Assalamualaikum..
Dari anak yang pertama, sayalah pengamal peraturan pantang yang paling berjaya. Walaupun mak dah tiada untuk monitor , saya masih ada kakak2 yang sangat diktator..lagi kejam dari nazi, serbia, somalia dan seangkatan dengannya.
(somehow, I don't think I will survive if my mom was still alive..hehe. She was a healthy freak...I can't even fit her kebaya when I was 50kg ,the only one who can wear the kebaya was my second sister.. xxs size..weight 35kg..before pregnancy)... .
Masuk anak ke 2, saya masih taat sebab dah rasa badan jadi sangat ringan dan selesa kalau betul-betul berpantang.
Anak ke 3 ini...memang segalanya ke lautan pasifik. Alasan...czer. Semua tak boleh..dari urut, bengkung dan lain-lain. Seminggu bersalin, adik ipar kahwin. Mak mertua dah pesan, duduk je di bilik. Jangan ke tengah panas, jangan buat kerja.Memula patuh,terutama bab jangan buat kerje..hehe..tapi bila dengar je Tun M dah sampai, terus tukar baju dan curi turun sebab nak ambil gambar lagi. Datanglah Obama sekalipun takkan ku hairan... tapi Tun M ni...tak boleh terlepas.
Itu kes wedding. Selepas tu, saya attend pula kelas siang dan malam. Naik turun LRT, kena hujan bagai. Hari ke 40..saya ikut suami for an overseas business trip pula.
Hasilnya...saya demam bentan. Tak pernah ada pengalaman dari anak 1 dan ke 2, kali ini saya merasa. Bukan sekali, tapi 4 kali. Orang jerman cakap...padan muka sendiri.
Apakah itu bentan?
Saya ada bertanya pada Gyne saya yang cantik dan baik, Dr Seri, apakah bentan dari segi perubatan moden. Doktor ni selamba je gelak, dan beritahu, dia pun tak tahu apa kaitan. Tapi dia sendiri pernah mengalami gara-gara lalu bawah ampaian.
Sebenarnya, bentan ni disebabkan badan wanita selepas bersalin sangat lemah. Mudah terdedah pada jangkitan kuman, hormon pun baru nak stabil. Sebab itu org2 tua suruh berehat, jaga makan dan minum dan jaga kebersihan. Bila sambil lewa buat, kuman masuk dalam badan, akan sebabkan bentan. Wallahua'alam
Jenis-jenis bentan
1. Bentan Urat
Bentan jenis ni yang saya kena. Badan rasa lemah tiba - tiba, demam menggigil, bisa urat dan sendi, dan otot rasa tegang dan kejang.
Punca? orang kata sebab terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau dan banyak.
Cara nak ubat? 1 - Kopi atau milo panas 2 - Pilis di dahi 3 - Makan manjakani atau kacip fatimah (untuk panaskan badan) dan 4 - Pakai stokin dan selimutkan badan tebal2 sehingga berpeluh.
![]() |
| 1 - Kopi atau milo panas |
![]() |
| 2 - Pilis letak di dahi |
![]() |
| 3 - Manjakani @ Kacip fatimah (ada yang sudah diprosess dalam bentuk pil) |
![]() |
| 4 - Stokin dan selimut tebal |
2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)
Anda akan kena bentan jenis ini jika terasa sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kalau teruk sangat tahan sakit, boleh sebabkan lutut bertemu dagu.
Punca? Angkat benda-benda berat.
Cara nak ubat? Baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.
3. Bentan Urat Besar (Pinggang)
Urat besar ni adalah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Indikator dia adalah merasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Selalunya terjadi kepada sebab bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai tak boleh jejak tanah dan jalan berjingkit.
Punca? Yang ini serius tak tahu. Kekadang macam rezeki je kalau dapat. Huhu.
Moral of the story? Selagi mana peraturan pantang itu tak merepek, dan semata-mata untuk kebaikan ibu selepas bersalin, patuhlah sekejap. Tak lama. 44 hari je. Lepas tu nak makan apa pun makan lah, nak berjalan sampai ke Zimbabwe pun pergilah. Yang penting badan dapat rehat 1st class yang secukupnya.
Kelakar jugak tulis ni..sebab diri sendiri langgar. Dan sesungguhnya sangat menyesal.




No comments:
Post a Comment