Assalamualaikum...
Hari ni jadual sangat penuh. Sekolah Imani je terlibat dengan 6 aktiviti besar, dan salah satu Kem Ibadah yang Imani ikut.
Habis je kem, ambil Imani dan gerak ke IIUM. Nak tengok Abg Wafeeq wakil MRSM Bentong untuk pertandingan Robotic. Tahun ni dah masuk tahun kedua Wafeeq jadi wakil maktab. Alhamdulillah.
Tapi sebab kem Imani pun habis lambat, dan jalan macam tak hengat jem dia, jadi kitorang pun terlepas game yang Wafeeq masuk. Jadi alang2 dah lambat, singgah beli lunch, pack siap2 dan menuju ke IIUM.
 |
| CIC - tempat konvo dulu. Atasa pentas ni la terima scroll. Dah lepas 14 tahun pulang kembali. |
 |
| Mak Uda jadi jakun. 1st time tengok abis semua belek dan ambil video. Papan markah dia macam ni, ikut sekolah, ikut pertandingan apa dan sistem kalah mati. |
 |
| Salah satu game yang dipertandingkan. Robot tu kena tere sensor, untuk budget masa dan jalan melalui selekoh yang pelbagai. |
 |
| Ini Trust Line namanya. Robot tu kena gerak sendiri ikut line itam sampai tamat. |
 |
| Ini team fight pekebenda ntah, robot kena jalan dan ambil botol2 yang ada nombor di atas, akan ada team lain tunggu kat sebelah dan susun nombor-nombor tu ikut frasa matematik. |
 |
| Wafeeq dan Haqeem. Bega robot nak cuba bawak handphone plak. Kesian Wafeeq rambut tobek, baru kena potong dengan Warden. Hahahahahha. |
 |
| Ini antara robot MRSM Bentong. Setiap satu harga RM4k at least. *Gulp* |
 |
Erm...aktiviti biasa la kitorang. Kengkunun datang nak bagi support, banyak nyer makan je. sebenarnya.
Tapi jujur, baguslah pertandingan ni dan sangat2 kagum dengan kepandaian budak2 ni. Dari lego, jadikan robot, set guna laptop sync je. Pergh, hebat2. Menganga gak tengok tadi.
Dan nampak juga beza anak2 kita. Ada yang fokus betul2 pada pertandingan. Ramai yang kebanyakkan guna lego khas. Ada pula yang memang buat dari benda asas contoh kertas, cermin, kaca..semua buat sendiri. Dan daripada fokus nak bagi jalan macam orang2 lain, anak2 ni lebih fokus macam mana nak selesaikan masalah tak lompat lebih jauh atau nak jadikan ronot dorang lebih tahan lama. Lain kan.
Itu tak tengok mak pak lagik.
Saja dari depan kitorang perati je gelagat mak bapak ni. Ada yang cool je, biar anak buat dan support dari belakang. Ada yang dia pulak yang buat, siap marah anak sebab tak ikut plan mak pak tadi. Cool dude, what is your main objectives actually? Robotic ni bukan nak bagi anak2 teknikal strong dan daya penyelesaian masalah tinggi ke? Kalau dah semua benda korang buat, apa yang tinggal dekat anak2. Chill please.
Itu je la kot. Yang pasti, Alhamdulillah zaman2 dulu tak de bende2 ni. Kalau tak memang akan jadi orang paling ngoks la sebab susah gile nak buat tadi.
Haha. Ok Bye. Jumpa lagi.
|
No comments:
Post a Comment