Assalamualaikum...
Dalam memikirkan banyak lagi silibus belum di tengok, padahal exam lagi 2 hari sahaja, tapi hati tak boleh fokus memikirkan pasal 10hb ni. Lebih berdebar dari hari nak nikah dulu. 😨😨😨😨😨😨😨. Seriously. Sebab masa nikah dah pasti siapa bakal suami, yang ini masih samar2. Bukan bakal suami. Bakal pemimpin kami.
Apa ada dengan 10hb ni? Annual General Meeting PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) je sebenarnya. Yang untuk ibubapa lain mungkin benda kecil, tapi untuk kitorang benda yang significant impact dia untuk anak-anak nanti. Kenapa?
Izinkan saya bercerita. Agak panjang. Harapan saya moga ia jelas.
4 tahun dulu, semasa Imani mula-mula masuk sekolah ni, kami memang tak ambil tahu lansung pasal PIBG ke, KSIB (Kumpulan Sokongan IbuBapa) ke. Yang penting, kami tolong cikgu kelas. Datang ceriakan kelas, pastikan barang2 untuk mengajar cukup, dan tolong cikgu masa hari Kantin, hari2 Pertandingan dan Hari Jamuan.
Sehinggalah apabila Imani masuk Karate, ada masalah apabila penganjur karate ini tidak dibenarkan meneruskan latihan di sekolah. Selidik punya selidik, berpunca dari salah seorang wakil KSIB yang agak tidak berkenan dan marah dengan penganjur disebabkan yuran mahal (RM40 sebulan??? Untuk 3x latihan seminggu?? 😷😷😷😷😷). Jadi saya berbincang dengan suami, kita kena berada di dalam sistem untuk pastikan nasib anak-anak karate kita terbela. Jadi, masa AGM 2017, Hasif bangun, bersuara, dan jadi AJK ciput pendidikan. Setahun Karate tiada masalah. Alhamdulillah.
Dan seminggu ini, menjelang AGM 2018, pelbagai cerita di dengar. Pelbagai komplen, undangan meminang untuk undi, dan kempen pelbagai. Pelik tapi benar. Korang tahu kan kerja PIBG ni tak ada bayaran? Bukan macam PIBG sekolah lain yang mungkin hanya letak nama, sekolah ni, PIBG kena turun padang, singsing lengan. Sampai berlawak dengan Hasif, YDP tu bukan Yang DiPertua tapi sebenarnya Yang Dijadikan Pekerja.
Dan sebab ini saya rasa tanggungjawab saya untuk bercerita.
1. Kenapa IbuBapa Wajib Hadir AGM
Waktu inilah IbuBapa perlu menentukan melalui undi siapa yang akan jadi suara kita. Siapa yang akan pastikan nasib anak-anak kita terbela. Masa ini PIBG akan bentangkan apa aktiviti tahun sebelum, apa kedudukan kewangan, apa penambahbaikan.
Kita nak anak berjaya, kita nak anak kita mendapat tempat wakil sekolah. Kita nak , ayat mudah dia, anak kita sahajalah yang ke depan. Tapi kena ingat, perkara ni semua mustahil akan terjadi kalau IbuBapa tak turun tolong sekali. Cikgu dah penat kot kerja mengajar, tak kan nak suruh depa pastikan lagi anak kita pandai hebat setiap masa.
Masa kitorang usahakan keceriaan kelas tahun ni, minta sumbangan RM10-RM20 satu anak. Senyap. Tak berbunyi. Turun ke kelas pun tidak. Bagi idea pun tidak. Komplen mahal lagi (Topup sebulan berapa bang?). Faham ibubapa ada kekangan kewangan, ada kekangan waktu, mungkin boleh kongsi idea sahaja. Tapi tak semua juga. Yang ikhlas ada. Yang krik krik ramai.
Tetiba apabila ada isu berkaitan anak dia, terus bersuara. Komplen, salahkan guru kelas dan buat komen general menuduh. La..... ada rupanya. Ingatkan nombor telefon pembantu rumah yang duduk dalam grup kelas tu selama ni.
Ingatan mesra : apa yang kita nak tunjuk pada anak-anak kita? Ambil berat jika perkara itu penting pada kita sahaja? Boleh berjaya tanpa berkat doa cikgu-cikgu? Kalau ada isu, terus komplen tanpa usul periksa? Jika ya - bersedialah 10 tahun lagi,bila anak-anak anggap kita tidak penting untuk mereka. Bersedialah juga generasi baru yang hanya pentingkan diri sendiri dan kuat komplen tapi tidak ada usaha perbaiki diri.
