Selak2 album lama, jumpa macam2 gambar. Dan setiap darinya ada kisah2 yang tersendiri. Ironinya, sekarang sudah boleh melihat dengan mata dan pandangan berbeza untuk kisah yang dulu mungkin dirasa sangat mendukacitakan.
Benar kata seorang sahabat :
Jangan takut buat salah, sebab dari kesalahan akan datang pelajaran. Tapi jangan pula diulang kesalahan yang sama, kerana itu maksudnya kita gagal untuk belajar.
Dan satu yang saya cukup pegang, bila arwah mak selalu mengingatkan :
Hargai orang. Tolong orang. Walau tinggal RM2, sedekahkan sekurang2nya RM1.
Jadi untuk semua, kenalan , kawan & sahabat : kita berjumpa bersebab. Tulisan saya ini tuan puan baca bertujuan. Apa pun niatnya, terima kasih. Saya hargai kehadiran anda.

No comments:
Post a Comment