19 November 2019

One of life's many blessings - Imani

Assalamualaikum....


Ada parents bertanya mengenai Imani - apa tips belajar. Ada juga kawan yang follow up, selepas kisah Harith haritu, bagaimana pula dengan Imani?

Susah hati nak menulis sebenarnya. Pertama: sebab perjalanan anak-anak saya masih jauh. Tidak tahu lagi akhir nanti hasilnya bagaimana. Kedua:Ramai lagi anak-anak lain yang lebih berjaya, yang lebih cemerlang. Anak kami tidak sampai tahap itu. Mereka baru bermula. Sederhana sahaja. Apa yang mereka buat, sebab itu minat mereka. Ketiga: bimbang terdetik perasaan bangga diri, atau timbul perasaan tidak senang hati dari orang lain yang membaca. Pada saya, ujian nikmat dan kesenangan itu lebih susah dari ujian kesempitan.

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. 
Moga Allah bantu. 

Rendah hati, saya kongsi cerita pasal Imani.

Dari kecil, Imani seperti Hasif. Cepat tangkap, cepat faham dan mudah untuk diajar. Perangai memang sebiji Hasif, sampai bila mereka bergaduh berdua, saya akan ejek - sakit hati tak? ha...Macam tu lah mama rasa bila dengan babah dan kakak 😀😀😀. 

Pada saya personally Imani ni matured. Mungkin sebab dari kecil, saya perasan Hasif layan Imani seperti kawan. Akan bercerita semua benda, akan tunjuk pada Imani apa pilihan ada. Contohnya, masa memilih tadika. Kami bawa Imani survey tadika pilihan (selepas kami shortlisted), biar dia rasa sendiri, kemudian Imani yang buat pilihan. Contoh lagi, masa dapat tawaran DLP Darjah 1 dan kemudian DLP Darjah 4, perkara yang sama kami buat, bagi masa Imani survey dan kemudian dia sendiri buat pilihan. Bila Imani memilih untuk menolak, hati saya sendiri goyah. Sebab pada saya, di sekolah ini kelas DLP yang elit. Banyak peluang selalunya akan diberi kepada pelajar kelas ini. 

Tip 1: beri informasi secukupnya pada anak. Bimbing dia belajar buat keputusan sendiri. A guided decision. Ini kita ajar anak mengenai membuat keputusan. Kami juga masih belajar bagaimana nak meletakkan batasan apa boleh dan tidak boleh daripada kemahuan anak.

Tip 2: hormat keputusan anak. Mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan, tapi selagi tidak lari jauh, sokong sebaiknya. Its not about us as parents. Kadang-kadang kita mungkin teringin anak jadi wakil negara menari (contohnya). Tapi kalau dah anak jenis keras kentung, dan minat benda lain.Support sahaja. Kena faham yang minat anak ini berbeza. Ini kita ajar anak tentang trust. And self-confidence. Ini juga susah, bayangkan sakit hati anak tak dapat A? padahal anak kita mungkin hebat di padang bola. Ini juga saya masih belajar bagaimana untuk menerima jika anak tidak mengikut arus sistem pendidikan kita yang pentingkan A.

Kemudian, Imani sudah ada target apa yang dia nak, apa yang dia kena buat. Setiap tahun ada goal, ada tracking dah capai ke belum. Contoh semasa 2018, Imani target nak 50 sijil. Sebab dia tahu, kalau dia nak masuk SBP, dengan sistem gaji parents sekarang, memang susah melainkan dia sendiri terlebih excellence sampai tak boleh di reject 😭😭😭😭😭😭.

Adverse impact dia, Imani ada sedikit anxiety attack. Trend yang sama, sebelum exam, pasti akan kena asthma attack yang teruk. Sangat teruk. Jadi tahun ini, kami sudah mula dapatkan nasihat Doctor. Alhamdulillah, semakin baik.

Tip 3: tengok anak. Perhatikan ada keperluan untuk dapatkan rawatan atau tidak. Sekarang ada banyak peer pressure yang mungkin kita tak perasan. Ini kita ajar anak, tidak apa jika ada masalah. InsyaAllah boleh diperbaiki. Boleh dibantu. Yang penting kongsi cerita. Bab ini saya masih belajar mendapatkan percaya Imani. Dia banyak berkongsi dengan Hasif. Bukan saya. Tsk tsk

Saya tengok macam mana Imani struggle, dari kem Pandu Puteri, ambil sekejap pagi untuk pertandingan Debat, kemudian tengahari ke Karate, dan malam hantar semula ke tempat kem. Saya tahan menangis tengok dia tertidur kepenatan dalam kereta sambil tangan pegang makanan yang tengah di makan. Selalu orang nampak hasil sahaja, tapi perjalanan dan effort itu kita tidak faham. Dan tak sanggup.

Tip 4: bagi peluang anak cuba apa yang dia minat.  Dan sekali dia dah masuk, ajar untuk habiskan. Walaupun penat, jangan buat separuh jalan. Finish what you have started. Kita ajar anak determination. Kalau kalah, bangun balik. Dan raikan setiap pencapaian. Tidak perlu mewah. Kami dengan McD pun jadi.

