Assalamualaikum..
Mari sambung cerita saya, mengapa dan kenapa perlu untuk menulis.
Dua :
Sekarang ini, ramai yang cintakan ilmu dan perkongsian. Ramai juga yang sudi memberi pelbagai pendapat, adakalanya menyentuh bab2 yang diri bukan ahlinya. Kerana yang bercakap ini ada nama dan pengikut, ramai yang mudah percaya. Jika saya tahu ia salah dan berdiam diri, saya berdosa.
Alhamdulillah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Dia pinjamkan sekejap ibubapa saya, digantikan semula dengan ibubapa mertua, bukan sepasang, tetapi dua. Ibubapa suami saya dan pakcik makcik yang memang menjaga suami saya semasa kecil. Kedua-dua ini adalah ahli masyarakat, yang selalu menjadi tempat rujukan untuk ilmu agama dan juga ilmu hidup.
Setiap kali ada kemusykilan, saya akan bertanya pada suami, abah, mama, pakcik atau makcik. Selalu juga menjadi posmen bagi pihak kawan-kawan dan kenalan yang mengetahui. Memang saya sangat beruntung, saya ada tempat yang memang sahih ilmunya untuk dirujuk, tidak seperti yang lain mungkin terpaksa bergantung kepada Dr Google.com untuk mencari jawapan.
Tekad saya, saya akan kongsi walaupun perkara sebesar hama. Moga ia akan menjadi sedikit bekalan untuk saya di Akhirat nanti. In shaa Allah.
Tiga :
Untuk anak - anak dan keluarga saya
Membahagi masa antara tanggungjawab sebagai isteri, anak, ibu, pekerja dan pelajar ; memang menduga. Adakala dalam mencari keseimbangan, ada yang jatuh tempat kedua dan ada hati yang terluka.
Saya harap, dengan berkongsi, saya dapat zahirkan pada pembaca juga keluarga saya, kenapa saya memilih untuk membuat sesuatu perkara itu. Saya mahu anak-anak juga tahu, hidup bukan untuk keselesaan sendiri. Perlu ada ilmu, supaya boleh membuat keputusan lebih baik. Perlu ada duit supaya hidup tidak meminta-minta. Yang penting, perlu memberi semula kepada yang memerlukan, baru hidup itu ada erti dan memudahkan di Akhirat nanti.
Moga perkongsian ini berfaedah.
Jumpa lagi. :)
No comments:
Post a Comment