Assalamualaikum
Betul-betul hebat kuasa alam maya ini. Saya terima banyak soalan, kenapa sekarang? Tapi yang benar-benar buat saya terharu apabila seorang kawan yang sudah terpisah lebih 15 tahun dulu bertanya dengan sangat concern, adakah saya ada menghidap apa2 penyakit berbahaya sehingga 360 darjah mengubah prinsip saya.
Rupanya ada mata yang memerhati dan mengambil berat dalam senyap. Terima kasih.
Cerita Saya
Kemudian bekerja dan berkahwin dan berkeluarga. Target terakhir untuk mencapai financial freedom sebelum umur 35 tahun juga sudah berjaya. Untuk orang lain, ini mungkin perkara biasa. Untuk seorang budak kampung, melayu, dan juga si bongsu yang dibesarkan oleh abang dan kakak2, ini my own personal achievement.
Saya boleh duduk diam2 dan enjoy kehidupan sederhana ini. Tapi saya memilih untuk keluar dari norma biasa. Kenapa?
Satu :
Kerana ketika saya bersenang lenang, anak bangsa seagama saya masih ada yang hidup merempat, tercari-cari matlamat hidup dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sedih melihat adik2 yang menjadi intern bagai beduk yang harus diketuk dahulu. Perlu ditunjuk berkali2, tidak ada inisiatif sendiri, diberi A ... berhenti di A juga. Takut memberi hasil A+. Ada juga yang lansung tidak boleh berkomunikasi. Ini adalah anak2 muda yang bakal memimpin. Mereka juga penentu untuk kehidupan anak2 saya nanti. Waktu bangsa lain sudah merancang meneroka angkasa lepas, anak bangsa saya masih fikir mahu makan di mana dengan duit yang ada.
No comments:
Post a Comment