6 April 2017

INFO: Kanser Payudara - Punca & Cara Pencegahan

Assalamualaikum...


Untuk entri INFO selepas2 ini, saya akan kongsi mengenai kanser payudara dahulu. Ini punca masalah kesihatan Mama haritu dan penyakit ini juga yang banyak menyerang orang di sekeliling saya. 

PUNCA

1. Adakah aktiviti fizikal mengurangkan risiko KPD? 


Wanita yang bersenam 4 jam seminggu mengurangkan risikonya untuk mendapat KPD. Senaman meningkatkan sistem imun dan mengurangkan paras estrogen. 


2. Adakah diet yang sihat menghindari saya dari mendapat KPD? 

Amalkan pemakanan yang seimbang. Diet yang tinggi kandungan lemak meningkatkan risiko KPD. Lemak meningkatkan hormon estrogen yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. 


3. Adakah merokok menyebabkan KPD? 

Kebanyakan kajian tidak menunjukkan merokok menyebabkan KPD. Kajian untuk meneliti kaitan di antara KPD dan merokok serta merokok secara pasif masih dijalankan. Walaubagaimanapun, merokok mengurangkan jangka hayat seseorang yang telah disahkan menghidapi KPD. 


4. Adakah pengambilan alkohol meningkatkan risiko saya untuk mendapat KPD? 

Satu atau dua minuman alkohol sehari meningkatkan sedikit risiko anda. Lebih banyak diminum, lebih tinggi risiko anda. 


5. Adakah sejarah keluarga meningkatkan risiko saya? 

Jika anda mempunyai nenek, ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan yang pernah mendapat KPD, anda memang berisiko tinggi. Lakukan mamogram sekurang-kurangnya 5 tahun lebih awal daripada umur ketika KPD mula- mula dikesan pada saudara terdekat anda. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya ada tanda- tanda yang luarbiasa. 


6. Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat KPD? 

Kebanyakan wanita tidak berisiko tinggi untuk mendapat KPD.Wanita –wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat KPD adalah seperti berikut: 

- Pernah mengalami sendiri KPD pada sebelah payudara. 

- Mempunyai masalah genetik tertentu yang meningkatkan risiko mendapat KPD. 

- Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami KPD , lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda. 

- Masalah payudara yang meningkatkan risiko untuk KPD ( seperti `atypical hyperplasia`), atau pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali untuk masalah payudara bukan kanser. 

- Bersalin anak pertama semasa umur lebih dari 30 tahun. 

- Faktor-faktor di atas tidak menyebabkan KPD tetapi cuma meningkatkan risiko sahaja. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko tidak bermakna anda pasti akan mendapat KPD. Lagipun, hanya 5% wanita yang mengidap KPD mempunyai faktor genetik. 


7. Adakah sejarah haid saya mempunyai kaitan dengan risiko KPD saya? 

Anda berisiko tinggi jika anda akil baligh sebelum umur anda 12 tahun, anda tidak mempunyai anak, bersalin anak pertama selepas umur 30 tahun atau anda menopaus selepas umur anda 55 tahun. 


8. Bolehkah deodaran menyebabkan KPD? 

Satu kajian yang dilakukan dalam tahun 2002 untuk meneliti kaitan di antara KPD dan deodaran tidak menunjukkan peningkatan risiko KPD pada wanita yang menggunakan deodaran bawah ketiak. Begitu juga dengan wanita yang menggunakan pisau cukur tanpa elektrik dan deodaran, serta wanita yang menggunakan deodaran dalam masa 1 jam selepas bercukur dengan pisau cukur. 


9. Jika seseorang wanita tidak mempunyai sejarah keluarga KPD, adakah wanita tersebut berisiko? 

Ya, sebab 80 peratus dari wanita yang mendapat KPD tidak mempunyai sejarah keluarga. Walaupun sejarah keluarga meningkatkan risiko untuk mendapat KPD, ini tidak bermakna jika tiada saudara terdekat ( ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan) yang mempunyai KPD tiada risiko untuk mendapat KPD. 