2 - Kenapa penting memilih wakil PIBG yang layak
PIBG bukan tempat politik. Kalau ada hati nak bertanding PIBG sekolah untuk nampak cantik CV. Contoh : Jawatan Semasa - YDP PIBG SK xxx. Lupakan. Serius kelakar. Nak main politik, sila masuk PRU. Dah dekat pun. Boleh tabur wang di sana. Jika rasa nak jadi PIBG sebab mudah dapat kontrak, dalam perlembagaan dah tulis akan ada bendahari, pemeriksa kira-kira, keperluan pengurusan tender dan pembelian.
Di sekolah, PIBG bukan setakat kena tabur duit sendiri, kena minta sedekah cari sumbangan, paling horror, kena sedia untuk cuci tahi dalam tandas sekolah yang tersumbat. Saya dah lebih 20x kot, terserempak dengan team PIBG sekarang, tak kira waktu buat kerja di sekolah. Ada 1 masa, jam 8PM, ingatkan hantu sebab beliau gelap sket, rupanya YDP tengah jalan pegang batang mop, baru selesai betulkan tandas Block D yang tersumbat. Hampir juga nak terlanggar team keselamatan, yang tengah jaga trafik jam 6.15AM, sebab RELA cuti haritu.
Wakil PIBG bukan mulut manis sahaja. Beliau harus bijak nak balance kan di antara SOP sekolah dengan keperluan dan keinginan IbuBapa. IbuBapa ni minta pelbagai, tapi ada masa kurang faham aturan Jabatan.
Jadi, beliau harus bersikap tidak memihak. Wakil ini mungkin tidak di sukai GB, atau Guru atau IbuBapa, sebab setiap masa beliau harus bersikap adil, beliau tidak boleh menangkan hati semua orang. Tidak boleh cepat sentap. Kena tegur, terasa tidak dihormati sebagai PIBG atau KSIB (ada ke??) terus keluar group WA. Habis, kalau dah sentap, kalau dah keluar group, macam mana nak jadi wakil ibubapa?
Dan wakil PIBG juga kena orang yang adil. Yang fikir bukan untuk anak dia. Tapi fikir untuk peluang sama rata semua anak-anak.Jangan masuk campur urusan sekolah, cikgu2 lebih tahu anak-anak kita bagaimana. Ini paling penting, ada kisah saya ingin kongsikan. Yang cukup dekat dengan hati saya.
Baru-baru ini sekolah buka peluang untuk Rombongan Sejarah. 30 orang 1 aliran. Padahal 1 aliran ada 360 orang. Jadi memang sengit peluang. Kena faham juga, tak kan cikgu nak bawa semua, faktor wang, faktor keselamatan.
Jadi, being me the kiasu mom , senyap-senyap saya datang sekolah pada hari borang diedar. Ada alasan (alhamdulillah) sebab kebetulan memang nak kena jumpa cikgu beri barang2 kelas. Plan saya, lepas Imani dapat borang, saya akan beri duit dan sign, jadi dia boleh hantar pada hari itu juga. Pastikan dia dapat sebab dah 2 hari 2 malam sebut teringin nak pergi. Sedih juga dalam hati walaupun di mulut sentiasa pujuk, tidak apa, kalau tak dapat ada hikmah.
Sampai di sekolah, saya ke Library. Nampak ada budak2 tengah beratur. Ambil borang rasanya. Hati dah berdebar sebab tak nampak Imani. Tetiba mata tertangkap ada 1 budak perempuan, muka sedih gila, mata berair, berdiri di tepi koridor je tengok kawan2 berebut. Saya pergi pada budak tu. Saya tanya (lebih kurang perbualan kitorang) :
^ Adik, kenapa tak ikut ambil borang?
* Ayah tak bagi.
^ Alahai, kenapa. Dah tanya ke?
* Dah. Dah telefon pun tadi tanya lagi. Tak boleh. Ayah tak bagi. Ayah kata tak apa nanti ayah je bawa.
^ Adik sapa nama? Ayah sapa?
* Nama saya Jasmin. Ayah saya Shahpandi.