Mengenai belajar, Imani tidak pergi tuition sebelum ini. Perjanjian dengan Hasif,  jika atas 90 tidak perlu. Tapi akhir tahun ini, ada 4 kali kelas sains Imani pergi sebab tak memenuhi perjanjian tu. Bila anak tidak pergi tuition, confirm tak belajar juga di rumah. Apa saya cuba buat, buku latihan. Kemudian, minta dia baca dan saya cross check. Contohnya, selepas habis Sejarah, dia cerita semula apa dah hafal atau faham. Itu saya buat di rumah (jika sempat..huhu).

Tip 5: faham cara belajar anak. Ada anak cepat hafal dengan menulis. Ada yang cepat tangkap dari membuat latihan. Ada yang kena baca berulang kali. Ada yang kena dikaitkan dengan lagu. Cuba cari cara anak kita belajar macam mana, dan buat ulangkaji berdasarkan cara itu. Ini  pun kena konsisten. Saya masih gagal patuhi waktu check ulangkaji dengan anak. Selalu Imani dah sedia, saya yang masih sibuk.

Kemudian, mengenai berkawan. Kami tengok dengan siapa anak kami berkawan. Bagaimana cara dorang. Apa perkara baik yang Imani boleh belajar, alhamdulillah setakat ini Imani dan kawan-kawan sama naik dari segi peribadi dan belajar.

Tip 6: berkawan dengan parents yang positif. Sebab nanti anak mereka juga akan jadi anak kita. Akan jadi kawan anak kita. Kalau kita layan anak orang macam kita layan anak kita, insyaAllah anak kita juga akan terbela.

Dan terakhir, yang paling penting sebenarnya. 

Haritu, ada kawan Imani tanya. Mak ko tak penat ke. Bersihkan kelas ada mak ko. Lepas tu buat lawatan sekolah lagi ke Petrosains. Lepas tu jamuan pun mak ko jugak. Asik-asik mak ko 😓😓😓😓. Jawapan saya pada Imani : kakak, mestilah mama penat. Dengan kerja mama macam ni, balik pun dah malam. Tapi mama usahakan juga. Mama buat supaya kakak, kawan-kawan kakak dan paling penting cikgu kakak gembira. 

Kenapa? Mudah sahaja. Kalau cikgu gembira, ilmu untuk anak kita akan jadi berkat. Redha cikgu tu sangat penting. Redha cikgu ni,akan mudahkan perjalanan anak kita. Pandai mana pun, kalau cikgu tak redha, tak ke mana. Sama juga, kalau tak pandai, tapi cikgu redha, insyAllah anak akan berjaya tak kira bidang apa. Untuk Imani, bukan sebab dia semata, tapi banyak kerana cikgu kelas dan cikgu-cikgu sebelum ini yang banyak sangat menyokong dan menjadi pendorong. Sampai mati kami tidak akan mampu balas.

Tip 7: cubalah untuk membantu cikgu anak kita seboleh mungkin.  Libatkan diri dengan aktiviti sekolah. Tidak mampu duit tidak apa, cukup beri tenaga. Kalau kita rasa benda itu penting, macam mana sibuk pun, kita akan tetap usahakan untuk buat. Tidak akan ada alasan. 

Itu sahaja lah kot yang sempat terfikir.

Apa yang saya cuba buat, saya ikut dari apa yang arwah mak dan arwah abah saya buat. Dari life value yang kami adik beradik juga cuba teruskan. Samalah juga, apa yang kita buat untuk anak-anak kita harini,  kita sebenarnya tengah tunjuk pada anak kita, bagaimana untuk mereka nak didik anak mereka nanti.

Sebab itu, setiap apa yang kita lakukan, cuba pause sekejap dan fikir, kalau kita tidak ada nanti, cukupkah apa yang dah kita tinggalkan untuk anak-anak kita nanti?

Good luck to us.

💗
Irina
PETRONAS Leadership Centre
11.05PM

















16 October 2019

Inferiority Complex vs Middle Child Syndrome

Assalamualaikum...

It's been a while 😌.

Kali ni, kena menulis panjang, untuk kongsi kisah inferiority complex ni. Kalau google, maksud lebih kurang adalah :

an unrealistic feeling of general inadequacy caused by actual or supposed inferiority in one sphere, sometimes marked by aggressive behaviour in compensation

Kisahnya pula: 

Harith anak no.2. Selalu kita akan sebut Middle Child Syndrome. Sama ada dia extreme sopan atau extreme ganas, tapi selalu dan kebiasaan nya akan menjadi yang unik. Bila tengok dorang bertiga ni, memang nampak kakak dan adik lebih kurang sama, yang tengah ni berbeza. Unik....rasa tiga2 sama bab tu. 