10. Apakah risiko saya untuk mendapat KPD sekiranya saya mengambil hormon terapi gantian? 

Anda perlu melakukan ujian mamogram sebelum mengambil hormon terapi gentian dan setiap tahun secara berkala. Pemantauan secara berkala oleh Doktor adalah penting. Risiko meningkat sedikit dengan pengambilan hormon terapi gantian. 


11. Adakah memakai coli sepanjang masa atau `bermain` dengan payudara semasa seks menyebabkan KPD? 

Tidak, apa yang anda pakai dan cara bagaimana payudara disentuh tidak ada kesan ke atas risiko KPD.


12. Bolehkah saya mewarisi KPD? 

Terdapat beberapa gen abnormal yang dikaitkan dengan risiko tinggi KPD. Dalam keluarga dengan gen-gen abnormal ini KPD boleh diturunkan dari ibu kepada anak. Hanya 10 peratus daripada wanita dengan KPD ada mewarisi gen abnormal ini. KPD yang disebabkan oleh gen abnormal ini biasanya berlaku pada umur muda (bawah 40 tahun), melibatkan beberapa saudara terdekat dan melibatkan satu atau kedua-dua payudara (tetapi biasanya bukan serentak). Gen abnormal ini juga dikaitkan dengan risiko tinggi kanser ovari. Perlu ingat bahawa: 

- hanya kerana ibu atau saudara terdekat anda mempunyai KPD, tidak bermakna anda pasti akan mendapat KPD 

- kebanyakan wanita yang mendapat KPD tidak ada saudara terdekat dengan KPD 

- terdapat banyak faktor risiko untuk KPD dan sejarah keluarga hanya salah satu daripadanya 

Jika anda bimbang akan mendapat KPD, sila berbincang dengan doktor anda. 


13. Bolehkah berat badan berlebihan menyebabkan KPD? 

Berat badan berlebihan mungkin boleh meningkatkan risiko mendapat KPD kerana sel-sel lemak menghasilkan estrogen yang boleh merangsangkan pertumbuhan KPD. Wanita sekitar umur 40`an dan 50`an yang paling berat mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat KPD berbanding dengan wanita yang paling ringan yang berumur sama. 


14. Bolehkah lelaki mendapat KPD? 

KPD boleh dikesan pada lelaki, tetapi jarang sekali, mungkin 1 peratus dari kesemua kes KPD. 


15. Bagaimana KPD terjadi? 

Faktor penyebab KPD tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat KPD, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat KPD adalah: 

- mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan dengan KPD 

- akil baligh pada umur muda atau mencapai menopaus pada umur 50`an 

- umur lebih 40 tahun 

- tidak pernah beranak atau bersalin selepas umur 30 tahun 

- mengambil rawatan gantian hormon 

- pengambilan alkohol secara berlebihan 

- obesiti 


16. Adakah saiz payudara berkaitan dengan risiko KPD? 

Tidak ada bukti yang dapat mengaitkan saiz payudara dengan risiko KPD buat masa ini.


CARA PENCEGAHAN

1. Bolehkah anti-oxidant mengelakkan KPD? 

Setakat ini, tiada kajian yang telah membuktikan anti-oxidant seperti Vitamin E dapat mencegah KPD atau mengelakkan KPD ulangan. 


2. Bagaimanakah mencegah KPD?

Malangnya, setakat ini tidak ada sebarang cara untuk mencegah KPD. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapatnya, iaitu:

- bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun

- memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan

- amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

- bersenam secara regular

- elakkan berat badan berlebihan


3. Bagaimanakah pemberian susu badan berkait dengan KPD?

Memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat KPD. Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan , lebih kecillah risikonya untuk mendapat KPD. Menyusu badan mengurangkan risiko KPD sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.


4. Adakah vitamin dapat mengelakkan KPD?

Tidak ada bukti saintifik untuk hal ini.



