Assalamualaikum...

Masa memula kahwin dulu, saya habis awal pengajian dan Hasif masih di UIA. Saya buat express dan Hasif pula extend setahun setengah, sebab sambung Bahasa Arab di Sudan.
Jadi lepas kahwin, memang kami duduk di Gombak, dengan mama dan abah. Mudah untuk Hasif ke universiti, dan dekat untuk saya ke RHB.
Dah nama baru kahwin. Dengan kawan baik plak tu. Sesama anak bongsu. Memang benda kecik pun akan jadi isu.So .. satu masa kitorg gaduh pasal nak makan di mana. Series.. haha... pasal nak pilih tempat makan je.
Jadi mama ni memerhati. Dan melihat. Baiknya mama, dia tak pernah masuk campur urusan anak menantu.
Agaknya bila tengok dah 2 hari tak bercakap, pelan-pelan mama duduk sebelah, minta maaf bersungguh, lepas tu kongsi petua nak ikat hati suami isteri.

Sila la baca dan amalkan. Dah 9 tahun usia kertas ni. Warna pun dah lusuh. Tapi tetap akan simpan.
Terima kasih Mama. Wish you were here still.


Dute kalau tak keberatan, dan tak busy..sharelah balik. sebab tak nampak sgt. Terima kasih berkongsi. Boleh aku amalkan jugak
ReplyDelete