Kami perasan Harith ada masalah ni bila dia umur 4 tahun. Ada beberapa tanda yang kami nampak ada pada beliau. Contohnya:
  1. Menolak untuk ikut aktiviti yang perlu tunjuk skill walaupun sebenarnya skill tu dah ada
  2. Untuk mana-mana pertandingan contohnya sukan selalu Harith akan tarik diri dan duduk belakang dan bagi macam2 alasan dengan ayat - Abang tak boleh buat ni mama
  3. Dan kami perasan, bila ada celebration, kakak atau adik naik pentas, walaupun hanya untuk ambil scroll tadika, Harith akan tengok dan tenung dan zone out. Kemudian muka sedih seperti dia dah gagal sebab tak naik pentas juga.
😭😭😭😭😭😭😭😭

Kami bawa jumpa Pediatrician, untuk assess apa masalah, dan sama ada perlu bawa jumpa Psychologist. Nak faham apa kami sebagai parents perlu buat untuk bantu. Dan paling penting apa yang kami dah buat salah sebagai parents. Dan dari discussion, kami faham punca yang boleh sebabkan masalah ini pada anak-anak.


  1. Parents selalu tunjuk tidak puas hati atau tidak setuju
  2. Cara anak ni dibesarkan
  3. Komen negatif yang berterusan
  4. Komen dan kritik yang tak habis - habis
  5. Perasaan dibandingkan
  6. Keputusan akademik yang mungkin rendah berbanding lain
1 hingga 5, macam deliberately tidak ada kami buat. Tapi Harith ni by nature seorang yang sensitif. Bila marah adik, dia yang terasa dan nangis. Bila tegur kakak, dia yang merajuk. Jadi kami risau mungkin dia perasan perkara yang salah.

Kemudian,  Harith macam duduk dalam bayang bayang kakak dia. Imani kami kira perjalanan akademik mudah.Top 3 sentiasa. Wakil sekolah juga banyak. Sepupu-sepupu Harith juga mostly scorer. Mungkin bila bercerita, walaupun kami yakin tidak pernah niat membandingkan, tapi  mungkin dia fikir yang lain.

Kami cuba. And Allah tahu sangat mencabar. Dengan Harith kena lebih banyak puji. Kena lebih banyak explain. Kena paling sabar. Nak bagi yakin, kami cuba expose apa yang dia boleh join.

We landed with Rugby. Team pertama yang dia join, Team ni selalu menang, sebab aim to win in every game .He was called name. Dipanggil noob, dipanggil gemuk etc. Termasuk dari parents, konon niat mengusik, BUT IT WAS DETRIMENTAL. Darjah 1, walaupun team dia ada yang baik, yang mengejek override the impact yang menyokong.  And we cant interfere. Its for him to deal with. For him to learn how to live in this world.Ini tak termasuk di buli dalam kelas sebab saiz badan.

Kemudian, when he move to Primary 2, we changed the rugby team. Kami masukkan dalam Cobra, kami ikut juga pilihan dia yang minta nak join karate macam Imani.

Allah sangat mudahkan perjalanan baik pulih ni. Di Cobra, team Harith sangat positif. Coach mengajar bukan untuk menang semata. Atau target nak main untuk wakil negara..or masuk SBP etc. Tak ada lansung. Coach ajar value yang rugby tu bawa untuk anak-anak ni. 

Baru-baru ini, Harith terhigh tackle opponent dia. Memang salah. Dan Hasif jerit sokong. Dan Coach marah Hasif (hahahah padan muka) sebab applause benda salah anak dah buat. But i really can understand why Hasif did that. 

The 4 years journey was very painful. To get him to stand up for himself. To tell him its ok to make mistake. Its ok to acknowledge he did that mistake. Its ok not to be the no.1. That he can always try , fail but just try and re-bounce. And then ,to witness him with that bravery, that confidence, definitely priceless. 

Things are getting better now. Alhamdulillah. Harith makin berani. Semakin ada keyakinan. Jadi ketua kelas untuk sekolah pagi dan petang. Harith dapat gold untuk karate. Dia minta masuk juga lawan individu karate, dan almost win. Minta masuk teater supaya boleh bercakap atas pentas.

Semua adalah benda yang kami tak terfikir lansung dia akan buat. Dan kami berdoa hari-hari semoga dia berani untuk buat. And he did it.

It was indeed a long painful journey, Yet to accomplish, still work in progress. But the result that we are seeing now, mustahil akan jadi kalau tidak ada support dari semua. Cikgu yang beri kepercayaan, Coach yang sentiasa berikan kata-kata positif dan semangat,  Master dan ibubapa yang sentiasa ajar, dan orang sekeliling yang sentiasa menyokong.

Jadi, kalau anak-anak you all ada  masalah sama, get help. Fast. Anak-anak kita hebat. Do not underestimate their capability. Its up to us - the parents how we want to curate their character.









7 July 2019

7 July 2019

Assalamualaikum...

I for once will not missed this date.

But I did , this year.

We planned for a girls trip, for the weekend, and cancelled due to Tokcik's condition. And seriously, am totally forgotten my own anniversary.

And Hasif remember. Haha.

Happy Anniversary to 1 person who made it all matters.  For all the upsides and downs..for all the happiness and sadness, what are us without Him reminding and giving.

Terima kasih Hasif. Selagi Allah beri keizinan, moga hati kita dikekalkan.

Amin

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.