28 January 2015

Anugerah Mak Pak Poyo

Assalamualaikum...


Poyo ini memang jadi amalan-minda-separa-sedar kita semua. Sebab tu ada pepatah "biar papa asal bergaya". Padahal sebenarnya harus ditukar jadi 'biar papa asal kedana". :)

Tapi kekadang, poyo ini bagus kalau kena tempatnya. Contoh: seminggu sebelum Imani masuk sekolah, bakal guru kelas imani buat Whatsapp Group untuk ibubapa. 10 minit dibuka, mesej masuk bertali arus. Dari kisah dinding ada kesan tapak kasut, langsir sebulan tak basuh sampailah cadangan untuk memasang aircond. (Aircond??!!). Petang bila balik kerja, baru sempat membaca semua mesej. 1000++ in a day. Not bad

Hasil dari berborak di Whatsapp tersebut, maka dicadanglah untuk datang ke sekolah, bersihkan dan balut apa2 berkaitan dengan hasil duit derma kilat kami, supaya anak datang hari pertama seronok. Saya ingatkan seorang dua yang datang, terkejut tengok hampir penuh satu kelas. Siap ada yang hampir-hampir nak bawa bibik untuk tolong (kalau bibik dia datang, memang saya bagi anugerah bibik ketua poyo).

Jom layan aktiviti on the day...











Kerusi baru untuk cikgu, parent belikan (baik kan dorang ni). Ini kalau mintak aircond mesti dapat. huhu. 

Ingat. Yang penting bukan nilai duit berapa baik boleh bagi. Yang wajibnya ikhlas nak memberi, dan memberi tu bukan duit semata. Ada je ibubapa yang tak mampu bagi duit, bagi makanan dan tenaga (kitorg la tu..hahahah).

Minggu ni mungkin akan ke sekolah lagi sebab tak siap tampal alat bantuan mengajar. Nanti saya sharekan lagi.

Jumpa lagi!!!!

No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.