7 March 2015

Good Service Tax

Assalamualaikum..


Sebab ramai yang bertanya, dan diri sendiri pun tak berapa faham mulanya. Jadi, terpaksalah mencari info dan duduk bersama yang pakar.

Kalau tak, malu tu. Buat tax, tapi tak tahu GST.

Saya cuba buat dalam bentuk power point, PDF tapi bole convert ke Word.

Kalau nak, sila bagi email. Saya akan email sebab tak boleh attach file di sini.

Sila lah baca, boleh kongsi pada orang lain, boleh perbaiki lagi dan kongsi semula. Tiada halangan. Tiada copyright.

Selamat membaca!!!

P/S : Dah isi income tax tahun 2014?



17 February 2015

Imani & Terawih

Assalamualaikum...

Untuk Imani - mama 1st write up about you (dated 12 August 2011)

................................................................................................................

Dah lama niat nak bawak anak ting2 sorang nie gi terawih, tp asik kena cancel jer sbb tak berani mengambil apa2 risiko -  takut mengganggu org lain nak beribadah.Sbnrnya, kitorg pernah bwk Imani solat kat masjid sekali.Sbb sekali tue ler, Imani kena banned dr masjid tu, sbb? Dia jerit dgn excitednya panggil Tok Ayah dia dr tpt ma'mum wanita, padahal masa tu Tok Ayah yg jadik imam solat. Taubat dah nk bwk pas tu.



Last night, x sampai hati tgk dia dah siap dgn bag telekung, sejadah, pandai pulak mtk bibik sediakan susu dan pakaikan baju elok. Bawak jugalah akhirnya. Sepanjang jalan doa dalam hati, moga2 Allah permudahkan.

Sampai surau, nak pastikan adab dlm masjid x terabai dan jemaah lain x terganggu...
1 - amik port tepi sekali...jadik Imani boleh baring bukan depan org solat
2 - duduk saf akhir sblm barisan anak2 kecil..so..x de jemaah lain akan terganggu
3 - sediakan susu, sediakan handbag dia (ada toys, spek, hp)..nak bagi leka
4 - and last...tazkirah anak sdr punyerla lama nak make sure x bising

Solat Isya' dan sunat sblm dan slps, alhamdulillah, selamat. Imani ikut solat, pastu duduk diam2.

Masuk terawih je...dah mula bergoyah
Rakaat 1-2 - Imani dah goyang2 kan telekung. Ckp sorg2. “Tak cantik la telekung nie. Kaler yellow.Naper bukan telekung strawberry. Kaler pink.Cantek. Macam lapik meja mama”
Rakaat 3-4 – pemulaan solat Imani ok. Time tahyat akhir, sekuat hati dia baca doa makan.
Rakaat 5-6 – Imani dah tergolek atas sejadah and cakap repetitively “ Mama!!!! Nak susu. Susu botol. Yang hangat tau. Bukan susu mama.”
Rakaat 7-8 – susu dah abis. Budak2 dah start bising.Imani pun naik sheikh.mungkin sbb nak berlagak ada hp kat bebudak yg duduk blkg, punyerla dia berlakon telepon semua org. Dr sepupu, atuk, nenek, sumer org.

Abis sumer, balik rumah.Imani punyerla excited dpt gie surau. Sampai nak tido pun citer lagik.

Tak pastila samada berjaya atau tidak mengawal si kecik ni time solat, serba salah sbnrnya. Wajar bawak ker tempat ibadah atau tidak yer kanak2 nie?

Antara Kerja & Keluarga

Assalamualaikum..

Nota pertama saya mengenai kerjaya & rumahtangga (tarikh 12 May 2011)

................................................................................................................
  • Rasanya, konflik antara kerja dan keluarga dihadapi oleh semua orang, terutama ibu yang bekerja. Di tempat saya audit sekarang, ada seorang kawan yang terpaksa meninggalkan anak berusia 3 tahun di Malaysia dijaga suami dan keluarga. Peluang untuk balik 30 hari setahun digunakan secukupnya untuk menggantikan 360 hari itu. Bila saya tanya, berbaloikah wang yang dikumpul untuk menggantikan saat2 penting yang hilang untuk melihat anak membesar, kawan ini terdiam.

  • Saya percaya di mana2 organisasi sekalipun, keperluan untuk menjadi yang terbaik itu sangat perlu. Penilaian akhir tahun yang sepatutnya menjadi ukuran prestasi supaya tahu di mana ruang diri untuk dibaiki, sudah menjadi medan pertempuran dek ketakutan akan hilang pekerjaan. Ada di sekeliling saya yang sangat bertunjangkan penilaian ini, hingga takut untuk mengandung lagi, kerana takut akan dilabel tidak berprestasi tinggi. Ada juga yang bekerja betul2 mengikut keperluan ditetapkan penilaian, hingga hilang rasa harmoni bekerja sebagai satu kumpulan.
  • Jadi, apa pilihan yang ada untuk seorang ibu yang bekerja? Jika pekerjaan menuntut masa yang banyak, keluarga sedikit sebanyak akan terabai. Jika membuat keputusan untuk bekerja sekadarnya, sama ada akan dilabel sebagai tidak berprestasi tinggi, lebih teruk lagi tempat kerja diganti orang lain.
  • Adakah kita benar2 tidak ada pilihan, atau kita masih ada pilihan tetapi kita perlu hidup semaksima mungkin dengan pilihan yang ada?
  • Saya percaya setiap apa yang kita lalui adalah berdasarkan pilihan yang kita lakukan. Jika kita memilih untuk bekerja dan memberikan yang terbaik seperti dituntut organisasi (yang selalunya akan mengambil masa bersama keluarga), kita perlu ada sistem sokongan yang sangat kuat di sekeliling kita. Jika kita memilih untuk bersama keluarga berbanding pekerjaan yang lebih menuntut masa, kita perlu bersedia mencari pekerjaan yang kurang demanding dan hilang sedikit kemudahan yang pernah dinikmati sebelum ini.
  • Walau apa pun pilihan yang kita buat, ingatlah,setiap kerja yang kita lakukan, satu masa nanti apabila dirasakan perlu, akan diganti begitu sahaja dengan orang lain. Tetapi keluarga tidak akan sekali2 menggantikan dan meninggalkan kita.Buatlah pilihan yang betul dan tawakal kepada Allah semoga pilihan itu dipermudahkan sepenuhnya.

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.