16 May 2017

INFO : Kutil / Ketuat @ Warts

Assalamualaikum... 

Kutil atau pun ketuat ni sebenarnya masalah biasa. Bentuk macam benjolan kecil tapi tekstur dia kasar dan selalunya ada di permukaan kulit. Punca kutil ni adalah virus Human Papilloma Virus (HPV).

Virus ni dia serang cepat, dari sentuh terus dengan kulit yang telah di jangkiti atau pun benda yang telah di sentuh kulit pembawa HPV. Tapi jangan cepat risau, tak semua yang kita sentuh akan jadi kutil, semua ditentukan oleh tahap imun badan kita. Selain yang sistem imun dia rendah, kanak-kanak pun antara yang mudah terjangkit.





Bila kita cakap permukaan kulit, tidak hanya pada tangan dan kaki, ada kutil yang banyak serang rakyat Malaysia iaitu Genital Warts atau Kutil Kemaluan. Dan biasanya, sentimen orang kita ini malu nak bercerita, jadi simpan sorang2. Jangan buat macam tu, sebab penyakit ini ada ubatnya.

Sama ada pergi dapatkan rawatan doktor, atau boleh pergi beli krim di farmasi. Tapi jangan sesekali ambil gunting dan potong sendiri kutil tu sebab dia akan merebak dari cecair yang sedia ada.

Contoh ubat / krim yang boleh diaplikasi kan:




Kutil ini biasanya berakar, dan walaupun sudah hilang, ada kemungkinan dia akan datang semula. Jadi pastikan setiap kali nak naik kutil, sapu sahajalah krim Aldara tu. Dia cepat je hilang InsyaAllah.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.