Assalamualaikum..
Hari tu kami ke sebuah pra - sekolah, berkira-kira hendak masukkan Harith untuk 2017. Berbeza dengan Imani, masa Harith kami memilih untuk tidak masukkan pra-sekolah seawal 4 tahun, sebab nampak kesan yang tidak elok pada si kakak sebelum ini.
Jadi, semasa Harith 5 tahun, kami masukkan ke pra-sekolah selang lorong dari rumah kami, itu pun, dalam seminggu 3 atau 4 hari sahaja pergi sekolah. Yang lain memang boleh tahan ke laut disiplin dia.
Mencari pra-sekolah ini memang payah. Bergantung harap pada jenama sahaja TIDAK BOLEH. Wajib ziarah dan bawa sekali anak. Sebab harus ingat, pra-sekolah ini kebanyakkan nya dioperasi oleh franchise, ada ketika, idealogi pemilik franchise tak sama dengan pengendali tersebut.
Jadi, macam yang kami buat masa Imani, kita jengah 1 pra-sekolah terkenal ini. Baru dibuka dan nampak potensi - medium English dan dijanjikan pelajaran agama & konvesional.
Sayang nya, masa tekan loceng untuk masuk, dibuka kasar oleh seorang cikgu. Kebetulan datang waktu pagi semasa ibubapa menghantar anak, ternampaklah juga adegan yang sepatutnya boleh dibuat dengan lebih baik jika latihan yang betul diberi kepada cikgu. Lagi parah, semasa sesi temubual, cikgu yang sepatutnya bercakap English, boleh tahan juga tahap simpang siur penggunaan bahasa. Kami puji effort untuk cuba berinteraksi, tapi sebab bayaran tinggi, rasa tidak berbaloi & sudah tidak ada kepercayaan untuk meneruskan niat.
Sekarang adalah dilema sebenar : kenapa sangat susah mencari 1 pra-sekolah yang benar2 menggunakan medium English, ada silibus agama & konvensional dan paling utama guru-guru mampu menguasai keperluan tersebut?
Dari niat asal cari pra-sekolah untuk Harith, kami berakhir di kedai makan.
Gagal lagi objektif hari itu.
No comments:
Post a Comment