10 May 2017

Hanif dan Baby Mil Mil

Assalamualaikum..

Imani dan Harith bab2 patung ni kurang sket. Tapi bila masuk si Hanif, memang ada 1 patung Imani dia kelek ke hulur hilir.

Siapa ada nama lagi : Baby Mil Mil.

Ke mana - mana memang bawak patung ni. Tak kisahlah bercuti ke, balik kampung ke, mesti jadi salah satu benda wajib di bawa balik. Memang pelik la, sebab time mak pak tak de plak kitorang ada benda2 macam ni.

Bila tanya Doctor dia , ok ke tak, terutamanya sebab Hanif ni lelaki takut ada psikologi ke bende nanti, Doctor cakap ok. Akan hilang kesukaan ni selalunya bila anak dah sampai satu2 umur.

Cuma wajib risau, kalau dah baligh masih ada kesukaan kepada benda bukan lazim ikut jantina dan umur. Itu kena lebih berhati-hati. Jangan pandang ringan, terutama pada zaman moden dan teknologi ini, zaman akhir zaman, bila fitnah makin lebih banyak dan berleluasa.

Hati - hati lah sahaja.


No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.