12 October 2013

Apabila Si Kecil Bersuara

Assalamualaikum...


Malam tadi sampai lewat sedikit, kerana kerja. Tercegat di pintu hampir 20 minit, gara-gara si kakak sorokkan kunci rumah. Saya ada 3 pilihan :

1 - Marah, naik suara, ugut pelbagai perkara
2 - Cakap elok - elok, pujuk dan janjikan barang2 baru
3 - Minta maaf sekali dan tunggu 

Dikira penat dan lapar, pilihan no.1 lebih menarik.Kesannya, anak akan menangis, simpan dalam hati dan akan protes lebih lama. 

Fikir nak mudah, pilihan no. 2. Kesannya, anak akan dapat barangan yang tidak sepatutnya dan mudah untuk meminta tanpa perlu berusaha.

Pilihan saya no.3. Sebab memang salah saya balik lambat. Seharusnya selepas jam 5pm tanggungjawab saya adalah pada anak-anak dan keluarga. Tak perlu untuk rasional pada waktu ini sebab hati kakak masih membara. 

Betul, si kakak sendiri hairan tengok saya duduk tunggu sahaja. Akhirnya, dia sendiri yang bagi kunci. Masuk rumah, saya tegur seperti biasa, makan dan mandi.

Sebelum tidur, selepas bacakan buku cerita, baru saya bersuara. Hanya berdua dengan kakak. Saya tanya kenapa dan biar kakak yang bersuara dahulu. Kemudian, saya kongsi kenapa saya lambat. Saya kongsi kenapa saya terpaksa pilih selesaikan kerja dahulu (ini sangat susah sebab maksudnya saya pilih kerja lebih utama dari anak) dan saya kongsi apa yang mungkin saya boleh perbaiki.

Kaedah ini nampak panjang, tapi bagus. Jangan ambil mudah pendapat anak-anak. Jangan anggap anak masih kecil jadi tidak perlukan suara mereka didengari. Yang penting, jangan sesekali ada rasa kita adalah ibubapa, jadi kita sentiasa betul.

Alhamdulillah, selama kami praktiskan kaedah ini, saya dan suami nampak kakak lebih matang dan berani bersuara. Umur mungkin 5 tahun, tapi sudah boleh beri pendapat mana yang baik dan tidak.

Selepas ini, mungkin saya kongsi bagaimana beri peluang anak untuk membuat pilihan dan terima kesan dari pilihan tersebut.




No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.