12 January 2015

My Little (and will always be) Princess

Assalamualaikum...


Untuk anak mama - Ilham Imani 

Esok Iman nak sekolah dah. Minggu lepas Iman tunaikan janji untuk berhenti minum susu botol. Tepat 5 January 2015 mama buang semua botol susu Iman. Good. You keep your words. Mama suka. Thank you.

Tapi bukan pasal botol susu mama nak cerita. Mama nak kongsi kisah Iman. Iman tahu tak,masa mama mengandungkan Iman 7 bulan, mama kena langgar dengan teksi kat depan KLCC.Masa tu pukul 10 malam dan mama baru balik kerja. Alhamdulillah Iman tak apa2.Tapi sebab kemalangan tu,mama dapat doktor gyne baru- Dr Micheal Samy yang setiap kali checkup akan citer pasal bladder. Siap lukis lagi.  Mama ingat lagi, masa dalam labor room tu jugak, ada 2 orang yang mama rasa nak sekeh sangat. Pertama: babah sebab asyik tengok citer Troll walaupun mama tengah sakit nak bersalin.Kedua: Dr Micheal sebab masa nak lahirkan Iman,boleh Dr ni pause sekejap sebab nak betulkan rambut palsu dia yang salah pakai. 

Pasal nama.Iman tahu tak, sebelum Iman lahir mama dah sediakan 5 nama yang berbeza. Bersungguh mama survey, research, kaji, selidik...sampai hari ketujuh babah balik dengan surat beranak dan nama yang tak ada lansung dalam senarai. Bila mama tanya kenapa Ilham Imani, babah cakap maksudnya Sumber Keimanan Saya. Babah cakap lagi, kita ni asik lalai pada Allah.Moga-moga anak ni akan jadi kekuatan dan sentiasa ingatkan kita untuk kembali pada yang Hak. Terus mama tak jadi marah. Betullah orang cakap nama ni secara tak lansung membentuk empunya diri.Alhamdulillah, memang Iman besar macam nama tu dan betul2 jadi kekuatan mama selama ini. 

Orang selalu tanya, kenapa mama asyik cerita pasal Harith tapi jarang sekali bercerita pasal Iman. Sebab : mama nak betul2 jaga Iman dari pandangan orang lain.Mama ada anak perempuan seorang sahaja, dan mama tak sabar macam arwah nenek, atau lembut bila bercakap macam mak long eli, atau sangat pandai main psikologi macam mak ngah intan dan confirm jugak mama tak serajin melayan kanak2 macam mak lang farah. Mama banyak sangat kekurangan yang perlu diperbaiki. Kalau  mama boleh jadi dinding pertahankan Iman dari dunia sebenar yang macam2 ni,memang mama akan buat. Harith dan Hanif lain. Dorang lelaki dan seharusnya berani untuk jadi payung kita.

Iman tahu tak Iman ni sangat matang? Dari kecil sangat mudah untuk dijaga. Iman macam faham perasaan mama yang macam roller coaster. Mama ingat lagi ada satu masa mama termenangis sebab tengok cerita pasal hari ibu, Iman terus datang peluk mama dan tanya mama ok tak. And you was only 4 years old that time. SubhanAllah. Bab ni memang Iman macam babah. Sebiji. Sangat pemerhati, suka menganalisa dan berfikir. Dan perasaan bukan ditunjuk dengan perkataan. Iman dan babah sangat suka ekspresi dengan perbuatan. Yang kadang2 mama pun tak faham.

Mama tak sempat buat album khas untuk Iman atau adik-adik. Mama cuba cari gambar untuk kakak ingat balik peristiwa penting.


1st day

7th day - Bukit Mahkota


3 months - KLCC

9 months - KK

12 months - Kedah

 14 months - Umah Tokcik

1y 6m - Raya Ijok

1y 7m - Indonesia

1y 7m - Perlis

13 months - Singapore

4 years


3y 6m

5y

5y 6m

6y

6y 5m



Anak mama dah besar. Dah masuk sekolah. Nanti masuk universiti. Kerja. Kahwin. Jadi hak suami.

Mama dah mula rasa sedih sekarang.

Kakak Iman, mama tak harap Iman jadi Perdana Menteri.Atau angkasawan wanita Malaysia pertama.Doa mama hari2 supaya kakak boleh besar jadi manusia. Buatlah apapun yang Iman suka, selagi berpegang pada agama Islam. Mama tak harap Iman dapat 22A1. Mama cuma nak Iman enjoy life.Cuba semua. Kalau jatuh bangun balik. Kalau tak jatuh Iman tak akan tahu sakit perit. Kalau dah bangun,jangan pulak asik menongkah langit. Jangan sesekali riak selagi Iman bernafas udara yang Allah bagi dan berdiri atas tanah yang Allah buat.Kalau ada peluang keluar, pergilah. Bila Iman tengok negara orang,Iman akan belajar lebih menghargai negara sendiri.

