30 January 2015

INFO: 20 Hari Menu ke Sekolah

Assalamualaikum.. 

Saya seorang yang pemakan…bukan pemasak (ada ke term permasak?). Apatah lagi bila suami dan makcik mertua tukang masak yang handal dan dapur rumah beliau adalah dapur kami selama ini.

Jadi, apabila tahun 2015 tiba, azam saya adalah menyediakan bekal untuk Imani ke sekolah. Wah..cemerlang sungguh azam ini, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Cabaran saya 1- Imani seorang yang sangat cerewet pasal makanan dan 2 – Menu apa yang sesuai untuk dibawa.

Panduan utama untuk bekal sekolah:
1 – Makanan mesti seimbang. Ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral.


Credit: Berbinarbinar.com

2 – Makanan tidak mempunyai perasa yang berlebihan. Ajinomoto diharamkan di rumah kami. Jadi, garam, gula juga adalah minima. Minyak menggoreng saya banyak gunakan minyak sayuran sahaja.

3 – Air minuman ada 2 sahaja, sama ada air susu atau air kosong. Minuman berperisa kordial atau karbonat memang tidak ada dalam senarai. Tapi selalunya bekal air adalah air kosong.

4 – Untuk snek memang paling mudah sebab Imani sangat suka snek. Jadi, snek yang berkhasiat seperti kacang2 atau buah buahan.


Saya telah sediakan jadual menu untuk 20 hari seperti berikut:


Minggu Pertama
No
Hari
Makanan
Snek
1
Isnin
Telur Dadar Gulung
Buah Lai
2
Selasa
Mertabak Roti Gardenia
Buah Epal
3
Rabu
Nasi Goreng
Buah Pisang
4
Khamis
Sandwich Telur
Kacang Hazelnut
5
Jumaat
Daging Gulung
Puding Coklat

Minggu Kedua
No
Hari
Makanan
Snek
6
Isnin
Nugget
Kismis
7
Selasa
Bun Kacang Merah
Buah Lai
8
Rabu
Spageti Makanan Laut Aglio-Olio
Buah Epal
9
Khamis
Mee Goreng
Buah Pisang
10
Jumaat
Peanut Butter Pancake Rolls
Kacang Hazelnut

Minggu Ketiga
No
Hari
Makanan
Snek
11
Isnin
Nasi Carrot Yogurt
Kismis
12
Selasa
Bergedil
Buah Lai
13
Rabu
Tempura
Buah Epal
14
Khamis
American Soft Pancake
Buah Pisang
15
Jumaat
Takoyaki
Kacang Hazelnut

Minggu Keempat
No
Hari
Makanan
Snek
16
Isnin
Sosej Roll
Kismis
17
Selasa
Makaroni Goreng
Buah Lai
18
Rabu
Cucur Udang
Buah Epal
19
Khamis
Lempeng Tuna
Buah Pisang
20
Jumaat
Kentang Bertelur
Kacang Hazelnut



No comments:

Post a Comment

About Me

A wife, a mother of three and still surviving the corporate jungle. Wish I could give back to people, and put a mark or two in their life. Planning,negotiation and interpersonal skills are my expertise. Let's get connected.