25 January 2015

Cikgu oh Cikgu

Assalamualaikum...

Kalau tanya pada saya, kerja apa yang paling susah, saya akan jawab.. CIKGU.

Dari kecil, saya tengok arwah abah tak ada masa rehat. Dari pagi ke sekolah mengajar, di sambung ke petang untuk aktiviti ko-kurikulum, disambung lagi ke malam untuk siapkan bahan bantuan mengajar. Cuti sekolah yang panjang pun jadi pendek dek kerana abah dihantar kursus ke sana sini. 

Bila abah naik Guru Besar, kami sangkakan akan lebih rehat, tapi sebaliknya. Lagi jarang di rumah. Jiran sebelah yang bekerja pejabat lebih selalu saya nampak dari abah sendiri yang jiwa pendidiknya sangat jujur. Kenapa? dulu jarang rumah kami sunyi dari anak murid yang rajin datang menyinggah, atau ibu bapa yang datang berbual atau sekadar memberi buah tangan. Hubungan cikgu-pelajar-ibubapa ini sangat kuat sehingga ada yang masih lagi berhubungan dengan kami sehingga kini walaupun abah sudah lama tiada.

Sekarang, kakak saya pula mengikut jejak langkah abah. Dan saya benar2 simpati dengan tanggungjawab yang beliau pikul. Perasaan cinta berkongsi ilmu benar2 terbatas kerana perlu menyiapkan perkara2 pengurusan lain. Bayangkan, beliau menjadi cikgu perpustakaan, mengajar mata pelajaran dan panitia yang pelbagai. Itu tidak termasuk melatih pelajar untuk wakil sekolah dan sebagainya. Saya bekerja korporat pun ada cuti hujung minggu, beliau Sabtu dan Ahad masih ke sekolah.

Saya tanya pada kakak, apa yang paling sukar apabila menjadi cikgu. Jawapan kakak: ibubapa. Ibubapa apabila menghantar anak ke sekolah, mengharapkan 100% anak itu pandai dengan ajaran cikgu. Apabila anak balik ke rumah mengadu di marah, esoknya cepat pula ibubapa ini datang ke sekolah (dan selalunya bertujuan untuk memarahi cikgu tersebut).

Aduhai......





Itu bab di marah. Belum masuk mengenai keputusan periksa dan sebagainya. Mengharapkan cikgu untuk menghafal setiap perkembangan anak murid, kalau satu kelas sudah 40 orang, cikgu ini mengajar 3 kelas...jadi mampukah cikgu seorang ini untuk menghafal setiap perkembangan daripada 120 orang anak murid tersebut? Ingatlah, kita mengajar anak sendiri 2 , 3 orang pun sudah hilang rambut, apatah lagi cikgu-cikgu ini. 


Saya tidak tipu, pernah juga saya terjumpa cikgu yang mengajar sekadar melepas batuk di tangga. Melihat anak murid sekadar suka suka sahaja. Rasa benci bila anak murid tersebut tidak pandai selepas SEKALI diajar. Rasa mual bila anak murid datang bertanya soalan berulang-ulang. Anak kecil yang membuat nakal, terus diherdik tanpa bantuan kaunseling.

Tapi, tak ramai macam tu. Janganlah sekerat dua yang menjadi cikgu kerana terpaksa ini dan membuat perangai tak senonoh, menyebabkan kita hilang rasa hormat pada cikgu-cikgu lain yang ikhlas.

Cikgu di sekolah sudah banyak sangat membantu kita mendidik anak , untuk 8 , 9 jam kita keluar mencari rezeki, kita tinggalkan anak kita pada mereka untuk diajar. Kalau boleh, ikutlah sekali aktiviti sekolah apabila dipanggil. Adakan hubungan rapat dengan cikgu yang mengajar. Always, a few nice words could heal a wounded heart. Berkat ilmu anak kita nanti. Insya Allah.

Peringatan untuk diri sendiri. Anak seorang cikgu. Kini menghantar anak ke sekolah yang diajar cikgu juga. 

Moga hati istiqamah.

24 January 2015

INFO: Apa Barang2 Keperluan Untuk Sekolah?

Assalamualaikum...


Masih lagi mengenai sekolah. Sebab saya seorang yang perfectionist kununnya, tapi dek aktiviti dan kerja yang banyak di akhir-akhir tahun ini, persiapan agak last minute juga sebenarnya.


Mujur kakak dan kawan2 banyak membantu. Jangan tak tahu, malam sebelum sekolah bermula, kami suami isteri berkejar ke Kamdar Jalan Tar. Sebab? terbeli anak baju untuk Imani warna pink. Hahahahahahah...seriously we thought its ok to wear different color than white. Tak boleh juga rupanya.

Ok. Untuk membantu ibubapa di luar sana..jom tengok apa kena buat untuk anak darjah satu (dan darjah2 lain):

1. Uniform sekolah : pinafore atau baju kurung ( perempuan) , kemeja putih dan seluar blue black (jangan lupa anak baju warna PUTIH sahaja)

2. Kasut putih dan stokin PUTIH

3. Untuk anak perempuan, cekak rambut dan getah rambut warna HITAM, PUTIH atau BIRU GELAP sahaja

4. Beg sekolah - labelkan nama

5. Alat tulis - labelkan setiap satu

6. Bekas air dan bekas makanan - labelkan juga ye

7. ISI borang data anak. For new parents, always keeps medication report of your kids. Include the immunization's record.

8. Balut buku teks (dan rampaian kalau rajin). Boleh buat labelling guna color coding untuk hari2 berbeza. Untuk Imani, sebab jadual sekolah belum dapat, jadi saya tak label lagi buku teks sekolah PLUS Imani ada loker di sekolah yang boleh tinggalkan buku teks.

Label nama untuk mudahkan kawan2 pinjam DAN PULANGKAN semula

Siapkan baju dan barang2 malam sebelum sekolah

Balut buku dan tulis perkara berkaitan (sila jangan tulis nama sendiri di buku sekolah anak. Abang saya pernah dikirim salam cikgu supaya hadir ke sekolah gara-gara menulis nama sendiri di SEMUA buku2 anak)

Dari mula lahir, simpan siap2 momento anak. Mudah untuk data, bagus untuk kenangan nanti.


Kalau benda-benda di atas tak cukup, jom lihat apa anak saudara saya (darjah 5) tolong senaraikan untuk mak udanya ini:


Selamat bersekolah!!!!


22 January 2015

Dhuha

Assalamulaikum...

Selalu pagi2 nak pergi kerja, mesti akan dengar lagu ini di radio IKIM. Best je lirik dan nada.





Mudah juga nak hafal doa .. tak ada alasan tak solat sebab lupa doa :)

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.