10 January 2015

Welcoming New Year 2015

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah. Maha syukur pada Allah s.w.t kerana peluang kedua ini.

2014 sangat menguji. Segala segi. Kehidupan berkeluarga,pekerjaan,kehilangan insan tersayang dan paling klimaksnya,apabila rezeki kesihatan ditarik seketika. Tiada tanda, hanya tiba - tiba. Sakit yang biasa, membawa kepada ujian dan diagnosi pelbagai, dan berbulan itu tiada jawapan yang pasti, betul-betul terasa mati sangat menghampiri.

Memang betul - betul menghampakan. Kekuatan masa itu,hanya mengharapkan simpati Allah untuk memberi sedikit petunjuk supaya ada ubat yang boleh mengurangkan kesakitan, dan peluang untuk sekurangnya menghantar anak-anak ke sekolah pada hari pertama. Apabila doktor mengistiharkan kemungkinan2, yang pertamanya adalah terus kepada hukuman mati. Sedih .. Allah sahaja yang tahu.

Jadi .. duhai kawan dan saudara..memang ramai yang tertanya-tanya. Bukan tidak mahu berkongsi,tapi ego saya tidak mampu melihat pandangan simpati.Sepanjang2 ujian ini Allah berikan, hanya suami, kakak sebagai pemegang amanah dan 2 kawan rapat untuk urusan pekerjaan yang tahu. Itupun sudah cukup menyesakkan hati...kerana terasa kesakitan saya ini menjadi beban untuk mereka.

Sekurangnya, apabila saya sakit, saya ada kemudahan perubatan yang terbaik, saya ada sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi.Juga doa yang dititip daripada yang lain2. Itu sudah cukup melegakan.

Itu cerita semalam. Belum sepenuhnya pulih. Dengan berkat doa semua, insya Allah.

Terima kasih kerana mendoakan saya.Terima kasih kerana menghormati privasi saya dengan tidak bertanya. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Terima kasih kerana sentiasa mempercayai. 






Selamat datang 2015. Moga diri menjadi lebih baik dan menghargai.








16 August 2014

Apabila Allah Mengambil Semula Hak Nya

Assalamualaikum..


24 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435H.

Ini tarikh penuh dugaan. Tarikh bila mana Allah mahu menguji sama ada hati-hati ini benar-benar beriman dengan ikhlas kepada Nya dan percaya bahawa setiap apa di dunia ini adalah pinjaman. Tarikh mengingatkan bahawa sebaik2 perancang itu hanya Allah, Dia yang mengetahui segalanya.

Pada tarikh ini, abg ipar saya pulang menghadap pencipta Nya. Tanpa pesanan. Tanpa kata-kata akhir. Hanya lambaian selamat jalan yang masih jelas di mata, pada waktu kami meninggalkan rumah kakak 4 hari sebelum itu. Lambaian beserta senyuman lebar, yang jarang2 sekali saya nampak, dari abg ipar yang memang terkenal as a man with few words. 

Sedih. Sayu. Air mata masih lagi ramah menyapa. 

Jangan ditanya kenapa begitu sekali impaknya. Dia bukan sekadar abg ipar. Sudah menjadi tempat kami menumpang kasih selepas mak dan abah tiada.

Hingga saat ini, saya bagai terlihat2 kelibat abg ipar di rumah saya. Yang kalau datangnya, suka terus menuju ke bilik anak gadis saya, memasang kipas sambil membaca buku2 yang ada. Ataupun kalau duduk di ruang tamu, suka memangku anak-anak sambil mengusik kakak saya. 

Terima kasih Allah kerana meminjamkan abg ipar yang baik ini kepada kami. Terima kasih Allah kerana membenarkan kami berasa dihargai dan dikasihi. Hadirnya sementara, tapi kesannya selamanya.

Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad Sharizal Ariffin - moga ini perpisahan yang sementara. Moga Allah pertemukan kita lagi di tempat yang terbaik di Akhirat nanti. Insha Allah.










15 August 2014

Solat & Puasa

Assalamualaikum..


Ramadhan sudah berlalu..Syawal pun makin menghujung.cepat sungguh masa di akhir dunia ini. Rasa macam baru semalam berniat puasa Ramadhan untuk tahun ini. 

Berbicara mengenai Ramadhan, ramai di sekeliling saya yang berlumba - lumba memastikan anak berpuasa penuh. Seawal usia 4 tahun. Saya kagum. Sebab saya sendiri tak mampu mendidik anak saya yang berumur 6 tahun sebegitu sekali. 

Ada yang berpendapat, ajar seawal mungkin untuk biasakan anak2 itu. Ada pulak yang berpendapat, solat itu lebih utama. Puasa boleh diajar kemudian. Tidak ada yang betul atau salah. Yang pasti, tengok balik model pembelajaran anak kita itu macam mana. Sejujurnya, pendapat peribadi saya, cantikla kalau seiring. Solat dan puasa. 

Yang pasti..saya juga sedang mencuba untuk menjadi ibu yang lebih baik. 


About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.