Pang!!!!!!!! Terasa ditampar sepuluh kali.Saya sungguh2 faham kenapa ayah dia tak bagi. Mata saya dah mula berair, saya tinggalkan sahaja barang2 di Pondok Jaga, dan saya terus balik. Dalam kereta, dari sekolah ke KLCC, saya menangis.
Anak ini tak layak dilayan begini. Jika dia berhak untuk dapat, tidak kisah jika dia anak PIBG, anak GB, anak PM sekalipun, jika aturan adalah siapa cepat dia dapat, dan memang jika dia cepat dan sudah beratur seperti yang lain, maka dia layak untuk dapat. Yang salah, jika guna laluan khas, atau paksa cikgu masukkan nama, itu adalah haram.
Saya faham kenapa ayah dia buat begitu. Sebab mahu mengelakkan semua mulut makcik2 bawang dan pakcik2 kunyit dari menuduh yang bukan2. Hanya orang yang ikhlas sahaja mampu buat begini. Jika di tempat beliau, saya yakin, 1 panggilan telefon sahaja dah melayakkan anak beliau untuk dapat. Tapi beliau tak buat. Allah. Dan patuhnya anak ini, tidak melanggar lansung arahan ayah. Demi Allah, sampai hari ini, saya masih terbayang mata merah Jasmin ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Ingatan mesra: Pilihlah wakil yang benar-benar layak. Bukan mahu dapatkan kedudukan untuk kepentingan anak sendiri. Tapi yang adil dan mampu jadi suara kita. Lebih-lebih lagi sekarang, kegiatan kokurikulum penting. Harus ada wakil yang benar-benar adil untuk pastikan semua anak diberi peluang hampir sama rata mengikut kemampuan. Bukan terus disekat tanpa tunjuk ajar dan peluang.
3 - Adab memberi usul / cadangan
Jujurnya,saya dah sediakan 11 usul untuk dihantar kepada Setiausaha. Hari terakhir untuk menghantar, Hasif bersuara:
Yang, setiap usul yang you buat, adalah penambahbaikan. Jika penambaikan maksudnya akan ada seseorang perlu buat. Sama ada PIBG atau Guru-Guru. Dan ia akan jadi tambahan tugas untuk diorang. Betul, memang sentiasa perlu ada benda diperbaiki untuk menjadi lebih baik, fikirkan juga siapa perlu buat. I cadangkan, usulkan perkara secara berperingkat, yang you sendiri boleh tolong sekolah untuk jalankan.
Dan saya terus tak jadi hantar Usul. Hahahahaha.
Ingatan mesra: Dalam keghairahan kita nak bersuara, kadang-kadang kita lupa impak pada orang lain. Berilah cadangan yang membina, yang hasilnya untuk semua anak-anak. Lebih baik, jika setiap cadangan itu, kita sendiri mampu memberi bantuan dan pertolongan. Jangan baling batu sorok tangan. Jangan bangun pegang mikrofon nanti, jadi sawan mikrofon, komplen sana sini, marah sana sini, tapi kita sendiri datang sekolah setahun sekali. Masa AGM. Adeh.
Dah cukup panjang saya tulis. Cukuplah kot. Saya benar-benar mohon maaf andai tulisan saya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Ini hanya nukilan jujur saya,yang dilahirkan dalam keluarga guru, diajar dan dididik untuk sentiasa memuliakan guru dan benar-benar faham tugas PIBG untuk memudahkan tugasan-tugasan itu. Saya juga masih belajar jadi lebih baik. Tegur saya.
Untuk barisan PIBG SKS 2017, jika tuan puan membaca, saya ucapkan ribuan terima kasih. Moga Allah permudahkan urusan tuan puan dan memberi balasan yang sebaiknya di akhirat. Jika masih terpilih di 2018, tahniah. Teruskan segala perancangan yang belum selesai.
Kepada bakal barisan PIBG SKS 2018, di doakan moga di bawah pimpinan tuan puan , ikhlas, adil dan mampu menjaga kepentingan anak-anak dan guru ini sebaiknya. Di bahu tuan puan terletak amanah kami. Moga Allah balas setimpalnya.
Mohon Berundur.

Thanks for this posting. Sangat terkesan. Selamat maju jaya kpd puan, Team pibg sekolah puan!
ReplyDeleteTerima kasih tuan. Sama- sama kita mengingatkan.
ReplyDelete