Assalamualaikum..
Hari tu, ada seorang team member saya bertanya:
'Macam mana akak boleh remain cool & senyum? Kalau saya kat tempat akak, saya dah nangis bawah cubicle'
Saya tak jawab, sengeh saja sambil minum Green Tea Pokka kesukaan. Yang dia tak tahu, kalau saya dah minum air tu, atau Coffee Latte San Fran, maksudnya level stress saya tahap hujung2 ubun.
Ok Dik, ini jawapan sebenar.
Satu: akak dah tua. More than 13 years working experiences in this corporate (jungle). I had enough of people & drama. Dan kadang2, dah boleh teka jalan cerita & kesudahan. Siap boleh beli popcorn untuk menonton drama itu.
Dua: di mana2 organisasi pun sama. Masa yang kita habiskan dengan teman sekerja lebih lama dari masa dengan keluarga. Jadi, ada masa kita akan mengharapkan suasana kekeluargaan itu. Trust me : its beyond your imaginary wishes dude. You could have a harmony-working-relationship, YES. In heaven. Sebab itu, ramai yang memilih polisi DTA - Dont trust anybody.
Tiga: pernah dengar kerja teruk? atau boss teruk? dan antara dua ni mana lagi yang paling disaster sebenarnya? pernah dengar People leave a manager, not an organisation? OR Bad Work with a Good Boss is better than Good Work with a Bad Boss?
Dalam kes saya, bos saya baik. Sangat mempercayai & membantu. Tapi bos ini jauh dipisah Laut China Selatan. Yang ada di KL adalah bos tumpang, yang sejak 4 tahun dahulu, ada sedikit sifat 'unik'. Ironinya untuk sebuah organisasi besar seperti company saya bekerja ini, adalah mustahil untuk Top Management kenal & tahu setiap kerja orang bawahan. Jadi tanggungjawab itu terletak pada bos untuk menjadi suara mewakilkan pekerja ini.
Rezeki saya, suara itu tidak memihak kepada saya. Dan rezeki saya juga, challenges saya sewaktu kerja adalah sangat banyak. Banyak.
Untuk sesetengah orang, akan lama mengangkat kaki. Bukan tiada tawaran lain. Ada. Bukan tiada perasaan, ada. Tapi saya memilih untuk stay & bersabar. Kenapa?
Rezeki saya Allah bagi sudah banyak. Banyak sangat. Daripada keluarga yang baik, keluarga mentua yang sangat supportive, hinggalah ke anak2 yang sihat dan pandai & suami yang sentiasa ada. Jika Allah menduga saya hanya sedikit begini, kenapa saya harus mengalah? Jika Allah benarkan suara itu bercakap dusta, percayalah, Allah dengar. Dan dari pengalaman, apabila bersabar, lebih banyak rezeki yang Allah bagi.
Jadi Dik, itu jawapan akak. Biarlah bos buat apa sahaja. Percaya pada Allah. DIA ada. Sentiasa.
No comments:
Post a Comment