Mama sayang kakak. Iman ajar mama tentang hidup. Iman ajar mama jadi seorang mama. Terima kasih sayang. Mama doakan syurga untuk Iman.

Love,
Mama

p/s: kalau cari suami, cari anak yatim piatu ye.nanti boleh jaga mama babah. tak payah kaya sangat, cukup boleh pergi mekah balik hari tiap minggu pun dah cantik. hehe :)




Harith - the wily wonka

Assalamualaikum...

One of my new year 2015's resolution, is to taking up those that has been listed unfulfilled in 2014..:)

To start of with,the objective of having this blog , is to capture the growing up stories for my kids viewing later in their life. For which I hope they would understand how miserably my life is without them. 

Let's begin with .. 22 December 2014.. Harith's 3rd years old..



Allah knows how my life change dramatically once this not so little guy entered our life. He is the most annoying, the most Allah-please-save-me-from-his-next-tantrum and yet compared to the siblings the one with most appreciative and sensitive in nature.

I used to share stories of his misgivings in facebook, and has stop doing so after my FIL unapproved statement,for him I have written bad things about Harith. Only if I could tell him,my sharing is due to my gratefulness of Harith's level of thinking,that made us happier and closer. Abah, if you read this, people do come to us only to ask about Harith and his latest adventures. We are very proud of him and we shared the stories for others too.

Well, back to you my little guy. 

For you:-

Harith...
Your tantrum
Your fondness for food
Your craving for love and undivided attention
Your mischief stares and actions
Your tears...when everything seems not falling into your plans

Are all my old-kid-self
Even i bet mine was worse

And for that
I know I am being hard on you
Expecting you to be the guardian for your sister and brother
Hoping that you would be our life savior 
Wishing that you would not turn into someone who live by shadow of others

Do you know Harith?
I regret those time when works was my priority
I regret those hours spent without you part of it
It was my regret and still is

If you have those painstaking memories of me
Please do not erase it
Please keep it as a remembrance that I am also a human
A reminder for actions that you should not be taking when you have kids on your own

My dearest Harith
I love you too much it brought tears to my eyes
For I know that I am not a good mother
Deserving a perfect child like you

Thank you for being part of my life
Thank you for being the cheerleader for us

Happy birthday abang Harith
May all the good be yours

Love,
mama









10 January 2015

Welcoming New Year 2015

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah. Maha syukur pada Allah s.w.t kerana peluang kedua ini.

2014 sangat menguji. Segala segi. Kehidupan berkeluarga,pekerjaan,kehilangan insan tersayang dan paling klimaksnya,apabila rezeki kesihatan ditarik seketika. Tiada tanda, hanya tiba - tiba. Sakit yang biasa, membawa kepada ujian dan diagnosi pelbagai, dan berbulan itu tiada jawapan yang pasti, betul-betul terasa mati sangat menghampiri.

Memang betul - betul menghampakan. Kekuatan masa itu,hanya mengharapkan simpati Allah untuk memberi sedikit petunjuk supaya ada ubat yang boleh mengurangkan kesakitan, dan peluang untuk sekurangnya menghantar anak-anak ke sekolah pada hari pertama. Apabila doktor mengistiharkan kemungkinan2, yang pertamanya adalah terus kepada hukuman mati. Sedih .. Allah sahaja yang tahu.

Jadi .. duhai kawan dan saudara..memang ramai yang tertanya-tanya. Bukan tidak mahu berkongsi,tapi ego saya tidak mampu melihat pandangan simpati.Sepanjang2 ujian ini Allah berikan, hanya suami, kakak sebagai pemegang amanah dan 2 kawan rapat untuk urusan pekerjaan yang tahu. Itupun sudah cukup menyesakkan hati...kerana terasa kesakitan saya ini menjadi beban untuk mereka.

Sekurangnya, apabila saya sakit, saya ada kemudahan perubatan yang terbaik, saya ada sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi.Juga doa yang dititip daripada yang lain2. Itu sudah cukup melegakan.

Itu cerita semalam. Belum sepenuhnya pulih. Dengan berkat doa semua, insya Allah.

Terima kasih kerana mendoakan saya.Terima kasih kerana menghormati privasi saya dengan tidak bertanya. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Terima kasih kerana sentiasa mempercayai. 






Selamat datang 2015. Moga diri menjadi lebih baik dan menghargai.








About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.