Assalamualaikum..
Lebih 2 minggu tak menulis, banyak sangat cerita, dari jamuan raya yang banyak, tapi memang sungguh tak sempat nak membebel kat sini. Tak apa, pelan2 nanti kita susun balik cerita.
Oh..sebab arahan boss besar, dah kena sambung belajar semula. Habiskan kertas ACCA yang dah bercuti dengan gembiranya selama 3 tahun sebelum ni. Punyela pujuk boss tak payah, minta pelepasan bagai, alasan dah ada degree, dah ada MBA, even kerja sekarang pun dah berkait betul dengan degree IT tu.
Sekali buat email pelepasan : bos jawab, reminds me in 2 weeks time to revert. La ni dah 2 bulan, memang tak la kan.
Kali ke dua buat rayuan : bos panggil. Tak sempat cakap apa, dia dah smash : I put you there for a reason. Dont stop and feels complacent. 😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢.
Jadi, rutin sekarang, Isnin ke Khamis 8 AM ke 8.30 PM ofis - kecuali Khamis 6 - 10.30 PM kelas. Sabtu kelas lagi 9 AM - 6 PM. Ahad - Imani kelas karate, Harith dan Hanif insyaAllah swimming.
Lepas ni, kalau korang jemput gie mana2, kitorg tak dapat datang, mohon ampun maaf zahir batin. Serius dah tak tahu nak celah mana rehat. Tak apalah. Ada hikmah. Moga Allah permudahkan.
Doakan juga please....lagi 6 paper ni nak kena terjah. ..... berair mata darah buat. sob sob.
No comments:
Post a Comment