Last weekend, kitorang bawa anak2 ke Legoland. Kisahnya, masa cuti sekolah memang budak2 ni tak pergi ke mana-mana. Satu : sebab kami kerja dan malas nak join holiday waktu peak season. Serik. Dua : tak tahu nak pergi mana sebab semua Negeri dalam Malaysia dah pernah pusing.
Memula, kitorang plan nak ke Bangkok, Krabi atau Hatyai. Sekali tengok, Legoland ada buat promotion Triple Pass ticket. Murah kot. Dari seorang 1 access ke 1 park RM200+, jadi RM220 untuk masuk semua park dalam setahun ni.
Jadi, scrap all initial plan. Legoland we went.
Jumaat
Kitorang keluar rumah sesudah Subuh. Tak rushing dan Hasif pun alhamdulillah segar bawa kereta. Jarang merasa dapat tidur time Hasif drive, kali ini dapat. Hehe.
Kitorang stop sat breakfast di Ayer Keroh (tak sedap) huhu.
Dalam jam 10AM, sampai ke Legoland Hotel. Sebab Check in 4PM sahaja, kami park kereta bawah hotel dan drop semua barang dalam Luggage Room. Settle, kami ke Guest Area untuk buat Annual Pass.
Dari Guest Area, kalau ke Kiri adalah adventure area, kanan lebih kepada family game. Jadi kami cuba ke kanan dulu dan settle kan semua. Kalau lapar dan dahaga banyak je kiosk ada, cuma kena tahan la rega. Mineral pun RM6 sebotol.
![]() |
| They just don't know how to give a proper pictures. Huh. |
| Kitorang memang tak sangka Harith boleh naik benda ni, knowing how himself. Sekali excited plak siap nak repeat. |
Boleh makan di sini. Ada pilihan Chicken Rice Shop, Burger King, KFC, Kopitiam, Subway dan Absolute Thai. First day ni, kami makan Burger King dan KFC.
Balik hotel dah jam 4.30PM. Check in.
![]() |
| Akan dapat booklet ni lepas check in. Ada access card, breakfast coupon dan map Legoland |
Kitorang pilih Kingdom Theme Room. Ada 1 queen dan 1 bunk bed with 3 beds. So memang cukup untuk 5 orang. Cuma bilik tak lah sebesar dalam gambar. Just ok.
Untuk pengetahuan korang gak, dalam setiap bilik akan ada 1 Treasure Chest. Kena jawap dulu soalan, buka chest dan boleh bawa balik apa dalam chest tu.
![]() |
| Kertas Soalan. Punyalah lama nak cari jawapan. Siap call kawan2 yang dah pernah pergi sebab tak nak jadi 1st family yang tak dapat bukak treasure chest tu. hahahahahha |
| Akhirnya, setelah 20 minit cuba. Yang terlebih gembira bapa dorang. Hahahahhaha |
Malam kami plan asal nak ke AEON. tapi anak2 dah penat tak nak keluar. Kita masak maggi sahaja untuk dinner dan main dalam hotel. Maggi untuk bebudak ni adalah celebration. Bukan selalu boleh makan.
![]() |
| Senarai aktiviti dalam hotel kalau malas nak keluar. Lego di mana2 ok. Main sahaja, |
Kami keluar bilik jam 7AM, terus bersarapan di Brick Cafe. Alhamdulillah, spread banyak dan pelbagai. Lepas kenyang, gerak ke Water Park.
Nak masuk water park ni, lain kali bawa beg kalis air yang boleh sangkut leher. Untuk isi handphone dan duit sahaja. Sini boleh sewa Gazebo (RM200 sehari rasanya) dan tuala (RM28/sehelai). Tapi kalau dari hotel, lebih baik bawa tuala hotel. Jimat duit tak payah sewa lagi.
![]() |
| The only pictures taken at Water Park. Padan muka tak bawa beg kalis air. Kena tinggalkan handphone di bilik hotel. |
Seumur hidup, memang jarang main roller coaster dan seangkatan dengannya. Sebab tak suka, takut pun ya. Tapi kali ni, dek melayan Imani, memang terpaksa follow. Sebab bawah 12 tahun kena ada guardian. Jangan lah tanya Hasif mana. Dia lagi rela jaga boys di kolam mandi.
Memang semua slides kitorang turun. Siap yang paling horror i.e tinggi dan liku Imani naik dan ulang sampai 4x. Hantu apa ntah yang merasuk makcik ni.
By 4PM, semua dah macam ikan keli hitam berkilat. Hasif pujuk balik hotel dan mandi. Oh ya, bab solat jangan risau. Di dua2 taman ada surau yang selesa.
Lepas mandi, kami pergi ke Medini semula. Kali ni , makan Chicken Rice Shop, Harith yang pilih. Plan asal lepas makan masuk semula ke Theme Park untuk sambung Kingdom and Technip, sekali tengok Hanif dah tertidur dalam pinggan nasi dia,
So divide and conquer. Hasif pilih jaga Hanif dalam bilik. Saya bawa Imani dan Harith sambung main. Tak banyak dapat pun, settlekan Technip 3 games sahaja.
