8 May 2017

INFO: Kencing Tak Lawas

Assalamualaikum...


Penyakit ni selalu terjadi, di sebabkan beberapa sebab. Cuma kalau perempuan, selalu akan kena bila mengandung. Memang series la mengganggu kehidupan seharian, dan kena lebih berhati-hati bab kebersihan sebab nak pastikan solat tu sempurna.

Punca ada pelbagai, yang paling famous :
  • Suka tahan kencing - selalu sebab banyak sangat benda nak buat, kemas rumah la, masak la, tunggu meeting habis awal la, jadi selagi boleh tahan memang akan tahan
  • Kurang minum air kosong - benda ni memang Hasif selalu tegur. Badan manusia ni 75% adalah air. Jadi, sukatan keperluan kita, setiap 25kg berat adalah 1 Liter air kosong
  • Hygiene @ kebersihan diri - selalu kita rasa kita dah betul-betul menjaga, tapi sebenarnya cara penjagaan tu tak sempurna. Kenapa perempuan selalu kena? Sebab cara membasuh vagina tak betul. Sepatutnya, kalau membasuh, sapu dari vagina ke belakang, bukan sebaliknya untuk mengelakkan kekotoran di punggung tak di bawa ke hadapan.

Simtom pula, perhatikan kalau kita berhadapan dengan perkara-perkara ini :
  • Kekerapan ke tandas - tengok kalau dah 10 kali ke tandas
  • Aliran keluar air kencing - rasa panas, perit dan pedih
  • Kencing tak puas - terasa seperti air kencing nak keluar tapi tak boleh dipaksa keluar
  • Sakit pada bahagian ari2 atau vagina - dan perut akan selalu rasa bengkak
  • Otot kemut macam tak berfungsi - kelemahan nak menahan air kencing
  • Bila teruk, boleh mengalami demam atau kencing berdarah

Secara medikal, sakit ini boleh diubati dengan ubat antibiotik dari klinik atau ubat URAL dari farmasi.

Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.