Assalamualaikum..
24 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435H.
Ini tarikh penuh dugaan. Tarikh bila mana Allah mahu menguji sama ada hati-hati ini benar-benar beriman dengan ikhlas kepada Nya dan percaya bahawa setiap apa di dunia ini adalah pinjaman. Tarikh mengingatkan bahawa sebaik2 perancang itu hanya Allah, Dia yang mengetahui segalanya.
Pada tarikh ini, abg ipar saya pulang menghadap pencipta Nya. Tanpa pesanan. Tanpa kata-kata akhir. Hanya lambaian selamat jalan yang masih jelas di mata, pada waktu kami meninggalkan rumah kakak 4 hari sebelum itu. Lambaian beserta senyuman lebar, yang jarang2 sekali saya nampak, dari abg ipar yang memang terkenal as a man with few words.
Sedih. Sayu. Air mata masih lagi ramah menyapa.
Jangan ditanya kenapa begitu sekali impaknya. Dia bukan sekadar abg ipar. Sudah menjadi tempat kami menumpang kasih selepas mak dan abah tiada.
Hingga saat ini, saya bagai terlihat2 kelibat abg ipar di rumah saya. Yang kalau datangnya, suka terus menuju ke bilik anak gadis saya, memasang kipas sambil membaca buku2 yang ada. Ataupun kalau duduk di ruang tamu, suka memangku anak-anak sambil mengusik kakak saya.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan abg ipar yang baik ini kepada kami. Terima kasih Allah kerana membenarkan kami berasa dihargai dan dikasihi. Hadirnya sementara, tapi kesannya selamanya.
Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad Sharizal Ariffin - moga ini perpisahan yang sementara. Moga Allah pertemukan kita lagi di tempat yang terbaik di Akhirat nanti. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment