Assalamualaikum...
Untuk anak mama - Ilham Imani
Esok Iman nak sekolah dah. Minggu lepas Iman tunaikan janji untuk berhenti minum susu botol. Tepat 5 January 2015 mama buang semua botol susu Iman. Good. You keep your words. Mama suka. Thank you.
Tapi bukan pasal botol susu mama nak cerita. Mama nak kongsi kisah Iman. Iman tahu tak,masa mama mengandungkan Iman 7 bulan, mama kena langgar dengan teksi kat depan KLCC.Masa tu pukul 10 malam dan mama baru balik kerja. Alhamdulillah Iman tak apa2.Tapi sebab kemalangan tu,mama dapat doktor gyne baru- Dr Micheal Samy yang setiap kali checkup akan citer pasal bladder. Siap lukis lagi. Mama ingat lagi, masa dalam labor room tu jugak, ada 2 orang yang mama rasa nak sekeh sangat. Pertama: babah sebab asyik tengok citer Troll walaupun mama tengah sakit nak bersalin.Kedua: Dr Micheal sebab masa nak lahirkan Iman,boleh Dr ni pause sekejap sebab nak betulkan rambut palsu dia yang salah pakai.
Pasal nama.Iman tahu tak, sebelum Iman lahir mama dah sediakan 5 nama yang berbeza. Bersungguh mama survey, research, kaji, selidik...sampai hari ketujuh babah balik dengan surat beranak dan nama yang tak ada lansung dalam senarai. Bila mama tanya kenapa Ilham Imani, babah cakap maksudnya Sumber Keimanan Saya. Babah cakap lagi, kita ni asik lalai pada Allah.Moga-moga anak ni akan jadi kekuatan dan sentiasa ingatkan kita untuk kembali pada yang Hak. Terus mama tak jadi marah. Betullah orang cakap nama ni secara tak lansung membentuk empunya diri.Alhamdulillah, memang Iman besar macam nama tu dan betul2 jadi kekuatan mama selama ini.
Orang selalu tanya, kenapa mama asyik cerita pasal Harith tapi jarang sekali bercerita pasal Iman. Sebab : mama nak betul2 jaga Iman dari pandangan orang lain.Mama ada anak perempuan seorang sahaja, dan mama tak sabar macam arwah nenek, atau lembut bila bercakap macam mak long eli, atau sangat pandai main psikologi macam mak ngah intan dan confirm jugak mama tak serajin melayan kanak2 macam mak lang farah. Mama banyak sangat kekurangan yang perlu diperbaiki. Kalau mama boleh jadi dinding pertahankan Iman dari dunia sebenar yang macam2 ni,memang mama akan buat. Harith dan Hanif lain. Dorang lelaki dan seharusnya berani untuk jadi payung kita.
Iman tahu tak Iman ni sangat matang? Dari kecil sangat mudah untuk dijaga. Iman macam faham perasaan mama yang macam roller coaster. Mama ingat lagi ada satu masa mama termenangis sebab tengok cerita pasal hari ibu, Iman terus datang peluk mama dan tanya mama ok tak. And you was only 4 years old that time. SubhanAllah. Bab ni memang Iman macam babah. Sebiji. Sangat pemerhati, suka menganalisa dan berfikir. Dan perasaan bukan ditunjuk dengan perkataan. Iman dan babah sangat suka ekspresi dengan perbuatan. Yang kadang2 mama pun tak faham.
Mama tak sempat buat album khas untuk Iman atau adik-adik. Mama cuba cari gambar untuk kakak ingat balik peristiwa penting.
 |
| 1st day |
 |
| 7th day - Bukit Mahkota |
 |
| 3 months - KLCC |
 |
| 9 months - KK |
 |
| 12 months - Kedah |
 |
| 14 months - Umah Tokcik |
 |
| 1y 6m - Raya Ijok |
 |
| 1y 7m - Indonesia |
 |
| 1y 7m - Perlis |
 |
| 13 months - Singapore |
 |
4 years
|
 |
| 3y 6m |
 |
| 5y |
 |
| 5y 6m |
 |
| 6y |
 |
| 6y 5m |
Anak mama dah besar. Dah masuk sekolah. Nanti masuk universiti. Kerja. Kahwin. Jadi hak suami.
Mama dah mula rasa sedih sekarang.
Kakak Iman, mama tak harap Iman jadi Perdana Menteri.Atau angkasawan wanita Malaysia pertama.Doa mama hari2 supaya kakak boleh besar jadi manusia. Buatlah apapun yang Iman suka, selagi berpegang pada agama Islam. Mama tak harap Iman dapat 22A1. Mama cuma nak Iman enjoy life.Cuba semua. Kalau jatuh bangun balik. Kalau tak jatuh Iman tak akan tahu sakit perit. Kalau dah bangun,jangan pulak asik menongkah langit. Jangan sesekali riak selagi Iman bernafas udara yang Allah bagi dan berdiri atas tanah yang Allah buat.Kalau ada peluang keluar, pergilah. Bila Iman tengok negara orang,Iman akan belajar lebih menghargai negara sendiri.
Mama sayang kakak. Iman ajar mama tentang hidup. Iman ajar mama jadi seorang mama. Terima kasih sayang. Mama doakan syurga untuk Iman.
Love,
Mama
p/s: kalau cari suami, cari anak yatim piatu ye.nanti boleh jaga mama babah. tak payah kaya sangat, cukup boleh pergi mekah balik hari tiap minggu pun dah cantik. hehe :)
No comments:
Post a Comment