan sebagainya, sekarang, ku cium tapak kakimu rela berkorban jiwa raga kerana kau lah idolaku. Alhamdulillah. Bagus. 
Tengok balik......oh..MSSWPKL dah dekat.

Ada yang bersahabat, seorang anak sahaja dapat peluang. Yang lain tidak dapat. Tercetus pula komen2 apa jadi dengan setiakawan. One for all. All for one. Sudahnya, anak yang dapat cancel untuk pergi.


A very sad observations. Truthfully.


Dan Allah bantu, masa AGM PIBG haritu saya jumpa seorang parents baru. Anak darjah 6 , baru berpindah daripada St John ke sekolah anak kitorang.  Dan dia sangat terkejut melihat perjalanan mesyuarat PIBG yang saling menghentam.

We sat down and shared stories. In her own words, anak dia tak pernah wakili sekolah untuk apa2 acara. Dari darjah 1 hinggalah darjah 5. Sebab pertama : dia dan suami agak berada. Jadi dia rasa serba salah kalau anak terpilih sebab duit dia bagi atau memang anak dia layak. Sebab kedua : tak setuju dengan cara ibubapa lain yang pelbagai melobi. Jadi mudah, dia hantar anak secara private di luar, dapat sijil bagi sekolah. Anak dia tak pernah miss daripada dapat Anugerah Koko di sekolah.

My takes?

Susah nak puaskan hati semua orang, dan mustahil untuk harapkan orang lain pun ada perasaan sama. Macam kita mengharap harmoni dan baik2 sahaja pada anak2 semua. Mengharap parents tak pentingkan diri sendiri dan fikir pasal anak2 orang lain juga.Susah juga nak maintain integriti, tahan nafsu dan keinginan untuk  beri yang terbaik sahaja pada anak sendiri apatah lagi bila ada peluang depan mata. 

Contoh situasi. Semasa di Melaka, saya charter 1 keretapi mainan bawa budak2, anak2 rugby dah duduk, tinggal 1 spot sahaja. Semasa saya bayar untuk keretapi tersebut, parents ini datang, suruh Hanif keluar dari spot tersebut dan letak anak dia sendiri. And she was not saying sorry nor paying a single cents nor feeling guilty.  Ikut perasaan normal, wajar sakit hati. Tapi tidak sampai hati nak suruh anak dia keluar. Sudahnya, minta Hanif kongsi dan berdiri. 

Kami juga pernah dihina berlakon baik dengan semua orang, macam bagus sangat etc.Dari kumpulan yang sama ini. Always from this group of people. And demi Allah, baru saya jumpa orang begini tahun lepas.

Tapi bab ni saya suka pendekatan Hasif. Dia selalu tegur, kalau buat baik, jangan pernah harap balasan. Kalau orang tuduh, dan kita tahu salah dan tuduhan tersebut tidaklah damaging sangat, diam dan senyum sahaja. Selagi kita jujur dan yakin apa kita buat itu betul, Allah tahu.  Allah tak akan buka aib kita. Allah tak akan tarik rezeki kita malah bertambah jika kita suka kongsi rezeki.  

And climax nye adalah.


Fitnah dan cerita disampai sehingga ke pentadbir dan cikgu sekolah. Salah pula tuduhan tu. Sebab ini dah damaging, saya tulis surat, dan beri pada cikgu terlibat dan kumpulan ini. 







Final posting for this team AURB. Good luck !!!

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.