2 June 2017

INFO : Baby Kuning @ Jaundice

Assalamualaikum..

Adik bongsu Hasif yang kitorang selalu panggil Adik alhamdulillah baru melahirkan baby girl. Sehari selepas keluar hospital, kami gagahkan juga pecut ke Kajang nak tengok baby sebab selepas tu Adik akan balik ke rumah mertua di Ipoh untuk pantang.

Masa pegang baby, dah nampak memang kuning. Tapi kebiasaan kalau teruk, hospital tak akan discaj. Ini kalau diberi discaj, mungkin kuning tak tinggi. Tak nak buat Adik susah hati, kitorang pesan je, tengok baby selalu, bagi baby susu non stop, kalau nampak lagi kuning, terus bawa hospital.

Alih2 pagi ni suami Adik amik gamba Adik dan Baby dah naik ambulan nak ke hospital. Hmmmmmmm.

Ok. Sedikit info mengenai sakit kuning atau Jaundice ni.

Jaundice ni jadi pada hampir tiga suku bayi yang normal. Jangan risau. Terus inform PAED terutamanya kalau abdomen atau kaki baby nampak kuning. Kalau baby kulit gelap atau sawo matang, nak tengok kuning ni pada mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya.Kalau baby lahir cukup bulan, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Jadi akan ambil masa lebih lama kalau baby lahir belum cukup bulan. 


Punca Jaundice?

Jaundis selalu jadi pada baby yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. baby yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada baby yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 


Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, baby baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 

Bayi Yang Bagaimanakah Sering Mendapat Jaundis?

  • Bayi pramatang 
  • Bayi yang mengalami infeksi 
  • Bayi yang kekurangan G6PD 
  • Bayi yang tidak mempunyi keserasian kumpulan darah dengan ibunya 
  • Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve) 
  • Ibu dari kumpulan darah jenis O  
Tanda Baby Jaundice Dalam Bahaya

  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan 
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat 
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam 
  • Enggan menyusu 
  • Mengalami kekejangan 
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari 
  • Najis bayi pucat atau air kencing bewarna teh
Cara rawatan?

  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran 
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi 
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari 
  • Tingkatkan kekerapan PENYUSUAN BAYI 
  • susukan baby dengan Susu Ibu sebanyak dan sekerap yang mungkin. Susukan setiap 2 jam atau kurang.
  • Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu
  • Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.

  • Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
  • Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.


Good Luck. Moga berkesan.


Info:
www.babycentre.com
http://www.ladysara84.com

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.