26 March 2018

INFO : Solat Jenazah

Assalamualaikum...

Baru selesai ziarah bapa mertua office mate yang meninggal dunia di HUKM. Dalam perjalanan ke hospital tadi, terkeluarlah cerita cara Solat Jenazah, dan pelbagai kisah2 lucu yang pernah jadi sebelum ni disebabkan kurang ilmu dalam amalan solat ini.


Jarang buat kan, jadi tak semudah yang kita fikirkan. Antara yang pernah jadi, dan pengalaman sendiri, selamba je waktu solat jenazah pergi rukuk dan sujud. Ada pulak sebab dia masbu', masuk ke takbir ke dua, imam selesai dia pun ganti balik sampai 7 kali takbir. 

Sedikit mengenai solat jenazah:

  • Hukum : Fardhu Kifayah
  • Wanita dibenarkan menunaikan solat jenazah bersama-sama jemaah lelaki
  • Selalunya ditunaikan selepas Solat Fardhu.


Rukun solat jenazah:

  • Niat mendirikan solat jenazah
  • Berdiri bagi yang berkuasa
  • Empat kali takbir
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca Selawat ke atas Nabi (selepas Takbir 2)
  • Doa ke atas jenazah (selepas Takbir 3)
  • Salam 


Ringkasan cara mengerjakan seperti di bawah:


Moga manfaat.

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.