8 June 2017

Bila Orang Tak Percaya...

Assalamualaikum..


Pernah tak korang rasa susah bila orang tak percaya kemampuan korang? 

Hu Hu.. am facing the situation now. Really hard.

Alkisahnya, saya kan sekarang berada bersama-sama kumpulan pengurusan yang hebat2, yang dah lama dalam pengurusan kanan. Tapi, dalam mode projek sekarang ini, sepatutnya tidak ada istilah siapa pengurus kanan atau pengurus kiri, semua sama taraf. Sepatutnya.

Tapi ada juga pandangan yang masih memandang rendah (dan memandang kita new kid on the block). Walaupun bos besar tak pernah buat, dan bagi kepercayaan sama rata, bila team sendiri buat, penat.

Kenapa penat, sebab orang lain harus buat 100% baik untuk tunjuk kemampuan, kita harus buat 150% baik baru setara.

Penat, sebab bila semua lelaki, kita seorang perempuan, dan paling muda. Orang tengok, boleh ke?

Dan pulak tiada pengalaman bertahun2 atau sijil profesional berbuku-buku. Orang tanya, faham tak?

1 kerja kita dah mula, tapi sebab mungkin dia rasa lebih berpengalaman, kerja itu diolah semula 100% dan harus dimulakan kembali dari asal. Sia-sia sungguh rasanya kerja sebelum itu.

Cadangan yang kita beri macam angin-angin sepoi bahasa di dengar, tapi bila cadangan itu di ambil bos besar, terus jadi paksi semua wajib mendengar. Dah pulak memasing buat muka surprise.

Ikut lelah, penat. Ikut cabaran - well, inilah sebenarnya kehidupan. Tak semua datang bergolek. Tak semua suka. 

Jangan lah jadi telur, makin direbus makin keras, lama2 retak dan pecah sendiri kulit telur tu. Jangan jadi macam belon, makin ditiup makin terbang melayang2 tiada arah tujuan, hanya ikut angin atau untuk situasi ini hanya menerima arahan, tapi tidak boleh beri lebih dari itu.

Mungkin harus jadi seperti air putih, bercampur kopi dan gula, jadi lebih manis dan sedap di minum. Kalau dicampur milo dan gula dan ais, pergh....boleh tak nampak mak mertua lalu belakang.

Apa saya buat?

1. Sebelum keluar rumah, walaupun hati sungguh berat sebab tahu cabaran sudah menanti - saya akan baca :




2. Sampai tempat kerja, saya wajib baca doa sebelum dan selepas kerja :




3. Meja saya , ada gambar suami dan anak2 - sebab setiap kali rasa hati berat, saya akan tengok gambar2 mereka, sebab saya harus kuatkan hati rezeki yang harus dibawa pulang untuk mereka wajib berkah.

4. Ini yang paling suka. Saya ada banyak makanan di tempat kerja. Serious. Atas cabinet saya, ada susunan biskut dan junk food. Banyak tak terkira. Sebab makanan buat saya gembira. Jadi itu wajib ada.

5. Dari segi kerja, orang yang lebih berpengalaman ini mahu mereka dihormati. Cara mudah, dengar dulu apa pendapat mereka, setuju, dan jika ada pandangan lain, beri alternatif bersama bukti. 

6. Saya tidak jawab segala persoalan kerja melalui Private Message. Sebab ini akan makan diri. Apa2 persoalan, tanya dan bincangkan dalam grup WA sebab saya pegang bos besar yang percaya saya. Buat begitu juga, pegang individu yang paling penting yang boleh membuat keputusan.

7. Selebihnya, tawakal. Percaya Allah itu ada. Dan Maha Mendengar.

Good Luck!!!

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.