2 March 2017

Duhai Hati ,, Bertabahlah

Assalamualaikum..


Saya sudah melalui beberapa kehilangan. Di hadapan mata, bersedia atau tiba-tiba. Kesemuanya perit. Tiada pengecualian.

Bila kesihatan mama semakin merosot semenjak dua ini, kami cuba aturkan masa dan situasi sebaik mungkin. Termasuk mengajar hati untuk lebih bersedia dengan segala kemungkinan. 

Saya jarang sungguh bercakap dengan Hasif mengenai hal ini, maksudnya hal yang benar-benar perlu dihadapi kalau kehilangan itu terjadi. Satu: sebab saya mahu memberi ruang Hasif sebagai anak melalui sendiri dan bertindak sebaiknya. Dua: saya tidak mahu menangis depan Hasif - jika tidak dia akan lebih susah hati.



Tapi, bila melihat Hasif begini. Tak bersuara tapi mata penuh cerita. Hati benar-benar lumpuh. Sedih. Dan bangga. Bercampur.

Sedih.. sebab tahu kesedihan yang cuba disimpan kemas-kemas.

Bangga..sebab tahu suami ini yang terbaik, yang sepanjang sihatnya mama, sentiasa mendahulukan mama, memuliakan mama, dan tidak pernah berhenti berfikir dan berusaha untuk menjadi anak yang lebih baik untuk mama.

Trust me Hasif, you did your part brilliantly. Just be strong ok.

Love you,
Irina
2.01 AM, 23 Feb 2017
4B, Hospital Putrajaya

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.