Lebih kurang jam 7PM park tutup, kami gerak balik ke hotel. Hasif called beritahu exschoolmate dia ajak dinner sama.
So malam tu, kitorang makan di Pendas, Restoran Nelayan. Sedap dan scenario dia cantik. Tepi laut kan. Dan Hasip keep repeating dah lama tak pergi sini. Selalu dengan Abah. Erm... rindu abah rupanya.
Ahad
Allah atur cantik. Ahad hujan lebat. Selebat2 hujan. So memang park tak boleh masuk. Lepas breakfast di hotel, kami jalan2 tengok barang apa nak beli. Setiap sorang ada budget , kecuali Imani yang ada saving sendiri boleh top up dari budget yang kami sediakan.
Hasif kata, banding harga di KL, di sini murah dalam RM5 - RM10. Tambah diskaun annual pass holder, boleh jimat dalam 15%. Dan ada kupon boleh redeem hadiah yang disediakan. Diskaun tak diskaun pun, mahal jugak lah untuk banding harga permainan kitorang biasa main.
Kami gerak balik dari Johor jam 2PM. Singgah 2x di RNR. Jammed tak hengat, 4 accident dan 1 kereta terbakar. Jam 7.30 Pm baru sampai KL. Dah sama macam balik Kedah je jangka masa perjalanan tu.
Overall, alhamdulillah ok. Anak2 happy. Kena datang balik settelkan theme park yang tak sempat pergi.
Jumlah perbelanjaan, boleh tengok di bawah untuk rujukan:
Tips:
1 - Tempah hotel awal kalau nak duduk di Legoland. Kalau tak duduk di homestay sebelah tu banyak juga
2 - Lebih mudah bawa kereta. Kalau naik flight kena sewa kereta bagai. Jauh dari airport.
3 - Jimatkan makanan, bawa lah siap2 air botol dan tidbits.
Itu sahaja. Have fun!!!
Memang semua slides kitorang turun. Siap yang paling horror i.e tinggi dan liku Imani naik dan ulang sampai 4x. Hantu apa ntah yang merasuk makcik ni.
By 4PM, semua dah macam ikan keli hitam berkilat. Hasif pujuk balik hotel dan mandi. Oh ya, bab solat jangan risau. Di dua2 taman ada surau yang selesa.
Lepas mandi, kami pergi ke Medini semula. Kali ni , makan Chicken Rice Shop, Harith yang pilih. Plan asal lepas makan masuk semula ke Theme Park untuk sambung Kingdom and Technip, sekali tengok Hanif dah tertidur dalam pinggan nasi dia,
So divide and conquer. Hasif pilih jaga Hanif dalam bilik. Saya bawa Imani dan Harith sambung main. Tak banyak dapat pun, settlekan Technip 3 games sahaja.
![]() |
| They both received certificate for completion of robotic game. Ada dalam Technip. 1 robot is RM8K. Bagus tapi mahal ya amat. |
So malam tu, kitorang makan di Pendas, Restoran Nelayan. Sedap dan scenario dia cantik. Tepi laut kan. Dan Hasip keep repeating dah lama tak pergi sini. Selalu dengan Abah. Erm... rindu abah rupanya.
Ahad
Allah atur cantik. Ahad hujan lebat. Selebat2 hujan. So memang park tak boleh masuk. Lepas breakfast di hotel, kami jalan2 tengok barang apa nak beli. Setiap sorang ada budget , kecuali Imani yang ada saving sendiri boleh top up dari budget yang kami sediakan.
![]() |
| Muka sebelum pilih |
![]() |
| Sempat lagi test dan main dulu |
![]() |
| Selepas 1 jam. Hasif dah nangis kat belakang fikir duit nak terbang |
Hasif kata, banding harga di KL, di sini murah dalam RM5 - RM10. Tambah diskaun annual pass holder, boleh jimat dalam 15%. Dan ada kupon boleh redeem hadiah yang disediakan. Diskaun tak diskaun pun, mahal jugak lah untuk banding harga permainan kitorang biasa main.
Overall, alhamdulillah ok. Anak2 happy. Kena datang balik settelkan theme park yang tak sempat pergi.
Jumlah perbelanjaan, boleh tengok di bawah untuk rujukan:
Tips:
1 - Tempah hotel awal kalau nak duduk di Legoland. Kalau tak duduk di homestay sebelah tu banyak juga
2 - Lebih mudah bawa kereta. Kalau naik flight kena sewa kereta bagai. Jauh dari airport.
3 - Jimatkan makanan, bawa lah siap2 air botol dan tidbits.
Itu sahaja. Have fun!!!












No comments:
Post a Comment