Sumber : LPPKN

4 April 2017

Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum..


Kitorang memang selama ni tak join aktiviti utama sekolah Imani , cuma sibuk-sibuk sket kat kelas dan banyak terus komunikasi dengan cikgu sahaja.

Alkisahnya, Karate kat sekolah Imani ada masalah sedikit berkaitan kelulusan peringkat sekolah, jadi kami dicadangkan untuk timbulkan isu ini sewaktu mesyuarat PIBG berlansung suapaya ada keputusan terus.

So that's morning, we woke up early, and instead of routine activity of breakfasting outside, Hasif and myself camped out at school as early as 7.30 AM * cry *

Dah namanya first time, memang jakun la. Ramai kot yang datang rupanya, bagus betul. Ucapan itu ini, perasmian bagai, barulah mesyuarat sebenar. Nak jadi plak cerita, isu pertama yand dibangkitkan adalah mengenai ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada hari minggu untuk menemankan anak2 latihan koko.

*sigh*

Alasan bapa ini valid, latihan ada yang diuruskan ibu bapa, ada yang ibu bapa sendiri jadi trainer contoh ragbi. Alasan GB juga betul, ibu bapa masuk sekolah tak berpakaian lengkap (hotpants!!!! hagak2 la kot kak oi..sekolah. bukan bilik tidur).

Yang menjadi gamat, CARA bapa tersebut memberikan hujah. Tunjuk2 GB, jerit2, maki2 dan dekat 40 kali la mengingatkan kitorang bahawa dia adalah Datuk Sri, kenal semua menteri, sebut sahaja. Deng.

Bang... ini sekolah anak je kot. Dan masalah abang ini bukan masalah dunia. Leks2 la ...

Jeling sebelah, tengok Hasif dah panas punggung. Abang hensem sorang ni memang cukup pantang orang kurang ajar , apatah lagi bongkak begini. Dalam hati dah doa, janganlah Hasif pun bangun, moga sabar.

Toleh sekali... dia tengah baca buku program.

Toleh kali kedua, muka dah makin hangin.


 Tak sempat toleh ketiga, Hasif dah sampai depan pentas, amik mikrofon.




Hahahahahahahha. Selamat la Datuk Seri. 

Moral : Kami tidak sempurna. Masih lagi memperbetulkan diri. Kami harap, kita pun sama-sama jadi lebih baik. Pangkat memang kadang kala akan lebih memberikan kemudahan, tapi tidak semua dan tidak setiap masa pangkat akan menjamin kejayaan kita. Hormat, baik dan ikhlas, orang akan lebih ingat.

Takut dah nak gie PIBG tahun depan.





2 April 2017

Amalan Pengikat Suami Isteri

Assalamualaikum...


Masa memula kahwin dulu, saya habis awal pengajian dan Hasif masih di UIA. Saya buat express dan Hasif pula extend setahun setengah, sebab sambung Bahasa Arab di Sudan.

Jadi lepas kahwin, memang kami duduk di Gombak, dengan mama dan abah. Mudah untuk Hasif ke universiti, dan dekat untuk saya ke RHB.

Dah nama baru kahwin. Dengan kawan baik plak tu. Sesama anak bongsu. Memang benda kecik pun akan jadi isu.So .. satu masa kitorg gaduh pasal nak makan di mana. Series.. haha... pasal nak pilih tempat makan je.

Jadi mama ni memerhati. Dan melihat. Baiknya mama, dia tak pernah masuk campur urusan anak menantu. 

Agaknya bila tengok dah 2 hari tak bercakap, pelan-pelan mama duduk sebelah, minta maaf bersungguh, lepas tu kongsi petua nak ikat hati suami isteri.






Sila la baca dan amalkan. Dah 9 tahun usia kertas ni. Warna pun dah lusuh. Tapi tetap akan simpan.

Terima kasih Mama. Wish you were here still.

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.