Assalamualaikum..
Minggu ini adalah minggu yang sangat memenatkan, fizikal dan mental. Sebab boss tak ada, jadi banyak benda kena buat sendiri. Lagi2 bila pergi dan balik kerja sendiri, Hasif tak boleh hantar. Memang penat tak hengat. Pagi naik Uber, petang jalan kaki ke Putra dan naik teksi selepas itu.
Nak dijadikan cerita, pagi ini ambil Grab Car pulak. Saja nak cuba, asik2 ambil Uber. Sekali driver dah dipilih, keluar perempuan. Alamak...skeptikal sket dengan driver perempuan, lebih2 lagi hari Jumaat .. selalu banyak kereta. Sebab tahu sendiri bawa macam ntah hape-hape..jadi memang tak confident sangat banding kalau driver lelaki. Tapi..dah waktu sibuk, layan je la. Gambar tengok macam mak datin, nama pun boleh tahan fefeling omputih.
Kereta sampai, masuk dalam, and tara!!!!! It was my old bos. Masa di CGC kejap. CGC ni anak syarikat Bank Negara ...yang jaga loan untuk bumiputera.
Surprise? Mestilah.. sebab makcik ni serius tahap gaban kerek, sebab memang dia bijak, grade overseas, double triple degree and master and duduk UK lama sebelum balik Malaysia. Antara sebab kenapa dulu berhenti, sebab dia ni juga lah. Hahahahahaha.
But the tone was different now. Seriously different. And the way she spoke : I respect.
She remembered me. Dan demi Allah tidak membuat apa2 penilaian, sekadar bertanya perkembangan sekarang. Tertanya juga, kenapa turning point, dari seorang VP ke bekerja sendiri.
Dan makcik ni pun bercerita A-Z. Dah alang2 jammed, memang dia buat perceritaan semula, tak perlu dipujuk.
Kisah? Dia dah penat. Itu sahaja. Umur dah dekat 50 tahun, dia ada semua, anak, suami, keselesaan hidup. Tapi dia tetap rasa kosong. Rupanya selama ni dia jadi sebahagian the rat race, dia tak ingat ada benda lain lebih penting. Satu hari dia macam kena tampar sendiri, bila anak buat keputusan nak tidur rumah kawan dia, sebab mak kawan dia nak ajar untuk pelajaran Agama Islam untuk periksa akhir tahun. Nak harap mak ayah sendiri tak boleh.
Lama makcik ni emo. Sedih. Anak plak seorang je. Jadi pas pikir dalam2, dia decide untuk lepaskan semua. Jawatan (dan apparently kawan2 yang sejawatan itu). Jadi lepas tak bekerja, dia pastikan ambil hantar anak sekolah, pergi kelas2 agama dan jaga sendiri rumahtangga. Siap berhentikan 2 maid yang ada sebelum ini.
Dan ayat dia:
Gaji saya sekarang memang tak menentu. 10% je dari apa yang saya selalu dapat bertahun2 ni. Tapi kehidupan saya tak rasa kosong. Tak rasa pun kurangnya gaji tu banding lebihnya apa yang diganti sekarang.
Habis tu, kenapa masih bawak Grab?
Sebab kita manusia. Dah lebih 20 tahun saya berkerjaya, jumpa orang hari2. jadi saya tak boleh duduk diam tak buat apa2. Tak boleh juga ekstrem pergi kelas agama hari2. Kena bahagikan juga dengan keperluan untuk berkawan, keluar dari rumah tengok perkembangan dunia.
Terdiam. Lama saya fikir. Dan kali ini, memang saya bayar ikut tambang betul, sebab tak nak guris ego dia, kalau ada.
Sampai ke ofis pun, masih terngiang2 apa yang diceritakan.
Kuatnya dia untuk buat keputusan drastik begitu. Kerana seorang anak. Sanggupkah diri sendiri nak buat?
Tsk tsk
No comments:
Post a Comment