16 October 2019

Inferiority Complex vs Middle Child Syndrome

Assalamualaikum...

It's been a while 😌.

Kali ni, kena menulis panjang, untuk kongsi kisah inferiority complex ni. Kalau google, maksud lebih kurang adalah :

an unrealistic feeling of general inadequacy caused by actual or supposed inferiority in one sphere, sometimes marked by aggressive behaviour in compensation

Kisahnya pula: 

Harith anak no.2. Selalu kita akan sebut Middle Child Syndrome. Sama ada dia extreme sopan atau extreme ganas, tapi selalu dan kebiasaan nya akan menjadi yang unik. Bila tengok dorang bertiga ni, memang nampak kakak dan adik lebih kurang sama, yang tengah ni berbeza. Unik....rasa tiga2 sama bab tu. 

Kami perasan Harith ada masalah ni bila dia umur 4 tahun. Ada beberapa tanda yang kami nampak ada pada beliau. Contohnya:
  1. Menolak untuk ikut aktiviti yang perlu tunjuk skill walaupun sebenarnya skill tu dah ada
  2. Untuk mana-mana pertandingan contohnya sukan selalu Harith akan tarik diri dan duduk belakang dan bagi macam2 alasan dengan ayat - Abang tak boleh buat ni mama
  3. Dan kami perasan, bila ada celebration, kakak atau adik naik pentas, walaupun hanya untuk ambil scroll tadika, Harith akan tengok dan tenung dan zone out. Kemudian muka sedih seperti dia dah gagal sebab tak naik pentas juga.
😭😭😭😭😭😭😭😭

Kami bawa jumpa Pediatrician, untuk assess apa masalah, dan sama ada perlu bawa jumpa Psychologist. Nak faham apa kami sebagai parents perlu buat untuk bantu. Dan paling penting apa yang kami dah buat salah sebagai parents. Dan dari discussion, kami faham punca yang boleh sebabkan masalah ini pada anak-anak.


  1. Parents selalu tunjuk tidak puas hati atau tidak setuju
  2. Cara anak ni dibesarkan
  3. Komen negatif yang berterusan
  4. Komen dan kritik yang tak habis - habis
  5. Perasaan dibandingkan
  6. Keputusan akademik yang mungkin rendah berbanding lain
1 hingga 5, macam deliberately tidak ada kami buat. Tapi Harith ni by nature seorang yang sensitif. Bila marah adik, dia yang terasa dan nangis. Bila tegur kakak, dia yang merajuk. Jadi kami risau mungkin dia perasan perkara yang salah.

Kemudian,  Harith macam duduk dalam bayang bayang kakak dia. Imani kami kira perjalanan akademik mudah.Top 3 sentiasa. Wakil sekolah juga banyak. Sepupu-sepupu Harith juga mostly scorer. Mungkin bila bercerita, walaupun kami yakin tidak pernah niat membandingkan, tapi  mungkin dia fikir yang lain.

Kami cuba. And Allah tahu sangat mencabar. Dengan Harith kena lebih banyak puji. Kena lebih banyak explain. Kena paling sabar. Nak bagi yakin, kami cuba expose apa yang dia boleh join.

We landed with Rugby. Team pertama yang dia join, Team ni selalu menang, sebab aim to win in every game .He was called name. Dipanggil noob, dipanggil gemuk etc. Termasuk dari parents, konon niat mengusik, BUT IT WAS DETRIMENTAL. Darjah 1, walaupun team dia ada yang baik, yang mengejek override the impact yang menyokong.  And we cant interfere. Its for him to deal with. For him to learn how to live in this world.Ini tak termasuk di buli dalam kelas sebab saiz badan.

Kemudian, when he move to Primary 2, we changed the rugby team. Kami masukkan dalam Cobra, kami ikut juga pilihan dia yang minta nak join karate macam Imani.

Allah sangat mudahkan perjalanan baik pulih ni. Di Cobra, team Harith sangat positif. Coach mengajar bukan untuk menang semata. Atau target nak main untuk wakil negara..or masuk SBP etc. Tak ada lansung. Coach ajar value yang rugby tu bawa untuk anak-anak ni. 

Baru-baru ini, Harith terhigh tackle opponent dia. Memang salah. Dan Hasif jerit sokong. Dan Coach marah Hasif (hahahah padan muka) sebab applause benda salah anak dah buat. But i really can understand why Hasif did that. 

The 4 years journey was very painful. To get him to stand up for himself. To tell him its ok to make mistake. Its ok to acknowledge he did that mistake. Its ok not to be the no.1. That he can always try , fail but just try and re-bounce. And then ,to witness him with that bravery, that confidence, definitely priceless. 

Things are getting better now. Alhamdulillah. Harith makin berani. Semakin ada keyakinan. Jadi ketua kelas untuk sekolah pagi dan petang. Harith dapat gold untuk karate. Dia minta masuk juga lawan individu karate, dan almost win. Minta masuk teater supaya boleh bercakap atas pentas.

Semua adalah benda yang kami tak terfikir lansung dia akan buat. Dan kami berdoa hari-hari semoga dia berani untuk buat. And he did it.

It was indeed a long painful journey, Yet to accomplish, still work in progress. But the result that we are seeing now, mustahil akan jadi kalau tidak ada support dari semua. Cikgu yang beri kepercayaan, Coach yang sentiasa berikan kata-kata positif dan semangat,  Master dan ibubapa yang sentiasa ajar, dan orang sekeliling yang sentiasa menyokong.

Jadi, kalau anak-anak you all ada  masalah sama, get help. Fast. Anak-anak kita hebat. Do not underestimate their capability. Its up to us - the parents how we want to curate their character.









No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.