Assalamualaikum...
A wake up call indeed..
Semalam balik Kajang, niat di hati nak jumpa abah dan adik2. Missing them a lot, sejak masa akhir-akhir ni macam tak memihak pada kami. Telefon sahaja tak cukup sebenarnya...terutama adik-adik, yang walau pun dah besar, masih dalam adjusting period dengan dua peristiwa yang besar tahun ini.
1 - Mama meninggal dunia 😢
2 - Makcik baru 😊
Needless says, everyone is adjusting to this new facts. Accepting in moderate way, dalam masa yang tak sampai 6 bulan. Dan diri sendiri sebagai menantu, tahu letak sebenar diri dalam keluarga, hanya mampu menyokong dari jauh. Adik2 ini yang sentiasa di rumah, dari penuh meriah masa mama ada, sekarang sunyi.
Betul - betul rasa bezanya.
Dan benarlah kata orang, apabila pasak utama sebuah keluarga itu sudah tiada, rapuhlah sudah landasan yang tinggal . Melainkan landasan itu dipaku kukuh dasarnya.
Dan benarlah juga pendapat orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk apa lagi aaa? haha. Yang penting, pandai2 lah membawa diri dalam sesuatu yang baru. Jangan harap orang lain bersungguh-sungguh nak menerima. Diri sendiri terbuai indahnya dunia sampai lupa letak tanah di kaki.
Berbunga sangat. Susah nak faham. Kesimpulan, rindu mama. Rindu abah. Rindu adik beradik. Rindu duduk sama-sama macam dulu. Moga ujian masa yang Allah bagi kepada kita sekarang ini boleh diatasi. Moga ujian rasa ini ada akhirnya.
Untuk adik - adik : i may not there for you physically, i am always just one ring away. Take care .
No comments:
Post a Comment