7 February 2015

Small Action - Big Impact

Assalamualaikum..

Always, 
we think on big actions or big contributions that we could do to make a difference

Often, 
we feels lowly dowdy when we compare with other person that we THINK has more money to give and to spoil

Never,
we recognize that life is actually simple
that it needs is only a small words of motivation
or a simple act of appreciation
or most of the time, you don't even have to give out on anything
only a willingness to sit and to listen

Is it too much to ask?

So buddy, let's start small.

p/s : coming to office, and found these small yellow notes posted scatteredly. tq!!

6 February 2015

INFO: Petua Dapat Anak Perempuan

Assalamualaikum…

Bila buat posting mengenai cara mendapatkan anak lelaki, ada pula kawan yang meminta untuk kongsikan bagaimana kalau sebaliknya i.e. untuk mendapatkan anak perempuan.


Perlu juga tahu, bila hari subur untuk wanita:

( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )
Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )
Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,20,21,22,23,24 ( 7 hari )
Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )



Doa untuk mendapatkan anak perempuan

(   1)   Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat
 
Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”


(    2)  Amalkan surah Maryam setiap masa

5 February 2015

Macam Macam Kisah - Rumahtangga adalah Work In Progress

Assalamualaikum...


Kisah 1 -

6 tahun berkahwin dengan anak emak. Bercuti berdua pun boleh dikira dengan jari. Sekarang timbul isu baru pula : cucu seorang sahaja. Emak mertua sudah carikan madu. Ini tak cukup drama, paling horror, masa mula2 kahwin, pergi honeymoon ..dengan suami DAN mertua yang juga duduk sebilik. Kata isteri : tak apalah. Sekurangnya, dia dahulukan emak, bukan perempuan lain.

Kisah 2 - 

Suami tidak balik ke rumah. Bila di tanya tangan naik ke badan. Bila anak2 bertanya, si isteri mula menjadi penyiasat. Baru tahu suami sudah ada cinta baru. Turun naik mahkamah menuntut cerai. Bila dah pisah, rujuk semula. Kata isteri : tak apalah. Dia akan berubah.

Kisah 3 -

Dari anak 1 hingga 5, suami kerap balik lambat. Naif si isteri, menerima alasan suami kerja banyak dan bertemu dengan kawan2 lelaki yang dipercayai. 

Apabila rakan menunjuk bukti bergambar, si suami mengamuk dan memberikan amaran kepada rakan. Kata isteri : kesian suami bekerja mencari rezeki sampai lewat malam. Itu kisah dulu. Sekarang suami sudah berubah.

Kisah 4 - 

8 tahun berkahwin. Suami tidak memberi nafkah. Rumah, pakaian, makanan - segala serbi ditanggung isteri. Kebetulan apabila suami ada wang (odd job), duit memang diberi pada isteri. Tapi ada wang itu, bila orang panggil kerja. Bukan mencari kerja. Bila tidak ada orang panggil kerja, suami mengasingkan diri. Alasan : malu pada isteri. Kata isteri : kita pisah di sini. 

Apa beza kisah 1 , 2 , 3 dan 4 di atas? 

Anak.

Kisah 1, 2 dan 3 ada anak. Kisah 4 - tiada anak.

Pilihan memang ada untuk isteri2 ini. Dan mereka memilih untuk terus menghadapi kehidupan tersebut, menerima dan berdoa (moga Allah perkenankan) bahawa keadaan akan jadi lebih baik asalkan anak2 sempurna ada ibu dan bapa. 

Jadi, apabila sudah membuat pilihan, si isteri harus hidup dengan pilihan tersebut. Sedih atau susah, maruah suami perlu dijaga. Ada suami yang benar2 sedar, lebih menghargai, lebih baik. Ada juga yang mengambil kesempatan di atas keputusan isteri tersebut.

Wahai suami dan isteri, sahabat2 saya (juga peringatan untuk diri sendiri) :

  


P/S (1) : Good relationship don't just happen. They take TIME, PATIENCE and TWO PEOPLE who truly want to be TOGETHER.

P/S (2) : Kisah di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. InsyaAllah. 

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.