Assalamualaikum...
2 minggu dalam bulan September, lepas Bibik sengal buat drama, kitorang masih dalam trial and error apa yang terbaik dalam bab menguruskan anak-anak dan rumah.
Nak masukkan taska, macam rugi sebab setiap Jumaat dalam September, saya cuti dan Hasif pun bekerja 3 hari sahaja seminggu. Jadi lepas bincang, kitorang setuju, anak-anak Hasif akan jaga siang, dan dia atur kerja2 untuk malam.
Dan tahulah bila babah yang menjaga, balik rumah memang tak rupa rumah, makanan masak pagi jarang bersentuh sebab anak-anak ambil peluang pau babah dorang makan di luar. Itu tak kira lagi aktiviti-aktiviti tak berpekdah yang happily akan dicerita bila mama dorang balik rumah.
Ada satu hari, Hasif call suruh jumpa di Kids and Gym ni sahaja, memang tempat lepak anak2 suatu masa dahulu, time kaya raya dan mama dorang cuti kerja.
And well, by the look on his face, i believe the kids adore you and really appreciate what you have done to them. One day, this video will be the good reminiscing memories for us.
Thank you Hasif.
No comments:
Post a Comment