6 June 2017

1st Time Sedih Bila Boss Luluskan Cuti

Assalamualaikum....

Mama Hasif dah meninggal dunia 4 bulan lepas, dan sampai sekarang, jujurnya, hati masih berat untuk menulis pasal mama.

Sebab rasa sedih sangat.

Sebab Allah sahaja tahu peranan Mama dalam kehidupan kitorang, jadi kalau menulis mengenai Mama, harus benar2 berjaya sampaikan maksud dan cerita. Jadi masa yang tenang diperlukan.

Masalahnya, masa tenang tu sampai sekarang tak datang. Asal mula menulis je, mata dah bergenang. Asal nak type je, terbayang Mama senyum depan mata. 

Lagi2.....bila Mama meninggal dengan tangan digenggam menantu hantu sorang ni. Depan mata. Hanya Mama, Irina dan malaikat Sakratul Maut yang Mama sahaja boleh nampak. 

Sampai sekarang...hanya simpan dalam hati. Ada kecewa yang masih bersarang. Ada rasa bersalah yang membelenggu. Tapi hati belum cukup kuat untuk bercerita. Hasif sangat faham. Tak pernah memaksa. Dia tahu, bila isteri dia dah bersedia, memang pada suami sahajalah tempat pertama bercerita.

Jadi, bila akhir-akhir ni sibuk menguruskan hal abah, dari hari pertama pemberitahuan dibuat, situasi sangat perit. Antara kasih pada suami, faham perasaan suami, jelas keperluan abah dan takdir jodoh maut di tangan Allah, antara taat pada suami, dan membantu sebab tidak mahu suami berasa kecewa di kemudian hari, biarlah isteri ini yang menyimpan rasa dan turun padang.

Demi Allah, its hurt.

Demi Allah, segala apa dibuat sekarang semata-mata untuk redha Allah dengan kebenaran suami yang izinkan buat perkara2 asal tidak melanggar shariah. Tapi Hasif tak tahu exactly apa isteri dia buat untuk preparation 😷. Sebaik-baik suami, mungkin ada khilaf. Sekhilaf2 bapa, dia wajib dihormati. 

Too camouflage? Time will tell.

Dan bila hari ini, cuti boss dah luluskan. Sedih. Deep down, mengharap cuti tak lulus supaya ada alasan kukuh.


Hanya Allah yang faham. Moga Allah juga permudahkan urusan semua.






4 June 2017

Undi Adalah Rahsia, Tapi Saya Kagumi Dia

Assalamualaikum...

Mengikuti Hasif dalam satu mesyuarat perkenalan antara barisan PIBG baru sekolah dengan wakil rakyat parlimen. 1 perjumpaan 4 mata, tertutup dan sangat santai.

Saya pernah dengar respon yang agak baik mengenai beliau. Hasil kerja yang mantap. Latar belakang Akauntan - jadi mudah difahami pendekatan beliau. Teratur, pantas dan harus disokong dengan bukti. Itu asas (dan penyakit) seorang akauntan.

Sepanjang perbincangan lebih terjurus kepada perancangan PIBG untuk sekolah, dan aspek mana yang harus ditambahbaik. Sudah jelas depan mata bukti2 bantuan Parlimen di sekolah, tahun 2017, kami memohon untuk beberapa penambahbaikan juga.

Dari asyik meminta, kami mencadangkan program bersama. 1 yang saya sangat suka, pemikiran hampir sama. Bukan terjurus sahaja kepada anak2 yang cerdik dan insyaAllah nampak sudah perjalanan akan datang jika terus istiqamah. Fokus lebih kepada anak2 yang ada kemahiran lain selain daripada belajar. Anak2 yang sangat bagus, tetapi tidak diiktiraf melalui sistem pendidikan di Malaysia yang berdasarkan berapa banyak A diperolehi.

InsyaAllah, program bersama dirancang. Mohon doakan moga mampu direalisasi.








2 June 2017

INFO : Baby Kuning @ Jaundice

Assalamualaikum..

Adik bongsu Hasif yang kitorang selalu panggil Adik alhamdulillah baru melahirkan baby girl. Sehari selepas keluar hospital, kami gagahkan juga pecut ke Kajang nak tengok baby sebab selepas tu Adik akan balik ke rumah mertua di Ipoh untuk pantang.

Masa pegang baby, dah nampak memang kuning. Tapi kebiasaan kalau teruk, hospital tak akan discaj. Ini kalau diberi discaj, mungkin kuning tak tinggi. Tak nak buat Adik susah hati, kitorang pesan je, tengok baby selalu, bagi baby susu non stop, kalau nampak lagi kuning, terus bawa hospital.

Alih2 pagi ni suami Adik amik gamba Adik dan Baby dah naik ambulan nak ke hospital. Hmmmmmmm.

Ok. Sedikit info mengenai sakit kuning atau Jaundice ni.

Jaundice ni jadi pada hampir tiga suku bayi yang normal. Jangan risau. Terus inform PAED terutamanya kalau abdomen atau kaki baby nampak kuning. Kalau baby kulit gelap atau sawo matang, nak tengok kuning ni pada mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya.Kalau baby lahir cukup bulan, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Jadi akan ambil masa lebih lama kalau baby lahir belum cukup bulan. 


Punca Jaundice?

Jaundis selalu jadi pada baby yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. baby yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada baby yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 


Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, baby baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang 
  • Bayi yang mengalami infeksi 
  • Bayi yang kekurangan G6PD 
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya 
  • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve) 
  • Ibu dari kumpulan darah jenis O  
Tanda Baby Jaundice Dalam Bahaya

  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan 
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat 
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam 
  • Enggan menyusu 
  • Mengalami kekejangan 
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari 
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh
Cara rawatan?

  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran 
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi 
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari 
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI 
  • susukan baby dengan Susu Ibu sebanyak dan sekerap yang mungkin. Susukan setiap 2 jam atau kurang.
  • Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu. 
  • Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.

  • Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
  • Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.


Good Luck. Moga berkesan.


Info:
www.babycentre.com
http://www.ladysara84.com

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.