12 May 2017

Nasi Ambeng

Assalamualaikum...

Nasi Ambeng ni makanan tradisional orang jawa. Letak dalam dulang, untuk portion 4 orang makan, ada nasi putih, ayam seekor, serunding dan sambal jawa. Lauk tu berbeza ikut selera. Kalau di Indonesia , kadang2 orang tambah mee goreng.


Ibu plak kalau kitorang balik kampung memang nasi ambeng la favorite masa berkumpul. Untuk special occasion la.




Suka sebenarnya bila makan sama-sama ni. Lebih rapat sebab berebut. Tapi mungkin a ada sesetengah yang tak selesa sebab makan tangan ramai2 celup satu dulang.

Still...... kan sunah pun kalau makan sama2. Cuba la.

10 May 2017

Hanif dan Baby Mil Mil

Assalamualaikum..

Imani dan Harith bab2 patung ni kurang sket. Tapi bila masuk si Hanif, memang ada 1 patung Imani dia kelek ke hulur hilir.

Siapa ada nama lagi : Baby Mil Mil.

Ke mana - mana memang bawak patung ni. Tak kisahlah bercuti ke, balik kampung ke, mesti jadi salah satu benda wajib di bawa balik. Memang pelik la, sebab time mak pak tak de plak kitorang ada benda2 macam ni.

Bila tanya Doctor dia , ok ke tak, terutamanya sebab Hanif ni lelaki takut ada psikologi ke bende nanti, Doctor cakap ok. Akan hilang kesukaan ni selalunya bila anak dah sampai satu2 umur.

Cuma wajib risau, kalau dah baligh masih ada kesukaan kepada benda bukan lazim ikut jantina dan umur. Itu kena lebih berhati-hati. Jangan pandang ringan, terutama pada zaman moden dan teknologi ini, zaman akhir zaman, bila fitnah makin lebih banyak dan berleluasa.

Hati - hati lah sahaja.


8 May 2017

INFO: Kencing Tak Lawas

Assalamualaikum...


Penyakit ni selalu terjadi, di sebabkan beberapa sebab. Cuma kalau perempuan, selalu akan kena bila mengandung. Memang series la mengganggu kehidupan seharian, dan kena lebih berhati-hati bab kebersihan sebab nak pastikan solat tu sempurna.

Punca ada pelbagai, yang paling famous :
  • Suka tahan kencing - selalu sebab banyak sangat benda nak buat, kemas rumah la, masak la, tunggu meeting habis awal la, jadi selagi boleh tahan memang akan tahan
  • Kurang minum air kosong - benda ni memang Hasif selalu tegur. Badan manusia ni 75% adalah air. Jadi, sukatan keperluan kita, setiap 25kg berat adalah 1 Liter air kosong
  • Hygiene @ kebersihan diri - selalu kita rasa kita dah betul-betul menjaga, tapi sebenarnya cara penjagaan tu tak sempurna. Kenapa perempuan selalu kena? Sebab cara membasuh vagina tak betul. Sepatutnya, kalau membasuh, sapu dari vagina ke belakang, bukan sebaliknya untuk mengelakkan kekotoran di punggung tak di bawa ke hadapan.

Simtom pula, perhatikan kalau kita berhadapan dengan perkara-perkara ini :
  • Kekerapan ke tandas - tengok kalau dah 10 kali ke tandas
  • Aliran keluar air kencing - rasa panas, perit dan pedih
  • Kencing tak puas - terasa seperti air kencing nak keluar tapi tak boleh dipaksa keluar
  • Sakit pada bahagian ari2 atau vagina - dan perut akan selalu rasa bengkak
  • Otot kemut macam tak berfungsi - kelemahan nak menahan air kencing
  • Bila teruk, boleh mengalami demam atau kencing berdarah

Secara medikal, sakit ini boleh diubati dengan ubat antibiotik dari klinik atau ubat URAL dari farmasi.

Selamat mencuba.




About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.