Assalamualaikum..
Baru selesai solat Subuh, sedang lipat-lipat sejadah, ada seorang makcik menyapa..
Makcik : Anak ni kerja sini kah?
Saya : Tak makcik. Saya jaga mak mertua.
Makcik : Ha..mertua? La...kenapa..terpaksa ke?
*deng*
Tidak tahu kenapa. Tapi soalan2 ini agak kerap disapa kebelakangan ini dan tak tipu, annoying.
Kenapa? Tidak bolehkah seorang menantu menjaga mertuanya? Kenapa harus ada skeptikal mengenai perkara ini?
Nauzubillah. Simpati. Jauhi saya dan keluarga dari sifat2 begini.
Mari lihat keluarga kami. Mari singgah dan ziarah keluarga mentua saya. Anak2 dan menantu silih berganti menjaga siang dan malam. Tidak ada yang berganjak meninggalkan sisi mama. 2 biras saya sedang mengambil cuti belajar menyiapkan PHD, anak2 masih sekolah, selepas siap keperluan anak2 dan suami, masing2 berkejar ke hospital atau rumah sebelum ini, menyiapkan keperluan mama. 2 adik ipar saya belum berkerja. Siang malam sebelum ini mereka yang menyiapkan, tidur dan jaga untuk mama. Ini belum kira anak2 lelaki. Kalaulah hospital ini membenarkan lelaki menjaga dalam wad wanita, insyaAllah mereka akan menghulur bantuan juga.
Allah. Bukan saya mendabik dada atau mahu bercakap bangga. Saya mahu beritahu, buangkan prasangka negatif tidak membangun itu. Dan jangan kerana stigma yang ada, membuatkan orang lain berasa tidak selesa.
Boss 1 :
Go ahead Irina. Family first. And no laptop please this round. I know you would still be working eventhough you have taken leave.
Boss 2 :
Ok. Anak2 lain?
***nangis***
Jujur, boss 1 itu bukan Muslim.
Dan dari panjang lebar menerangkan, saya kongsikan sahaja gambar ini di WA.
Jika hadith di atas dhaif: niat saya tetap 1 je. Mahu didik anak2 saya, Moga apabila masa saya tiba kelak, anak2 saya faham kewajipan mereka terhadap ibubapa dan ibubapa mertua.
Itu sahaja.
Itu sahaja.

No comments:
Post a Comment