6 March 2017

Anak : Bantu Mereka Membuat Pilihan

Assalamualaikum...


Haritu kami hantar Shamil mendaftar di MRSM. Seronok (dan jeles). Seronok sebab akhirnya dapat menjejakkan kaki ke tempat yang berprestij ini. Sedih sebab terkenang kesah lama.

Hasif marah kalau mengungkit lagi, katanya seperti tidak bersyukur aturan Allah dan hikmah yang ada. Tapi saya nak berkongsi juga, moga jadi panduan untuk semua ibubapa.

Keputusan UPSR saya alhamdulillah bagus. Dapat pula Tokoh Murid, dan menang Anugerah Pelajar Contoh Daerah pada masa itu. Saya hanya budak kampung. Sekolah tepi hutan belantara.

Tunggu punya tunggu, kawan2 lain dah masuk MRSM, masuk SBP. Saya masih tak dapat apa2. Kecewa memang tak ingat. Rasanya borang SBP dah isi. Seingatnya borang MRSM juga sudah dihantar. Erm....

Akhirnya, bila tak dapat juga, abah suruh masuk Sekolah Menengah berdekatan rumah. Naik bas 15 minit sampai. 

Hari kedua mendaftar sekolah, balik rumah kemas2 bilik abah. Terjumpalah surat2 tawaran. Ada dari MRSM, dapat juga dari KYS, dan CBN.

Terkejut. Dan kecewa masa tu. Sangat.

Jadi, saya bawa surat2 tawaran , jumpa abah dan tanya :

Kenapa Abah sorok dari adik? 

Abah jawab: ala...kalau masuk asrama nanti kan susah. Kena bangun awal, kena duduk jauh dari abah. Nanti abah tak ada kawan.

O * O
   __

It's hurtful. Really. From that point onwards, I dont give a damn of my schooling and follow whatever predetermined for me. I had transfered from 1 SMK to another SMKA ; following abah's order. And scoring so and so in the exams. Telling you the truth, I HATE my secondary sooooo much, I generally had this selective memories of what have had happening then.

Perhaps, Allah still loves me. Though giving a darn attention at school, my scores are still acceptable. Then, accepted in UIA (still my brother's order and HIS selection of university), I did lots of external activities, a trainer for 1 NGO, asssitance lecturer and part timer for PHD research. Handfull kan.

Only during my 3rd sem, I've started focusing on my study, for 1 and only reason : I want to have the Dean's List Cert for keeping. Since then, I manage to collect the cert, for each and every semester towards my final.

And the rest are history.

Sometimes I do wonder, should the situation differs, what would I be?

And experiencing this myself, my promise to the kids, the decisions are always them to take on. I will just provide the avenue, the understanding on each topic and them alone to make the final say.

Thats why, from the early days, we let them to make the decision, with our supervision for sure. As smallest thing where to eat, or what to wear. To the bigger decision which school to enroll.

And my humble suggestion to parents as well, do not dictate your kids, to your own dream. Let them explore, experience and they will fly further. InsyaAllah.

Good luck.







4 March 2017

INFO: Kenapa Wajib Memuliakan Ibu Mertua

Assalamualaikum..

Baru selesai solat Subuh, sedang lipat-lipat sejadah, ada seorang makcik menyapa..

Makcik : Anak ni kerja sini kah?

Saya : Tak makcik. Saya jaga mak mertua.

Makcik : Ha..mertua? La...kenapa..terpaksa ke?

*deng*

Tidak tahu kenapa. Tapi soalan2 ini agak kerap disapa kebelakangan ini dan tak tipu, annoying.

Kenapa? Tidak bolehkah seorang menantu menjaga mertuanya? Kenapa harus ada skeptikal mengenai perkara ini? 

Nauzubillah. Simpati. Jauhi saya dan keluarga dari sifat2 begini.

Mari lihat keluarga kami. Mari singgah dan ziarah keluarga mentua saya. Anak2 dan menantu silih berganti menjaga siang dan malam. Tidak ada yang berganjak meninggalkan sisi mama. 2 biras saya sedang mengambil cuti belajar menyiapkan PHD, anak2 masih sekolah, selepas siap keperluan anak2 dan suami, masing2 berkejar ke hospital atau rumah sebelum ini, menyiapkan keperluan mama. 2 adik ipar saya belum berkerja. Siang malam sebelum ini mereka yang menyiapkan, tidur dan jaga untuk mama. Ini belum kira anak2 lelaki. Kalaulah hospital ini membenarkan lelaki menjaga dalam wad wanita, insyaAllah mereka akan menghulur bantuan juga.

Allah. Bukan saya mendabik dada atau mahu bercakap bangga. Saya mahu beritahu, buangkan prasangka negatif tidak membangun itu. Dan jangan kerana stigma yang ada, membuatkan orang lain berasa tidak selesa.

Pendapat masing2 juga berbeza. Ironinya, apabila saya memohon cuti berasbab menjaga mentua, bos (1) berbeza dengan bos (2). 

Boss 1 :

Go ahead Irina. Family first. And no laptop please this round. I know you would still be working eventhough you have taken leave.

Boss 2 :

Ok. Anak2 lain?

***nangis***

Jujur, boss 1 itu bukan Muslim. 

Dan dari panjang lebar menerangkan, saya kongsikan sahaja gambar ini di WA.




Jika hadith di atas dhaif: niat saya tetap 1 je. Mahu didik anak2 saya, Moga apabila masa saya tiba kelak, anak2 saya faham kewajipan mereka terhadap ibubapa dan ibubapa mertua.

Itu sahaja. 

2 March 2017

Duhai Hati ,, Bertabahlah

Assalamualaikum..


Saya sudah melalui beberapa kehilangan. Di hadapan mata, bersedia atau tiba-tiba. Kesemuanya perit. Tiada pengecualian.

Bila kesihatan mama semakin merosot semenjak dua ini, kami cuba aturkan masa dan situasi sebaik mungkin. Termasuk mengajar hati untuk lebih bersedia dengan segala kemungkinan. 

Saya jarang sungguh bercakap dengan Hasif mengenai hal ini, maksudnya hal yang benar-benar perlu dihadapi kalau kehilangan itu terjadi. Satu: sebab saya mahu memberi ruang Hasif sebagai anak melalui sendiri dan bertindak sebaiknya. Dua: saya tidak mahu menangis depan Hasif - jika tidak dia akan lebih susah hati.



Tapi, bila melihat Hasif begini. Tak bersuara tapi mata penuh cerita. Hati benar-benar lumpuh. Sedih. Dan bangga. Bercampur.

Sedih.. sebab tahu kesedihan yang cuba disimpan kemas-kemas.

Bangga..sebab tahu suami ini yang terbaik, yang sepanjang sihatnya mama, sentiasa mendahulukan mama, memuliakan mama, dan tidak pernah berhenti berfikir dan berusaha untuk menjadi anak yang lebih baik untuk mama.

Trust me Hasif, you did your part brilliantly. Just be strong ok.

Love you,
Irina
2.01 AM, 23 Feb 2017
4B, Hospital Putrajaya

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.