4 February 2015

Kenalan .. Kawan .. Sahabat ..

Assalamualaikum...


Kisah semalam.

Ada seorang kawan A dari sekolah menengah hingga ke universiti terasa hati dengan saya. Bermula dengan kelupaan saya terhadap semua perkara yang terjadi semasa sekolah menengah (its a loooongggg story - in short - our mind has the capability to keep what it choose to be kept) , sehinggalah mungkin terhadap cara saya yang macam endah tak endah pada orang sekeliling saya. Sehinggalah terkeluar pertanyaan, macam mana saya boleh pula keluar berjimba dengan kawan B yang baik (please read between the lines, kawan B ini baik, jadi saya?) .. hahahaha.

Logik hati wajar terasa dengan soalan tersebut. Logik akal menidakkan perasaan marah, sebaliknya saya benar-benar rasa simpati. 

Jangan memilih kawan. Betul. Saya tak memilih kawan. Saya cuma faham , secara asas setiap kita ada 3 jenis kawan yang berbeza :

1 - Kenalan - kita wajib punya kenalan yang ramai. Tidak perlu berkongsi luar dalam. Yang penting mudah untuk berkomunikasi.

2 - Kawan - jumlahnya mungkin kurang sedikit dari kenalan tadi. Kawan ini sudah tahu sedikit hal dalaman kita seperti rumah di mana atau perkara yang kita tak akan berkongsi secara publik.

3 - Sahabat - ini paling sikit bilangannya. Sahabat ini tidak perlu setiap hari berjumpa. Tapi kalau sekali berpeluang untuk bercakap, kita boleh berkongsi apa sahaja. Atau waktu kita perlukan sokongan, kita tahu dia akan datang membantu tanpa sebarang persoalan. 

Jenis mana pun kita, jangan sesekali meletakkan pra - syarat untuk pihak yang satu lagi sebelum layak digelar kenalan, kawan atau sahabat. Macam mana kita sendiri tidak suka disuruh arah, orang lain juga ada perasaan yang sama. Sebaiknya, terimalah orang itu selayaknya. Raikan apabila ada kegembiraan. Ucapkan takziah pada waktu kecelakaan. Paling penting, hargailah ruang waktu yang ada sekarang, bagaimana untuk berkawan yang mendatangkan faedah untuk semua pihak.

Pinjam cakap seorang kawan (please follow instagram @syiqin.syah):

Past is past. Move on please..esok belum tentu hidup lagi. In fact, belum tentu hidup sampai ke petang nanti..so, can we:
1. Agree to disagree
2. Pandang depan, jangan toleh belakang
3. Nak toleh boleh tapi untuk jadikan teladan
4. Be matured

(sampai la ni konpius sejak bila minah ni pandai bermadah. I bet the cupid does his magic not only to her heart, to her writing skills too - terbang cupid terbang..terbang naik firefly..lari !!!!!)

Ayat2 di atas memang tulisan dari logik akal je, jom tengok erti kawan dari Imam Al-Ghazali:





INFO: Petua Dapat Anak Lelaki

Assalamualaikum…

Lepas Imani lahir, kerja kami masing2 agak sibuk. Hari2 berdoa untuk dapat anak lagi, sementara badan masih muda dan mampu dari segi kesihatan. Macam – macam kami buat, termasuklah pilihan untuk buat IVF dan rakan2 seangkatannya.

Alhamdulillah..selepas 4 tahun mencuba..4 TAHUN..baru Allah buka balik pintu rezeki anak untuk kami. Bila dah mengandung tu, mulalah berangan2 Allah bagi rezeki anak lelaki pula (sesungguhnya manusia itu tidak pernah berpuas hati tsk tsk). Tapi tak apa, Allah cakap kita boleh cuba, dan cuba,dan cuba kemudian tawakal.Jangan putus asa. Jadi, sedikit perkongsian usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan anak lelaki.



Doa untuk mendapatkan anak lelaki:


Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat

Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2 February 2015

INFO: Petua Dapatkan Anak

Assalamualaikum…

Ada 3 perkara je yang mak mak kat kampung suka tanya:

1 – Bila nak kahwin?
Bila dah kahwin……

2 – Bila nak ada anak?
Bila dah dapat anak..

3 – Takkan sorang je…bila nak tambah lagi..




Bab-bab ini kalau diikutkan memang agak bernanah telinga. Tapi jangan jawab. Senyum sahaja. Dorang ambil berat sebab tu dorang bertanya..kan? Kalau Allah belum bagi rezeki, jangan sedih. Usaha. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Masa saya kahwin, umur saya 26 tahun dan baru mulakan MBA saya. Being a person-live-by-the-book in nature, I knew that I have to really plan the timing so it would not coincide with my examinations etc.

Jadi…apa yang saya buat:

1   1-   Doa. Doa memang tak hengat. Non stop.



2   2 - Amalkan dhuha. Anak tu kan rezeki. Jadi kita kena doa minta Allah permudahkan rezeki.
3


4    3 - Makanan



Andainya selepas kita berusaha dan berikhtiar, rezeki itu belum lagi Allah beri, jangan sedih hati. Apa yang kita rasa best, cantik, hebat tak semestinya baik untuk kita. Allah lebih mengetahui. Yang penting, jangan putus asa.






About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.